m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 24, 2012

Belajar dari profesor pulak

Aku ada buat booking court tenis kat Titiwangsa pada pagi hari Sabtu. Tapi pagi hari Sabtu tu aku ada urusan lain yang lebih penting. Jadi, selepas solat subuh pagi Ahad esoknya, aku terus bukak komputer, tengok DBKL on-line booking. Yes! Masih ada 4 buah court yang kosong dari jam 8 sampai 9 pagi. Aku masih boleh main. Kelam kabut aku ke Titiwangsa untuk mendapatkan tempat bermain tenis.

Aku sampai memang awal. Masih ada sekurang-kurangnya dua court yang belum berpenghuni. Tapi masih ada problem yang tak dapat aku selesaikan. Orang yang jaga pagar court tu yang tak ada. Ofis memang tutup pada hujung minggu. Kalau tak jumpa orang yang jaga pagar, susah sikitlah nak buat booking on the spot. Dalam aku terpinga-pinga bak kera kena cencaluk, aku selisih dengan Abang Kamal yang jugak nak main tenis. Dia tanya aku, "Main court mana?" "Belum dapat court lagi. Baru nak pergi booking. Tengok on-line tadi ada 4 court kosong. Tapi tak jumpa orang nak buat booking pulak". "Berapa orang semua main?" tanya Abang Kamal lagi. "Sorang aje", jawabku mengharapkan simpati. "Main kat sini ajelah", ajak Abang Kamal sambil menunjukkan court yang telah disewa hingga jam 10 pagi. "Orait! Itulah yang saya idam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi!!!" jawabku kegembiraan.

Prof beraksi cemerlang sepanjang permainan.
Kebetulan geng Abang Kamal pun banyak yang masih belum datang lagi. Cuma ada empat orang. Ngam-ngam untuk main double. Aku partner dengan Abang Kamal dan lagi dua abang haji partner berdua. Aku tau Abang Kamal ni perfectionist sikit. Jadi aku main cukup hati-hati agar unforced error dapat dikurangkan. Yes! Dan kami menang 6-2. Bukan sebab kami terer, tapi sebab abang haji dua orang tu kerap buat mistake. Lepas tu aku rehat kejap. By that time Prof Egypt dan Abang MdNor pun dah sampai. Aku nengok mereka bermain. Memang Prof main sangat hebat. Tekniknya bukan yang terbaik, tapi pukulannya sangat konsisten dan perkiraannya sangat tepat. Banyak guna akal dari emosi. Dan geng Prof menang 6-1 dengan mudah. 

Giliran aku pulak main. Aku partner dengan Abang MdNor, dan Prof dengan Abang Kamal. Aku tau, team sebelah sana memang sangat kuat. Aku cuba main macam mula-mula tadi. Pukul bola hati-hati, kurangkan spin, janji bola masuk ke gelanggang. Pada dasarnya permainan macam tu memang boleh mengurangkan kadar bola keluar atau tersangkut di jaring. Tapi kalau bermain dengan Prof, kaedah tu memang tak berkesan langsung. Kerana memberi bola-bola mudah, yang tak laju, dan tak ber-spin, hanya akan memudahkan Prof mengatur gerak pihak lawan. Kami terpaksa berlari ke sana ke mari sehingglah kalah 1-6. Memang kalau main dengan Prof kena ambil risiko jugak dengan membuat hantaran-hantaran kencang, walaupun kemungkinan bola keluar atau tersangkut sangat besar. Itulah yang best-nya main dengan Prof - kita akan bermotivasi tinggi dan banyak belajar dari corak permainannya.

Sebelum aku balik, Prof ada bisikkan pada aku, dia suruh aku slow talk dengan Abang Kamal untuk join geng diorang. Tapi main kena konsistenlah. Kena kerap datang. Nantilah aku fikir-fikirkan. Sekarang ni ada urusan yang jauh lebih penting yang perlu aku fikirkan. 

Abang MdNor dan Abang Kamal menentang Prof.

Food Review: Mi goreng mamak Ampang Jaya

Dulu, lapangan ni hanya ada lot tempat letak kereta tepi jalan, di sebelah taman permainan kanak-kanak. Beberapa bulan lalu, seorang pemuda, suami, ayah, telah bukak meja, bukak payung, dan bukak banner kat sini. Terpampang label "Mee Goreng Mamak". Oooohhhh... Dia nak berniaga makanan rupanya. Cuma beroperasi pada hujung minggu - Sabtu dan Ahad. Awal-awalnya, sambutan agak dingin. Tapi ada jugaklah orang yang datang mintak order sedikit sebanyak.

Satu hari aku pun cuba order mi gorengannya. Harganya cuma RM3.50 saja. Aku pun tak expect yang lebih-lebih dengan harga yang sedemikian. Bila aku dan keluargaku merasa, eh, kira okay jugaklah rasanya. Murah pun murah. Dan kami semakin lebih kerap membeli mi goreng mamak ini. Ayahku, setiap minggu pasti mintak dibelikan sebungkus untuk dimakan.

Inilah gerai ringkas mi goreng mamak Ampang Jaya.
Ramuannya sangat mudah. Sayurannya cuma tauge. Ada telur, ada pelbagai jenis sos dan kicap, serta turut diletak cuka dan cili bor. Yang lain-lain aku pun tak tau. Satu kuali boleh masak untuk empat bungkus aje. Semakin lama semakin ramai orang yang berkunjung ke sana. Dia berniaga dari pagi hari sampai ke petang. Lepas tu dia akan pulang. Kekadang dibantu oleh isterinya. Kekadang dia sendirian.

Chef in action.
Aku pernah tanya dia, duduk kat mana? Dia kata kat Shah Alam. Jauh tu! Macam mana boleh bukak gerai kat Ampang? Dia kata dia selalu lawat mak mentua dia kat Ampang. Kekadang isteri dia ada urusan lain kat luar. Jadi, bila dia rasa bosan duduk kat rumah mentua lama-lama, dia pun terfikirlah nak buat berniaga mi goreng mamak. Bukan nak cari untung, tapi lebih sebagai hobi. Hobi yang mendatangkan hasil. Bagus jugak macam tu. Bagi yang nak merasa, silalah datang ke sini. Memang sangat berbaloi dengan harga yang semurah itu.

Mi goreng mamak siap!

