m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 24, 2012

Belajar dari profesor pulak

Aku ada buat booking court tenis kat Titiwangsa pada pagi hari Sabtu. Tapi pagi hari Sabtu tu aku ada urusan lain yang lebih penting. Jadi, selepas solat subuh pagi Ahad esoknya, aku terus bukak komputer, tengok DBKL on-line booking. Yes! Masih ada 4 buah court yang kosong dari jam 8 sampai 9 pagi. Aku masih boleh main. Kelam kabut aku ke Titiwangsa untuk mendapatkan tempat bermain tenis.

Aku sampai memang awal. Masih ada sekurang-kurangnya dua court yang belum berpenghuni. Tapi masih ada problem yang tak dapat aku selesaikan. Orang yang jaga pagar court tu yang tak ada. Ofis memang tutup pada hujung minggu. Kalau tak jumpa orang yang jaga pagar, susah sikitlah nak buat booking on the spot. Dalam aku terpinga-pinga bak kera kena cencaluk, aku selisih dengan Abang Kamal yang jugak nak main tenis. Dia tanya aku, "Main court mana?" "Belum dapat court lagi. Baru nak pergi booking. Tengok on-line tadi ada 4 court kosong. Tapi tak jumpa orang nak buat booking pulak". "Berapa orang semua main?" tanya Abang Kamal lagi. "Sorang aje", jawabku mengharapkan simpati. "Main kat sini ajelah", ajak Abang Kamal sambil menunjukkan court yang telah disewa hingga jam 10 pagi. "Orait! Itulah yang saya idam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi!!!" jawabku kegembiraan.

Prof beraksi cemerlang sepanjang permainan.
Kebetulan geng Abang Kamal pun banyak yang masih belum datang lagi. Cuma ada empat orang. Ngam-ngam untuk main double. Aku partner dengan Abang Kamal dan lagi dua abang haji partner berdua. Aku tau Abang Kamal ni perfectionist sikit. Jadi aku main cukup hati-hati agar unforced error dapat dikurangkan. Yes! Dan kami menang 6-2. Bukan sebab kami terer, tapi sebab abang haji dua orang tu kerap buat mistake. Lepas tu aku rehat kejap. By that time Prof Egypt dan Abang MdNor pun dah sampai. Aku nengok mereka bermain. Memang Prof main sangat hebat. Tekniknya bukan yang terbaik, tapi pukulannya sangat konsisten dan perkiraannya sangat tepat. Banyak guna akal dari emosi. Dan geng Prof menang 6-1 dengan mudah. 

Giliran aku pulak main. Aku partner dengan Abang MdNor, dan Prof dengan Abang Kamal. Aku tau, team sebelah sana memang sangat kuat. Aku cuba main macam mula-mula tadi. Pukul bola hati-hati, kurangkan spin, janji bola masuk ke gelanggang. Pada dasarnya permainan macam tu memang boleh mengurangkan kadar bola keluar atau tersangkut di jaring. Tapi kalau bermain dengan Prof, kaedah tu memang tak berkesan langsung. Kerana memberi bola-bola mudah, yang tak laju, dan tak ber-spin, hanya akan memudahkan Prof mengatur gerak pihak lawan. Kami terpaksa berlari ke sana ke mari sehingglah kalah 1-6. Memang kalau main dengan Prof kena ambil risiko jugak dengan membuat hantaran-hantaran kencang, walaupun kemungkinan bola keluar atau tersangkut sangat besar. Itulah yang best-nya main dengan Prof - kita akan bermotivasi tinggi dan banyak belajar dari corak permainannya.

Sebelum aku balik, Prof ada bisikkan pada aku, dia suruh aku slow talk dengan Abang Kamal untuk join geng diorang. Tapi main kena konsistenlah. Kena kerap datang. Nantilah aku fikir-fikirkan. Sekarang ni ada urusan yang jauh lebih penting yang perlu aku fikirkan. 

Abang MdNor dan Abang Kamal menentang Prof.

No comments:

Post a Comment