Bahagian 12
26 Disember 2015 - Rasanya macam tak puas kami berada di sini, walaupun setelah dilanda mimpi ngeri pada malam semalam. Kami terus berlegar-legar dan bersiar-siar di laman dan pekarangan hotel, memastikan setiap inci pelusuk penjuru hotel ini kami jelajahi dan hargai. Entah berapa kali kami bergambar di main entrance hotel, di taman bunganya, di hadapan bangunan apartment, dan di kebun sayur kubisnya. Jom kita layan gambar-gambar ini dulu...
|
Allahyarham Ayah menanti kami menolak kerusi roda. |
|
Bergambar di termometer gergasi. |
|
Di hadapan bangunan hotel. |
|
Masih di depan hotel. |
|
Allahyarham Ayah layankan aje tingkah kami bergambar di sana sini. |
|
Bergambar di hadapan Hotel Copthorne. |
|
Inilah landmark utama bagi hotel ini. |
|
Duduknya betul-betul di hadapan porch hotel ini. |
|
Bangunan belakang dengan design ala-ala English Tudor itu adalah apartment tempat kami menginap. |
|
Masih di tempat yang sama. |
|
Berterusan di sini. |
|
Tanpa jemu. |
|
Tanpa bosan. |
|
Giliran aku pula untuk bergambar. |
|
Bersama Allahyarham Ayah dan anak-anak. |
|
Suhu di luar adalah 18 darjah celsius. |
Dah puas bergambar, barulah kami pulang ke bilik apartment dan bersiap-siap packing pakaian untuk check out. Masa tu rasanya dah hampir tengah hari kot. Lepas check out nanti, kami plan nak ke Pusat Teh BOH di Sungei Palas. Ingat tak semalamnya kami tak dapat masuk sebab lewat sampai, gate dah tutup? Hari ini kami akan pergi juga ke sana lebih awal lagi. Yang ini memang hajat aku sendiri untuk melawat tempat ini sebab nak tengok bangunan cantik yang kawan aku, Huat Lim design. Jom kita berkemas!
Bersambung...
|
Bergambar di hadapan apartment. |
|
Kami dah sedia untuk check out. |
|
Dah tak sabar-sabar nak check out. |
|
Tak sempat nak lawat ladang sayur, tengok kebun kubis kat sini ajelah. |
|
Sabriena yang tak suka makan sayur pun teruja bila dikelilingi oleh sayur kubis. |
|
Inilah sayur kubis pilihan Sabriena. |
|
Sabriena dah teleport ke taman bunga pulak. |
|
Sabriena guna super power "adik-ke-baby" nya untuk buat teleport. |
|
Time untuk check out. |
|
Aku rasa ini program yang ada disediakan oleh pihak Copthorne untuk para pengunjung. |
No comments:
Post a Comment