Penciptaan terulung

Setelah berhempas pulas memerah otak mencari satu formula terhebat untuk seni penciptaan, akhirnya Wanie telah berjaya membuat satu robot kura-kura yang diberi nama Kakura-Koo pada minggu lepas. Robot kura-kura itu diperbuat dari bahan terpakai seperti lego plastik. Nampak macam simple dan tak ada apa-apa yang menakjubkan. Tapi sebenarnya robot ini telah dilengkapi dengan satu kuasa elektronik yang tercanggih alaf ini yang menyebabkan ia boleh bergerak dengan sendiri dan boleh bertukar bentuk dari seekor kura-kura Galapagos kepada sebuah robot yang boleh berinteraksi dengan sekelilingnya.

Kakura-Koo ciptaan Wanie.
Apa yang kami masih musykil, sejurus robot itu boleh berkata-kata, ia selalu menanyakan di manakah beradanya Decepticon. Dan katanya lagi, ia adalah dari kelompok Autobots dengan ketuanya bernama Optimus Prime. Katanya lagi, ia mahu menyelamatkan bumi dari anasir jahat seperti Megatron dan konco-konconya. Aku pun tak tau, siapakah Optimus Prime, siapa pulak Megatron, dan siapa yang dimaksudkan dengan kelompok Autobots dan Decepticons. Apa kata aku call kawan lama aku Steven Spielsberg dan Michael Bay, mana tau kot-kot dia berminat nak buat cerita pasal kura-kura bertukar jadi robot. Aku siap bagi cadangan kat Steven dan Michael suruh namakan filem yang bakal dibuat tu "Transformers".

Wanie dan Kakura-Koo.

Thursday, April 19, 2012

Cakaran berbisa!

Kulit kakiku terhiris secara tragis. Ikutilah kisah yang sangat dahsyat ini. Siapa yang lemah semangat, janganlah baca. Dikhuatiri akan mengganggu emosi. Siapa yang ingin mencabar tahap kemachoan-nya, jom kita selusuri rentetan kisah yang penuh drama ini.

Suatu pagi Ahad, aku bawak masuk enam ekor anak-anak kucingku yang berusia belasan tahun ke dalam kamar tidurku. Mereka semuanya masih remaja. Saja kami biarkan mereka berlari sesuka hati mengikut perasaan di atas lantai jubin yang licin. Aku pula menghadap komputer, ingin menyudahkan kerja-kerja pejabat yang tertangguh sekian lama. Kakiku kubiarkan mencecah lantai.

Anak-anak kucing bermain dengan sangat lasak, mengalahkah gusti WWE. Sesekali mereka bergomol menyentuh kakiku. Dan sesekali itu jugak, kukunya dikeluarkan dan mengguris kulit kakiku. Lalu aku menjerit, "Atoi!" Aku masih boleh tahan. Aku biarkan kakiku luka sedikit sambil aku menahan sakit. Dan tak semena-mena kucing-kucingku merempuh kakiku lagi. Kali ini lebih ganas. Dan kukunya sekali lagi mencakar kaki ku yang togel. Dan aku menjerit lagi. Kali ini lebih kuat, "Aaaaaaattttttttoooooooiiiiiiiyyyyy!!!" Aku masih dapat bertahan. Dan tak sampai beberapa ketika, kucing-kucing itu menerjah lagi ke kakiku. Kali ini lebih kuat terjahannya. Sambil mengeluarkan kukunya yang sepanjang 4 inci, mereka menguis kulit kakiku sekuat hati. Dan terumpil secebis daging kakiku sehingga terpelanting kira-kira 3 meter dari tempat kejadian. Kali ini aku menjerit betul-betul kuat. "AAAAAAATTTTTTOOOOOOIIIIIYYYYYY!!!!!"

Aku tak mengalirkan air mata. Aku sekadar menahan sakit dan memikirkan cara untuk merawat kecederaan pada kakiku yang sampai ternampak tulang kaki. Lalu aku dengan segera bergegas ke pasaraya berdekatan, dan membeli seketul daging beku Australia. Bila pulang ke rumah, aku menghiris sepotong daging, dan menampalkan daging itu ke kakiku yang tercedera tadi menggunakan gam UHU. Dan lihat, sekarang kakiku dah okay. Nampaknya dagingku serasi pulak dengan daging beku Australia tadi. Yang tinggal pada kakiku hanyalah parut yang tidak menyakitkan lagi. Sekian.

Nota: Yang boleh dipercayai hanyalah kucing enam ekor main dalam bilik dan kaki kena cakar anak kucing. Yang lain-lain tu..... hmmmmm... suka hati koranglah.

Daun mengkudu yang membuatku terkedu

Kalau aku tanya kat korang, tau tak buah mengkudu tu apa? Mesti korang jawab tau, pasal buah mengkudu dah popular sekarang dan jugak telah dikomersilkan. Penggunaannya jugak telah meluas sekarang ni. Tapi kalau aku tanya tau tak daun mengkudu? Mesti korang terpinga-pinga, tak senang duduk dibuatnya pasal tak tau apakah itu daun mengkudu. Senang je... Sebenarnya daun mengkudu ialah daun kepada pokok buah mengkudulah. He he he...

Hari ni aku nak jadi pakar kesihatan dan pakar sejarah serentak menceritakan pasal kelebihan daun mengkudu. Berikut aku lampirkan keratan artikel dari Kosmo-on-line mengenai kehebatan buah mengkudu:

"KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida. Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan."

Inilah buah dan daun mengkudu.
Menurut kajian yang aku sendiri jalankan, daun mengkudu  telah menjadi satu ejen, bukan ejen perisik, tapi ejen bagi menyelesaikan masalah kencing manis, serta darah tinggi jugak. Dan yang lebih penting, ia telah menjadi ejen untuk membuang angin dalam badan. Meh aku kisahkan sejarah daun mengkudu sebagai ejen membuang angin.

Pada kurun ke-14, orang-orang Eropah telah mencipta belon angin panas (hot air balloon) sebagai sejenis kenderaan udara. Mereka agak buntu untuk mendapatkan bekalan udara panas bagi keperluan belon tersebut. Hinggalah seorang pedagang yang pernah berdagang di Asia Tenggara datang dan terkentut pada belon itu dan menyebabkan belon itu mengembang sedikit. Semakin banyak dia kentut, maka semakin membesarlah belon itu hinggakan belon dapat diterbangkan. Penyelidik belon panas bertanyakan kepada pedagang tersebut bagaimanakah dia dapat menghasilkan kentut yang sangat berkualiti tinggi itu, dan jawapan yang diberikan sangatlah menakjubkan. Pedagang itu kata dia makan daun mengkudu.

