Kalau aku tanya kat korang, tau tak buah mengkudu tu apa? Mesti korang jawab tau, pasal buah mengkudu dah popular sekarang dan jugak telah dikomersilkan. Penggunaannya jugak telah meluas sekarang ni. Tapi kalau aku tanya tau tak daun mengkudu? Mesti korang terpinga-pinga, tak senang duduk dibuatnya pasal tak tau apakah itu daun mengkudu. Senang je... Sebenarnya daun mengkudu ialah daun kepada pokok buah mengkudulah. He he he...
Hari ni aku nak jadi pakar kesihatan dan pakar sejarah serentak menceritakan pasal kelebihan daun mengkudu. Berikut aku lampirkan keratan artikel dari Kosmo-on-line mengenai kehebatan buah mengkudu:
"KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida. Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.
Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan."
Inilah buah dan daun mengkudu. |
Menurut kajian yang aku sendiri jalankan, daun mengkudu telah menjadi satu ejen, bukan ejen perisik, tapi ejen bagi menyelesaikan masalah kencing manis, serta darah tinggi jugak. Dan yang lebih penting, ia telah menjadi ejen untuk membuang angin dalam badan. Meh aku kisahkan sejarah daun mengkudu sebagai ejen membuang angin.
Pada kurun ke-14, orang-orang Eropah telah mencipta belon angin panas (hot air balloon) sebagai sejenis kenderaan udara. Mereka agak buntu untuk mendapatkan bekalan udara panas bagi keperluan belon tersebut. Hinggalah seorang pedagang yang pernah berdagang di Asia Tenggara datang dan terkentut pada belon itu dan menyebabkan belon itu mengembang sedikit. Semakin banyak dia kentut, maka semakin membesarlah belon itu hinggakan belon dapat diterbangkan. Penyelidik belon panas bertanyakan kepada pedagang tersebut bagaimanakah dia dapat menghasilkan kentut yang sangat berkualiti tinggi itu, dan jawapan yang diberikan sangatlah menakjubkan. Pedagang itu kata dia makan daun mengkudu.
Begitulah bermulanya keinginan orang-orang Eropah untuk menakluki Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan daun mengkudu bagi menaikkan belon udara panas yang mereka cipta itu. Daun mengkudu itulah punca penaklukan Melaka oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Tetapi Jepun menakluki Malaya atas sebab yang sedikit berbeza. Mereka memang ingin mendapatkan daun mengkudu jugak, tapi kerana perut mereka tersangat kembung kerana terlalu kerap makan ikan mentah @ sushi. Begitulah kisah sejarah yang sekian lama tersimpan.
Daun mengkudu tu kami dapat dari rumah abang ipar aku kat Ampang. Pokok tu dia yang tanam sendiri. Mula-mula daun mengkudu direbus hingga lembut. Bila dah rebus, ia akan menjadi hitam. Tapi jangan berasa takut dengan rupanya yang gelap gelita, kerana rasanya sangat enak bagaikan pucuk ubi rebus. Tapi kalau dimamah lebih banyak lagi, rasanya macam pucuk nangka pulak. Dan kalau lagi banyak makan, ada jugak ia rasa macam daun pokok cengal. Setelah makan, aku bergerak bagai di awang-awangan kerana sering terapung-apung dek udara panas yang terhasil.
Rupa daun mengkudu rebus. Mengerikan tapi enak dimakan! |
No comments:
Post a Comment