m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 16, 2012

Belajar dari budak 11 tahun

Macam-macam kita boleh belajar dari manusia lain. Termasuklah budak yang baru berusia 11 tahun. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal belajar benda-benda filosofi sangat. Aku cuma nak cerita pasal main tenis aje. Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut, biar aku kisahkan dulu muqadimahnya.

Hari Sabtu lepas sepatutnya aku main tenis kurang-kurang berdua dengan abang Aziz. Tapi abang Aziz tak dapat datang pasal kat tempat dia hujan lebat. Dia naik motor, jadi tak dapatlah join aku main. Sementara tu, kat court sebelah aku ada satu mamat tengah main tenis pukul kat dinding sorang-sorang. Aku pun ajak dia stroke dulu sementara menanti kawan dia datang. Nama mamat tadi ialah Zabidi (kalau aku tak silaplah). Nampak gayanya Zabidi ni macam pernah ikut training tenis pasal stroke dia nampak kemas. Nak tau sama ada orang tu pernah belajar main tenis atau ikut coaching, senang aje. Aku biasa nengok dua benda aje. Satu, sebelum dia nak buat pukulan ke bola, dia akan memusingkan dulu badan dia ke sisi. Bahu menghadap net. Dua, lepas dia pukul bola, dia akan terus hayun reket dia sampai habis. Dia tak akan stop sekerat jalan. Ini dipanggil "follow through". Alaaaa... macam swing golf jugak gamaknya (walaupun aku tak reti main golf langsung). Tapi tak semestinya orang yang ada coaching tenis mesti main lebih hebat dari yang tak pernah ikut coaching. Banyak geng-geng veteran yang main pukul bola ikut done tapi dapat control bola dengan baik. Itu adalah satu ilmu yang tak boleh diajar, tapi perlu melalui pengalaman. Bila sembang-sembang, memang betul Zabidi pernah ikut training masa kat sekolah di Terengganu dulu. Malah pernah wakil sekolah lagi pulak. Setelah beberapa ketika, barulah kawan si Zabidi ni sampai dari Bangi. Jauh tu! Nama dia Faizal. Faizal ni tengah training dengan Zabidi. Tak lama lagi terer lah dia.

Abdul Rahman - pemain cilik yang hebat.
Oleh kerana aku dah tak ada partner, jadi aku pergi ke luar gelanggang kejap dan nampak seorang budak kecil tengah nengok orang main tenis. Aku ajak budak tu. Rupanya aku kenal. Nama dia Abdul Rahman. Dia juara Majlis Sukan Daerah Gombak bawah 12 tahun untuk kategori single dan double, kalau tak silap aku. Abang dia Ulwan yang berusia 13 tahun lagilah hebat. Dia pun pernah bergelar juara jugak dulu. Rahman tak keberatan nak stroke dengan aku. Lepas tu aku ajak dia main kira. Dengan konfiden dan beraninya, dia sahut cabaran aku. Itu yang aku paling respect sekali. Kalau ikut saiz badan dan berat badan, memang sah-sah aku lagi power. Tapi korang jangan salah anggap, Rahman ni kecil-kecil cili api. Dia punya pukulan, laju bukan main. Mengalahkan orang besar.

Bergambar dengan Rahman. Cuba nengok berapa beza saiz badan kami.
Lalu kami pun bermain satu set dengan penuh kesungguhan. Game pertama Rahman yang menang. Aku mengejar hingga point jadi 2-2. Kemudian aku terus bertarung hingga menang 6-2. Tapi jangan ingat aku menang dengan mudah. Rahman bagi saingan dan tentangan yang sangat sengit. Tercungap jugak aku dibuatnya. Cuma Rahman ni dia kurang sabar. Setiap pukulan dia nak libas sekuat hati. Jadi kebanyakan bola yang dipukul sama ada keluar atau sangkut kat net. Itu cara aku main dulu-dulu. Tapi bila dah belajar dengan geng veteran dan geng pencen, barulah aku dapat kawal bola supaya masuk dalam gelanggang lawan. Pokok pangkalnya masa pukul bola jangan ikut perasaan. Tapi aku sangat kagum dengan teknik permainan dan semangat yang ditunjukkan Rahman. Dia bakal hebat satu hari nanti.

Sebelum menamatkan sessi dan pulang.

No comments:

Post a Comment