Begitulah bermulanya keinginan orang-orang Eropah untuk menakluki Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan daun mengkudu bagi menaikkan belon udara panas yang mereka cipta itu. Daun mengkudu itulah punca penaklukan Melaka oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Tetapi Jepun menakluki Malaya atas sebab yang sedikit berbeza. Mereka memang ingin mendapatkan daun mengkudu jugak, tapi kerana perut mereka tersangat kembung kerana terlalu kerap makan ikan mentah @ sushi. Begitulah kisah sejarah yang sekian lama tersimpan.

Daun mengkudu tu kami dapat dari rumah abang ipar aku kat Ampang. Pokok tu dia yang tanam sendiri. Mula-mula daun mengkudu direbus hingga lembut. Bila dah rebus, ia akan menjadi hitam. Tapi jangan berasa takut dengan rupanya yang gelap gelita, kerana rasanya sangat enak bagaikan pucuk ubi rebus. Tapi kalau dimamah lebih banyak lagi, rasanya macam pucuk nangka pulak. Dan kalau lagi banyak makan, ada jugak ia rasa macam daun pokok cengal. Setelah makan, aku bergerak bagai di awang-awangan kerana sering terapung-apung dek udara panas yang terhasil.

Rupa daun mengkudu rebus. Mengerikan tapi enak dimakan!

Tuesday, April 17, 2012

ASTHEG: Kena bersilatlah pulak!

Bahagian 3 (Akhir)

Persembahan teater selanjutnya yang aku ceburi ketika bersama Astheg ialah suatu persembahan sempena Bengkel Senibina pada Februari 1992. Tajuk teater tu ialah "The Conference of the Birds" karya Attar. Cerita dia punyalah abstrak dan banyak falsafah yang tersirat. Satu habuk pun aku tak faham. Dialog aku sendiri yang cuma beberapa ayat aje tu pun aku tak faham. Sampaikan bila time show, aku lupa dialog dan main hantam ajelah labu! Masa ni kitorang kena jadi burung. Baju burung masing-masing buat sendiri. Aku pun kena buat baju sendiri jugak.

Depan (dari kiri): Nik Fazlin, Sufina, Afifah, Elyna, Hezlin, Azlina, Vivi, Kit. Belakang (dari kiri): Noris, Adi, Syed Nabil, Shadatul, Aslinda, Git, Azlan.
Tapi, dalam banyak-banyak teater yang aku berlakon, yang paling susah sekali bagi aku ialah teater bertajuk "The Keris". Kali ni aku diberi watak sebagai Hang Tuah, bukan Hang Dah Tua, ya... Jadi dialog aku banyak sikitlah dari biasa. Drama ni memang betul-betul punya serius. Raut muka tu kena selalu serius macam nak makan orang. Barulah dapat dia punya feel. Yang susahnya sebab aku kena bersilat dengan Hang Jebat yang dilakonkan olah Syed Nabil. Letih aku belajar silat dari kawan aku Yuzri. Aku jugak nengok aksi silat pensyarah kami Saifuddin dalam video untuk dapatkan gerak dia biar tak nampak terlalu sumbang. Maklumlah, aku memang tak ada asas silat langsung. Kalau gusti WWE tu adalah sikit-sikit. Dan yang lebih susah ialah kena bersilat sambil berpuisi dalam bahasa Inggeris. Pergh! Berpeluh-peluh ketika aku berlatih dan berlakon. Dan ada jugak masa aku bersilat dengan Nabil, siap salah rentak sampai nampak macam berlakon aje (walaupun kami memang betul-betul berlakon). Itulah penglibatan aku yang terakhir dalam teater bersama Astheg. Lepas tu aku lebih fokus untuk habiskan tesis aku sebelum aku graduate.

Teater "The Keris" ini dipersembahkan pada 21 & 22 September 1993. Eh! Hari jadi aku tu... Aku pun tak perasan. Feedback dari penonton, diorang kata lebih suka teater jenis muzikal. Lebih menghiburkan. Yang ni nampak berat sangat. Maklumlah, mentang-mentang badan aku memang berat. Any way, penglibatan aku dalam teater tak tamat di universiti aje. Nantikanlah kisah selanjutnya ketika aku dah lepas dari tembok menara gading...

Poster oleh Fawazart.
Depan (dari kiri): Syed Nabil, Hazmi, Yuzri, En Jak (pengarah). Belakang (dari kiri): Adi, Adrina, Anis, Noris, Ramzi.
Dari kiri: Adi, Noris, Syed Nabil dan Ramzi.
Depan (dari kiri): Anis, Adrina, Noris, Syed Nabil, Adi, Hazmi, Ramzi. Belakang: Zita, Paulina.

ASTHEG: Jadi extra dulu

Bahagian 2

Kali kedua aku beraksi untuk kelab Astheg ialah pada Oktober 1992. Teater kali ni bertajuk "The Metamorphosis". Aku masih pegang peranan yang sama iaitu sebagai pencuri. Tapi kali ni aku ada dialog sikit-sikit. Malah kena nyanyi pulak lagi, pasal teater kali ni ialah teater muzikal, macam yang sekarang dok kerap main kat Istana Budaya tu! Latihan kali ni lebih intensif dan payah. Semua orang kena nyanyi lagu masing-masing. Lagu yang aku nyanyi ni, aku yang karang sendiri. Melodinya aku ciplak dari lagu "Be Our Guest" (dari filem animasi Beauty & The Beast). Aku tunjuk lirik dan demo sekali kat tuan pengarah, Encik Jak. Dia bagi approval untuk nyanyi satu verse dari tiga verse yang aku kemukakan. Okaylah tu.

Poster persembahan - design oleh Fawazart.
Encik Jak kata nak mengarah teater muzikal lebih rumit pasal nak coordinate muzik dengan lakonan, malah dengan tarian jugak. Sorang kawan kami tu, Azlan, daripada tak boleh nyanyi langsung sampai boleh nyanyi dan hit perfect note. Macam tu  punya gigih kami berlatih. Bagi kami yang ambil bahagian, kepayahan nak berlatih inilah yang sebenarnya menyeronokkan. Dan feedback dari penonton jugak nampak gayanya lebih positif. Penonton lebih terhibur dengan persembahan  yang macam ni. Dan tabik kepada pengarah dan penulis skrip yang tersohor - Encik Jak.

