m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 9, 2012

Ber-jamming anak beranak

Dah lamaaaaaaaaa sangat aku tak pergi jamming. Masa kat UTM dulu ada jugaklah sesekali pergi sewa studio dengan kengkawan main muzik. Aku tidaklah pandai benar main alat muzik. Jadi, aku jadi tukang sorak ajelah. Lepas dah habis belajar, ada jugak aku ke rumah kawan main jamming akustika. Itu pun sempat sekali aje. Lepas tu dah tak ada dah. Keyboard dan gitar aku pun dah naik berhabuk.

Entah macam mana, tiba-tiba pada Ahad lepas, anak-anak aku, Wanie dan Amier sibuk nak main bongo. Jadi aku keluarkan dari kotak yang tersimpan kat atas almari dan bagi diorang ketuk bongo tu. Lepas tu Amier suruh keluarkan alat muzik lain seperti tamborine, dan dia suruh aku main gitar. Dan bermulalah sessi jamming anak-beranak yang pertama kat rumah aku, yang berlangsung secara sepontan dan tak dirancang.

Wanie nampak gayanya ada potensi bermain bongo dengan baik.
Antara lagu-lagu yang pada asalnya kami nak mainkan termasuklah Highway Star (Deep Purple), Sweet Child of Mine (Guns & Roses) dan medley lagu-lagu Iron Maiden. Tetapi memandangkan kepala aku dah botak, jadi tak dapatlah aku nak buat head bang secara bergaya. Maka aku putuskan untuk mainkan lagu-lagu budak-budak aje seperti lagu Katak Lompat dan Boboi Boy. Atas permintaan Amier, terpaksa jugaklah kami mainkan lagu Buletin Utama. Yang paling bersemangat sekali ialah Amier. Siap tulis senarai pemuzik, instrument yang dimainkan, dan senarai lagu untuk dimainkan.

Inilah three piece band kami yang masih belum diberi nama.
Kami main muzik bukan sesama sendiri aje. Tapi telah disaksikan oleh peminat-peminat Amier (istilah yang Amier gunakan secara khusus) yang telah dijemput oleh Amier untuk menyaksikan persembahan kami. Tapi penonton / peminat-peminat Amier tu macam tak bagi respond aje pada performance kami. Aku pun tak tau diorang tu suka ataupun tidak. Kami berhenti selepas masing-masing berasa bosan main muzik. Okay, jom main I-pad pulak!

Peminat-peminat Amier sedang khusyuk menyaksikan persembahan kami yang sangat bertenaga.

No comments:

Post a Comment