Malam persembahan berlangsung di Galeri Fakulti Alam Bina pada 18 Oktober 1992. Macam biasa, harga tiket cuma RM2.00 aje. Aku punya part sebenarnya pendek aje. Kira-kira dalam 5 minit kot. Tapi masa aku tengah perform menyanyi tu, sambil diiringi dengan mainan piano oleh Mr Noris Helmi Dickson (gelaran yang kami berikan pada kawan kami yang sorang ni), penonton siap bertepuk gamat. Jadi aku kena kuatkan volume suara aku supaya boleh mengatasi hingar bunyi tepukan. Itu yang buat aku rasa mual dan nak muntah. Nasib baik cuma nyanyi satu verse. Kalau kena tiga verse, memang sah-sah aku muntah nasi kat atas lantai stage pada malam tu. Namun demikian, kami rasa sangat berbaloi kerana mendapat respond yang sangat positif dari penonton yang merupakan kawan-kawan sejurusan kami jugak.

Depan (dari kiri): Yus, Git, Vivi, Sha, Sufi, Kit, Sherol. Tengah (dari kiri): Mohar, Hezlin, Noris, Paulina, Aslinda, Yang, Hazmi, Adi, Azlan. Belakang (dari kiri): Nik, En Jak, Kushahrin.

Dilampirkan lirik lagu penuh yang aku tulis untuk persembahan ini:

Tajuk lagu: I'm The Best (saduran dari lagu Be Our Guest)

(Verse 1)
I'm the best
I'm the best
I'm the best of all the bests
Stealing things without them notice 
Coz I'm the best thief of the west


Cristian Dior le Paris
And Rolex from the Swiss
Also Gucci from the Rome
I pick them all and bring them home


One by one
Take your time
Don't get panic but do be kind
You just wait for the rightest time to come


And then you slip your hand
Take as much as you can
Just like the best
Not like the rest
I'm the best!

(Verse 2)
I'm the best
I'm the best
Yes indeed that I'm the best
Get away without them knowing
Disappear with their belongings

Diamond rings, shining pearls
Worn by ladies and pretty girls
Can't escape the fastest hands
And I who like to pretend

Step by step
Don't forget
All the tips that you have had
Please be patient so that you will not regret

And then you take the chance
And grab 'em in your hands
Just like the best
Not like the rest
I'm the best!

(Verse 3)
We're the best
We're the best
We're the best and full of zest
Slick and quick just like the lightning
Grab all things and make heads wheeling

Coloured pencils, drawing blocks
Or as cheap as smelly socks
We just take 'em and just keep 'em
And we'll bring 'em to pawn shop

Climbing up, climbing down
Seeking victims all around
We've succeeded and now we're the richest  pair in town

Don't dare to come too close
Or you will be unclothed
Coz we're the best
We're the best
We're the best!!!

Seft portrait aku sedang beraksi.

ASTHEG: Permulaan

Bahagian 1

ASTHEG? Apa benda tu? Pertanyaan itulah yang terpacul dari mulut orang-orang yang tak pernah mendengar satu istilah yang pelik tu. Meh aku kisahkan sikit. ASTHEG tu ialah singkatan kepada Architecture Society Theatre Group. Ia macam sebuah kelab untuk penggiat teaterlah. Bukan macam kelab malam atau kelab golf. Ahli-ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar jurusan Senibina kat UTM. Penasihatnya ialah pensyarah-pensyarahlah. Dia bukan ada kena daftar-mendaftar. Main masuk aje. Siapa berminat untuk buat performance, boleh join. Boleh keluar bila-bila masa pun. Aku pun sebenarnya tak faham sangat struktur kelab ni. Dia ada, tapi macam tak ada.

Aku pun tak tau sejak bila ia ditubuhkan. Bila aku masuk UTM aje dah ada benda tu. Itu pun aku cuma perasan kewujudannya kira-kira pada tahun 1990. Kalau tak silap masa tu aku nengok sekumpulan pelajar tengah buat rehearsal kat dewan kuliah. Aku nampak macam best aje. Memang aku minat jugak dengan aktiviti teater ni. Kan ayah aku pernah jadi jurulatih teater dulu. Buat masa tu aku cuma jadi penonton ajelah.

Poster teater.
Pada tahun 1992, aku ternampak sekumpulan pelajar junior sedang berlatih teater kat kawasan fakulti dengan diterajui oleh Encik Jak yang kami kenali sebagai "sifu" bagi hal-hal kesenian. Seronok betul aku nengok mereka berlatih. Aku dengan beberapa kawan lain seperti Noris dan Saadon turut menjadi penonton ketika sessi latihan diadakan. Secara tak semena-mena Encik Jak ajak kami join untuk pegang watak pencuri. Tak ada dialog bagi kami, sekadar jadi krew tukang susun set. Tapi dalam gaya pencuri. Kira kena berlakon jugaklah dalam gelap sebab kami susun set lepas lampu dipadamkan. Maka aku, Noris, Saadon dan Fauzi (junior kami) telah dipilih secara rasmi sebagai pelakon ASTHEG pada persembahan kali ni. Kami berempat digelar "thief of Baghdad". Aku pun tak tau kenapa.

Tajuk teater pertama kami tu ialah The Taming Of The Shrew, sebuah karya Shakespeare. Tapi dipersembahkan dalam bentuk moden. Best jugak buat benda-benda baru macam tu, walaupun cuma jadi extra aje. Persembahan sebenar diadakan di galeri Fakulti Alam Bina pada 12 Februari 1992. Tiket cuma RM2.00 sahaja. Murah tu! Dan telah sold out!!! (Sebab tiketnya memang dijual sikit, sebab tempatnya sempit dan kecil).

Cangkung (kiri ke kanan): Sherol, Zul, Kit, En Jak, Adi. Berdiri perempuan (kiri ke kanan): Nik, Zam Zarina, Sha. Berdiri lelaki (kiri ke kanan): Ijan, Fawaz, Zamwel, Hazmi, Syed Nabil, Azlan, Fauzi, Noris, Azmi, Saadon.

Monday, April 16, 2012

Belajar dari budak 11 tahun

Macam-macam kita boleh belajar dari manusia lain. Termasuklah budak yang baru berusia 11 tahun. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal belajar benda-benda filosofi sangat. Aku cuma nak cerita pasal main tenis aje. Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut, biar aku kisahkan dulu muqadimahnya.

Hari Sabtu lepas sepatutnya aku main tenis kurang-kurang berdua dengan abang Aziz. Tapi abang Aziz tak dapat datang pasal kat tempat dia hujan lebat. Dia naik motor, jadi tak dapatlah join aku main. Sementara tu, kat court sebelah aku ada satu mamat tengah main tenis pukul kat dinding sorang-sorang. Aku pun ajak dia stroke dulu sementara menanti kawan dia datang. Nama mamat tadi ialah Zabidi (kalau aku tak silaplah). Nampak gayanya Zabidi ni macam pernah ikut training tenis pasal stroke dia nampak kemas. Nak tau sama ada orang tu pernah belajar main tenis atau ikut coaching, senang aje. Aku biasa nengok dua benda aje. Satu, sebelum dia nak buat pukulan ke bola, dia akan memusingkan dulu badan dia ke sisi. Bahu menghadap net. Dua, lepas dia pukul bola, dia akan terus hayun reket dia sampai habis. Dia tak akan stop sekerat jalan. Ini dipanggil "follow through". Alaaaa... macam swing golf jugak gamaknya (walaupun aku tak reti main golf langsung). Tapi tak semestinya orang yang ada coaching tenis mesti main lebih hebat dari yang tak pernah ikut coaching. Banyak geng-geng veteran yang main pukul bola ikut done tapi dapat control bola dengan baik. Itu adalah satu ilmu yang tak boleh diajar, tapi perlu melalui pengalaman. Bila sembang-sembang, memang betul Zabidi pernah ikut training masa kat sekolah di Terengganu dulu. Malah pernah wakil sekolah lagi pulak. Setelah beberapa ketika, barulah kawan si Zabidi ni sampai dari Bangi. Jauh tu! Nama dia Faizal. Faizal ni tengah training dengan Zabidi. Tak lama lagi terer lah dia.

Abdul Rahman - pemain cilik yang hebat.
Oleh kerana aku dah tak ada partner, jadi aku pergi ke luar gelanggang kejap dan nampak seorang budak kecil tengah nengok orang main tenis. Aku ajak budak tu. Rupanya aku kenal. Nama dia Abdul Rahman. Dia juara Majlis Sukan Daerah Gombak bawah 12 tahun untuk kategori single dan double, kalau tak silap aku. Abang dia Ulwan yang berusia 13 tahun lagilah hebat. Dia pun pernah bergelar juara jugak dulu. Rahman tak keberatan nak stroke dengan aku. Lepas tu aku ajak dia main kira. Dengan konfiden dan beraninya, dia sahut cabaran aku. Itu yang aku paling respect sekali. Kalau ikut saiz badan dan berat badan, memang sah-sah aku lagi power. Tapi korang jangan salah anggap, Rahman ni kecil-kecil cili api. Dia punya pukulan, laju bukan main. Mengalahkan orang besar.

Bergambar dengan Rahman. Cuba nengok berapa beza saiz badan kami.
Lalu kami pun bermain satu set dengan penuh kesungguhan. Game pertama Rahman yang menang. Aku mengejar hingga point jadi 2-2. Kemudian aku terus bertarung hingga menang 6-2. Tapi jangan ingat aku menang dengan mudah. Rahman bagi saingan dan tentangan yang sangat sengit. Tercungap jugak aku dibuatnya. Cuma Rahman ni dia kurang sabar. Setiap pukulan dia nak libas sekuat hati. Jadi kebanyakan bola yang dipukul sama ada keluar atau sangkut kat net. Itu cara aku main dulu-dulu. Tapi bila dah belajar dengan geng veteran dan geng pencen, barulah aku dapat kawal bola supaya masuk dalam gelanggang lawan. Pokok pangkalnya masa pukul bola jangan ikut perasaan. Tapi aku sangat kagum dengan teknik permainan dan semangat yang ditunjukkan Rahman. Dia bakal hebat satu hari nanti.

Sebelum menamatkan sessi dan pulang.

Thursday, April 12, 2012

Mencari burung merak di majlis orang kahwin

Bila dapat aje undangan untuk ke majlis perkahwinan seorang teman, Encik Saif mengahwinkan anak, aku cukup gembira, pasal majlis itu diadakan di Dewan Merak Kayangan, Felda. Ada harapanlah nak merasa makan daging burung merak panggang, fikir aku.

Patut kami pergi lebih awal, tapi mungkin siang tu aku sedikit penat pasal paginya main tenis kat Titiwangsa, jadi kami bertolak selepas zuhur. Dan sampai ke tempat majlis kira-kira jam 3.00 petang. Masa tu orang masih ramai lagi. Dan perut kami pun tengah memberontak kelaparan. Bau nasi minyak hujan panas cukup menyelerakan dan telah membuka selera kami untuk segera menjamah dan memamah makanan yang terhidang. Mengiringi nasi minyak ialah ayam masak merah, rendang daging, pajeri nanas, papadom dan dalca. Semuanya enak-enak belaka. Dan rasanya semakin enak tatkala dimakan ketika lapar.

Masakannya sangat enak.
Semua orang berselera makan.
Setelah menyuap nasi ke mulut, barulah aku perasan, mana daging burung merak panggangnya? Aku cari ke segenap penjuru dewan, malah sampai ke dapur semata-mata untuk mengetahui bagaimanakah rasanya daging burung merak tu. Tapi pencarianku berakhir dengan kehampaan. Aku telah diberi tahu oleh pak guard kat bangunan Felda tu bahawa selama ni pun memang tak pernah ada hidangan yang berupa masakan burung merak panggang kat situ. Nama Merak Kayangan itu hanyalah satu gimmick untuk menarik minat orang ramai berkunjung ke situ bagi meningkatkan populariti dewan itu. Aku agak kecewa, tapi terpaksa akur. Dan kami juga diberi tahu bahawa untuk tempah dewan tu, perlu ambil masa kurang-kurang 6 bulan. Dan ada kalanya sampai beberapa dekad, baru boleh dapat tempat. Begitu popular sekali Dewan Merak Kayangan ni!

Sam sedang ambil makanan.
Sam gembira pasal dapat makan ketika lapar.
Kekecewaan aku terubat juga bila mendapat segelas air teh tarik yang kaw. Dan lain-lain pencuci mulut termasuklah buah-buahan, kuih muih dan tisu sapu tangan dan sapu mulut. Kami turut terserempak dengan teman-teman lain seperti Sam dan Umar. Lepas makan, kami terus beredar tanpa bersalaman dengan tuan rumah pasal dia tengah solat. Kirim salam ajelah dan jutaan terima kasih di atas jemputan itu. 

Umar pun hadir sama.

Mari buat kuih bersama Snowcat

Amalan kami sejak kebelakangan ni ialah membawa masuk ke bilik enam ekor anak Snowcat yang masih muda belia. Bagi diorang lepas bebas dalam bilik, sambil main-main. Biar nanti diorang kenal tuan dan tak takut dengan kami. Sekarang kami tak boleh lepaskan mereka terus pasal ada ancaman dari kenderaan yang laju kat jalan depan rumah. Kena tunggu diorang besar sikit baru boleh lepas. Untuk mengelakkan mereka berasa takut, kami bawak jugaklah emak dia masuk dalam bilik. Acara yang macam ni kami cuma amalkan sekali seminggu aje.

Wajah Snowcat yang maintain innocent.
Setelah agak lama kucing-kucing kami berada dalam bilik, tiba-tiba Snowcat mengiau-ngiau minta keluar. Berlegar-legar dia kat depan pintu bilik kami. Aku buat tak layan aje. Aku suruh dia hang-out lebih lama dengan anak-anak dia yang sangat nakal tu. Setelah sekian lama merayu, dan aku masih enggan membuka pintu, lalu Snowcat naik atas katil double decker. Pun kami biarkan. Asalkan dia tak keluar bilik. Selang beberapa minit lepas tu, kami terhidu sesuatu yang bagaikan hebat tetapi penuh kesyahduan. Bau apakah itu? Adakah bau orang membakar sate? Ataukah ianya bau haruman bunga sundal malam? Kami tanya Amier dan Wanie yang kebetulan ada jugak kat bilik. "Amier atau Wanie kentut ya?" "Tak!!" jawab Amier dan Wanie serentak. Lalu aku jengah ke atas katil double decker. Arrrrghhhhhhkkkkk!!! Lidahku terkelu dari berkata-kata. "Snowcat berrrraaaaqqque...!!!" Dan bauan itu semakin lama semakin kuat dan menusuk ke lubang hidung kami yang tak berapa besar. Cepat-cepat aku bukak pintu bagi Snowcat keluar, dan masukkan balik anak-anak Snowcat ke dalam kandang.

Dalam keterpaksaan, aku bungkus kuih tradisi Melayu tu dalam surat khabar lama dan masukkan ke dalam plastik untuk dijaja. Oops, maksud aku untuk dibuang. Kami tak marah Snowcat. Sesiapa pun kami tak marah. Salah kami sendiri kerana tak dapat memahami isyarat yang diberikan Snowcat. Dulu masa aku kecil, pernah jugak terjadi kucing aku berak ketika dalam dukungan aku. Hu hu hu... pengalaman yang hampir sama berulang kembali. Dan aku nengok raut muka Snowcat sangat lega dan penuh kepuasan.

Ketika aku keluar rumah untuk membuang najis Snowcat, aku terdengar dialog berikut di antara Snowcat dan kucing jiran bernama Black:

Black: Tuan aku sayang aku. Hari-hari dia bagi makan sedap-sedap kat aku.
Snowcat: Tuan aku lagi sayang kat aku. Hari-hari dia bagi aku berak kat tilam dia.

Sukan dua dalam satu

Boleh tak agaknya sukan tenis digabungkan dengan sukan badminton? Itulah yang cuba aku lakukan semalam. Cuti hari Rabu sempena pertabalan DYMM Agung aku manfaatkan untuk beriadah bersama saudara-mara dan taulan. Mula-mula aku plan dengan birasku, abang Zai dan dengan anak buahku, Kois. Kedua-dua mereka menyatakan persetujuan untuk turun panaskan badan bermain badminton hari Rabu semalam. Lalu aku booking court kat Stadium Titiwangsa. Kena bayar RM10 untuk sejam. Okay-lah tu. Lepas tu aku terus sms pada birasku, iparku serta anak-anak buahku yang lain akan perancangan ini.

Pada hari yang dinantikan, ramai di kalangan saudara-mara yang turun untuk main badminton. Aku cukup gembira dengan sambutan yang hangat ini. Rupa-rupanya mereka semua dah nak kena parkinson, terketar-ketar tangan pasal dah dekat lima atau enam bulan tak pegang reket badminton. Jadi bila tiba peluang macam ni, mereka semua tak nak lepaskanlah. Kebetulan pulak sehari sebelum tu, kawan tenis aku, abang Aziz ajak aku main tenis pasal nak cukupkan korum. Jadi aku bawaklah reket tenis dan reket badminton sekali gus. Aku akan main kedua-duanya mengikut kesesuaian masa.

Abang Md Nor dan Abang Aziz. Masih tak cukup lagi sorang untuk main double.
Sedang berentap dalam permainan single.
Bermula dengan main badminton dulu dua set, empat game. Cuma group kami aje yang ada kat stadium. Court kosong ada lima lagi yang tak ada players. Kami pun mulakan permainan dengan penuh semangat berkobar-kobar. Memang rentak permainan kami dah jadi carca-marba habis. Timing, coordination, reflex semua dah out. Kena ambil masa sikit untuk mendapatkan rentak. Tapi yang muda-muda macam Faiisal, Kois, Hidayat dan Abby kejap aje dah dapat balik performance lama mereka. Especially Abby yang masih berbisa bila buat smash. Sedangkan aku... hantar kat baseline, jadi bola tanggung. Pukul smash tak tajam dan kencang. Buat drop shot, sangkut kat net. Dan yang paling ketara, bila main second game, nafas dah tercungap-cungap. Pancit! Walaupun court tenis jauh lebih besar, tapi pace dia tak laju macam main badminton. Siap nak termuntah lagi aku. Tapi aku happy dapat mengumpulkan semula geng-geng badminton aku yang semuanya saudara-mara, dalam satu sessi riadah sukan. Satu lagi yang aku suka kalau dapat kumpulkan semua geng-geng ni untuk aktiviti memancing pulak. Hmmm... entah bila pulak tu. Bila aku kira, ada dalam sembilan orang yang datang, termasuk aku. Aku, abang Zai, Faridz, abang Zahid, Abby, Kois, Faiisal, Ali, dan Hidayat. Cukup sembilan!

Ali sedang membuat kajian cara-cara nak menentang lawan secara psikologi.
Abby dan Hidayat sangat bertenaga.
Aku sempat lari kejap ke court tenis yang terletak bersebelahan aje. Masa aku kat situ, aku nengok abang Aziz tengah main dengan abang Md Nor. Lepas diorang habis main, barulah aku masuk nak main pulak. Belum lagi aku start hayun reket, awan hitam dah mula merembeskan air. Ahhh... kami main jugak. Habis aje satu game yang sangat singkat, hujan semakin melebat. Dan kami terpaksa berhenti. Aku pun kembali ke gelanggang badminton, join balik geng saudara-mara aku.

Kois dan Faiisal tak kurang hebat.
Kois dan Abang Zai, gembira dapat main badminton kat stadium.
Sedang berlansung perlawanan sengit yang senget.
Lepas habis main kira-kira jam 10 pagi, kami menghala ke kantin yang juga terletak berdekatan. Aku dah plan dengan anak-anak buah nak pau abang Zai, mintak dia belanja makan breakfast. Sesampainya di kantin, makanan banyak yang dah habis. Alamak! Jadi akhirnya kami minum air ajelah. Memang abang Zai yang belanja pun. Lepas tu barulah kami beredar pulang ke rumah masing-masing. Hari yang penat tapi menyeronokkan. Dan pagi tadi bila aku bangun dari tidur, badan aku, tangan aku, paha dan tengkuk aku semua sakit-sakit. Ni pasal tak cukup lama buat stretching-lah. Kalau lama tak main game macam ni, kurang-kurang kena spend masa dua tiga jam untuk buat regangan otot, barulah tak sakit-sakit. Aduh! Ni masih sakit lagi lah ni...

Okay, sarapan time. Tapi minum air aje daaa...
Sembang kosong dan minum-minum sebelum pulang.

Monday, April 9, 2012

Ber-jamming anak beranak

Dah lamaaaaaaaaa sangat aku tak pergi jamming. Masa kat UTM dulu ada jugaklah sesekali pergi sewa studio dengan kengkawan main muzik. Aku tidaklah pandai benar main alat muzik. Jadi, aku jadi tukang sorak ajelah. Lepas dah habis belajar, ada jugak aku ke rumah kawan main jamming akustika. Itu pun sempat sekali aje. Lepas tu dah tak ada dah. Keyboard dan gitar aku pun dah naik berhabuk.

Entah macam mana, tiba-tiba pada Ahad lepas, anak-anak aku, Wanie dan Amier sibuk nak main bongo. Jadi aku keluarkan dari kotak yang tersimpan kat atas almari dan bagi diorang ketuk bongo tu. Lepas tu Amier suruh keluarkan alat muzik lain seperti tamborine, dan dia suruh aku main gitar. Dan bermulalah sessi jamming anak-beranak yang pertama kat rumah aku, yang berlangsung secara sepontan dan tak dirancang.

Wanie nampak gayanya ada potensi bermain bongo dengan baik.
Antara lagu-lagu yang pada asalnya kami nak mainkan termasuklah Highway Star (Deep Purple), Sweet Child of Mine (Guns & Roses) dan medley lagu-lagu Iron Maiden. Tetapi memandangkan kepala aku dah botak, jadi tak dapatlah aku nak buat head bang secara bergaya. Maka aku putuskan untuk mainkan lagu-lagu budak-budak aje seperti lagu Katak Lompat dan Boboi Boy. Atas permintaan Amier, terpaksa jugaklah kami mainkan lagu Buletin Utama. Yang paling bersemangat sekali ialah Amier. Siap tulis senarai pemuzik, instrument yang dimainkan, dan senarai lagu untuk dimainkan.

Inilah three piece band kami yang masih belum diberi nama.
Kami main muzik bukan sesama sendiri aje. Tapi telah disaksikan oleh peminat-peminat Amier (istilah yang Amier gunakan secara khusus) yang telah dijemput oleh Amier untuk menyaksikan persembahan kami. Tapi penonton / peminat-peminat Amier tu macam tak bagi respond aje pada performance kami. Aku pun tak tau diorang tu suka ataupun tidak. Kami berhenti selepas masing-masing berasa bosan main muzik. Okay, jom main I-pad pulak!

Peminat-peminat Amier sedang khusyuk menyaksikan persembahan kami yang sangat bertenaga.

Try main single pulak!

Masa dulu kalau dengar ada orang booking court tenis kat Titiwangsa, berduyun-duyun member yang datang sampai nak menunggu giliran pun tak sabar-sabar. Kurang-kurang ada sampai enam atau lapan orang. Tapi sekarang, nak dapatkan players punyalah susah. Sabtu lalu aku berjaya tempah gelanggang untuk tempoh dua jam. Selalunya memang payah betul nak dapat court. Rezeki akulah hari tu. Bila aku sampai aje kira-kira jam 8 pagi, abang Aziz dah terlebih dulu sampai dan tengah buat regangan pulak lagi.

Kami terus aje warm up dengan pukul-pukul bola perlahan-lahan. Dah agak lama masih tak ada orang lain yang nak join, maka aku terus ajak abang Aziz main dengan aku - single. Kami main tak penuh perasaan sangat. Al-maklumlah, aku dah dekat setengah abad, abang Aziz dah lebih setengah abad. Jadi tempo kami main kenalah diperlahankan sikit kalau main single. Main dua tiga game, rehat. Minum air dan sembang-sembang. Bila dah kumpul tenaga, barulah sambung main balik. Dalam set pertama aku berjaya kalahkan abang Aziz 6-4. Kami rehat lama lepas tu. Tunggu kot-kot ada players kat mana-mana yang boleh kami import untuk join kami. Nampaknya hari tu memang tak ramai players, walaupun kat gelanggang-gelanggang lain. Jadi aku cakap dengan abang Aziz, "Kita sambung ajelah lagi satu set". Abang Aziz pun okay aje.

Abang Aziz yang memang bersemangat.
Lepas main. nampak sangat kami kepenatan.
Bila badan dah penat, main pun kira ala kadar aje. Jadi pukulan pun main hentam aje asalkan masuk. Point-point yang kami dapat pun kebanyakannya pasal kesilapan (unforced errors) yang dibuat oleh pihak lawan. Dan dalam set kedua, aku menang lagi 6-3. Lepas tu duduk sembang-sembang pasal kerja, pasal keluarga dan anak-anak. Lepas tu barulah balik. Sebab tu aku lebih enjoy kalau main double. Bila tak penat sangat, kita boleh main bersungguh-sungguh dan beria-ia sikit. Kalau main single tak boleh buat macam tu. Semoga pada sessi akan datang, akan cukuplah korum untuk main double.

Stamina abang Aziz lebih hebat dari aku.

Thursday, April 5, 2012

Petua memancing toman besar

Pada petang yang nyaman ini, apa kata aku bagi korang satu tips mengenai kehidupan. Tips ini ialah mengenai memancing. Tapi bukan memancing sebarangan. Ia adalah memancing ikan toman (giant snake head). Tapi ia bukan pulak ikan toman yang biasa-biasa, tetapi ia adalah toman gergasi yang bagak gadang besar batang kelapa dan kuat memberi asakan kepada para pemancing yang tegar. Ikutilah baik-baik dan penuh perhatian akan tips dan petua yang terhebat dekad ini.

Ini bukanlah petua nak pakai umpan apa, nak pakai tali berapa paun, nak pakai joran dan mata kail macam mana. Kebanyakan kaki pancing toman dah tau petua dan rahsia pemancingan seperti itu. Yang aku nak ajarkan kat korang sini adalah petua bertarung dengan ikan toman super bagak!

Petuanya:

1.  Mula-mula pasang kuda-kuda kat kaki. Kekuda kena mantop dan kuat.
2.  Ikat badan kat batang pokok yang besar guna tali kapal.

Tu jelah petua aku. Selamat beramal!

Wednesday, April 4, 2012

Zaman graduan UTM

Tak berapa lama dulu, kawan sekelas aku yang kebetulan sama-sama mengendalikan satu projek kat Pahang emel aku gambar lama masa graduate Ijazah Senibina UTM. Gambar ni memang aku takda simpan. Bagus jugak dapat satu copy. Nengok balik style aku masa dulu-dulu, memang selekeh habis. Ada jugak bebudak yang selekeh tapi ada style. Tapi aku jenis kurang style punya. Baju Melayu pun tak butang habis. Masa ni aku rasa dah habis acara kot. Aku grad dengan CPA bawah 3.00. Janji lepas belajar, walupun masa yang diambil agak lama.

Dari kiri: Noris Helmi, Ayof Bajuri, Md Nor Sulaiman, Wani, Lily Khoo, aku, Ayu.

Tuesday, April 3, 2012

Karangan Dinosaur oleh Amier

Karangan ini telah ditulis oleh Amier. Aku rasa ia merupakan karangannya yang pertama dihasilkan ketika usianya 6 tahun. Lukisannya juga telah dihasilkan oleh Amier. Tapi versi hitam putihlah. Aku tolong Amier letak colour dalam komputer. Karangan ini tak ada tajuk. Tapi aku nak tolong bagi tajuk - Kisah Kehebatan Dinosaur! Enjoy reading!


Kisah Kehebatan Dinosaur!

Ceratosaurus, allosaurus, triceratops, stegosaurus, spinosaurus, ankylosaurus, velociraptor, t-rex, styracosaurus, ada duri-duri, makanan, dan pembunuh. Tanduk kakinya sangat-sangat-sangat kuat. T-rex pemakan orang-orang. Duri saya. Kami adalah orang. Dinosaur ceratosaurus, velociraptor pun. Spinosaurus, allosaurus pemakan orang pun. Tetapi chasmosaurus dan styracosaurus adalah triceratops. Mereka ada duri. Stegosaurus adalah ekor duri. Dan ankylosaurus duri-duri pemusnah pesakit.

Nukilan Amier-2012

Monday, April 2, 2012

Jerung yang terkandas

Turun ke laut Selayang pada awal-awal bulan ni memang dah jadi rutin bulanan aku. Panas terik ke, atau hujan lebat ke, aku akan redah jugak untuk mendapatkan lauk buat santapan sekeluarga. Pagi tu, lepas subuh aku naik bot aku dengan enjin 1500 kuasa kuda belang Afrika, lalu meredah arus deras sungai MRR2. Aku pun tak tau kenapa orang dulu-dulu panggil sungai tu MRR2. Mungkin sebab sungai tu banyak buaya kot. Dan MRR2 tu mungkin bermaksud Manyak Rangkak Ratah Tuuuuu... yang bermaksud "banyak sang rangkak (buaya) meratah bangkai kat situ"!

Okaylah, aku selamat sampai kat tengah laut Selayang setelah kira-kira setengah jam aku membawa bot selaju 90 hingga 100 batu notika. Laut tak bergelora. Banyak nelayan yang macam aku memasang jaring, pukat, rawai, memancing dan ada jugak mengaran dan membom ikan kat perairan situ. Dengan menggunakan alat sonar ikan aku, aku dapati ada banyak ikan tenggiri bermain-main di muka air mengejar ikan-ikan sardin atau selayang yang beribu jumlahnya. Aku pulak, setelah melabuhkan umpan dan jaring, sekadar dapat naik ikan siakap, kerisi, beliak mata, seekor tenggiri, selayang dan udang kertas.

Bot-bot nelayan yang ditambat di jeti muara laut Selayang.
Sedang aku dalam proses menarik jaring ke atas bot, tiba-tiba aku telah diserang dengan tiga ekor great white shark sebesar bot pukat tunda setiap satu. Peluh jantan aku mencucur deras macam air pancut kat KLCC. Jerung-jerung itu cuba membaham bot yang aku naiki. Tetapi, dengan menggunakan kepakaranku dalam bidang pergigian, aku telah menggigit ekor serta sirip atas jerung-jerung itu sampai putus yang menyebabkan mereka jadi hilang arah dan hilang panduan. Aku tersenyum lebar. Dalam kekalutan yang melanda jerung-jerung itu, aku pun sempat memberikan beberapa tumbukan padu pada rusuk kiri setiap ikan itu sampai mereka senak dan pengsan. Lalu aku seret mereka naik ke dalam bot aku. Oleh kerana bot aku terlalu kecil, tak muatlah pulak nak menempatkan jerung-jerung itu. Lalu aku bagi kepada seorang nelayan lain yang berada pada bot bersebelahan dengan bot aku. Aku pulang ke rumah dengan berasa sangat penat dan letih. Tapi syukur, semua telah selamat.

Tiga ekor great white shark yang kecundang.