Bahagian 15 (Akhir)
26 Disember 2015 - Selesai melawat dan bergambar di Pusat Teh Boh di Sungei Palas, kami terus bergegas menaiki kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Oh! Tapi ada satu perkara lagi yang kami belum buat. Kami belum beli bunga secara besar-besaran! Lalu kami cari tempat jual bunga-bungaan yang agak besar mengharapkan dapat membeli bunga dengan harga yang berpatutan. Di satu lokasi yang aku pun dah tak ingat kat mana, kami berhenti. Kami melihat-lihat di sekeliling dan meninjau-ninjau bunga apakah yang paling cantik dan menarik untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Orang yang paling teruja sudah pastilah isteriku.
|
Isteriku sedang memilih dan membeli bunga citra lestari. |
|
Penjual bunga dengan berat hati berkata, "Nah. Lu amik lah ini munga. Gua sudah tak mau nengok lagi". |
|
Lawa juga bunga ini. |
|
Sedang memilih bunga lain pula. |
|
Memang banyak gerai yang menjual bunga di sini. |
|
Anak-anak pokok bunga ros dalam pasu. |
|
Bunga ros adalah bunga yang paling popular. |
|
Kalau ikutkan hati, nak angkut kesemua pokok bunga ini masuk ke dalam kereta. |
|
Syahmie tolong bawa barang-barang yang telah dibeli mamanya. |
|
Ramai yang membeli-belah di sini. |
|
Syahmie di samping anak-anak pokok kaktus. |
|
Pokok kaktus kecil macam ini sesuai diletakkan di atas meja di pejabat. |
Kami telah membeli jambakan bunga yang cantik dengan harga yang tidak mahal. Dan turut membeli beberapa perkara yang lain. Sebentar saja di sini. Lantas berangkat pergi ke arah selatan untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Jalan pulang, kami mengikut laluan yang berbeza. Kami ikut jalan yang melalui Tapah. Sebelum sampai Tapah, kami melalui beberapa tempat yang menarik seperti sebahagian tasik dari Empangan Sultan Abu Bakar, Lata Iskandar, serta perkampungan orang asli dan gerai-gerai kecil yang dibuka oleh orang-orang asli tempatan menjual madu lebah serta lain-lain produk hutan yang nampak menarik. Cuma sayangnya waktu itu kami memang sudah agak penat. Target kami cuma nak sampai rumah sesegera mungkin. Jadi kami tidaklah menyinggah di mana-mana melainkan di R&R untuk ke tandas, untuk makan dan minum serta solat. Perjalanan seterusnya agak lancar dan kami tiba di Kuala Lumpur pada lewat petang. Syukur, semuanya selamat. Insya Allah, kalau ada peluang lagi, kami akan mengunjungi lagi tanah tinggi Cameron Highlands. Tapi apakah kami akan menetap di hotel yang menyeramkan itu lagi.....? Tengoklah nanti macam mana.
T A M A T
|
Meninjau pokok bunga ros pink di luar gerai. |
|
Sabriena dan Mama. |
|
Mama dan Sabriena. |
|
Meliuk lentok badan Sabriena di samping Mama-nya. |
|
Tiba-tiba Syahmie terjumpa bunga ros pink yang nampak misteri. |
|
Syahmie pun menyentuhnya untuk memastikan keturunan spesisnya. |
|
Dan mencium hidu secara mendalam untuk mendapatkan cebisan debunganya untuk dibuat kajian di makmal sains. |
|
Sabriena join abangnya melihat pokok bunga ros kaler pink. |
|
Sabriena juga nampaknya tertarik dengan pokok bunga ros ini. |
|
Inilah bunga ros pink misteri. |
|
Yang ditanam di tepi susur tangan. |
|
Syahmie mencium hidu bunga ros yang ini pula. |
|
Bunga ros yang ini bau macam ayam goreng pulak. |
|
Di sinilah tempat kami memarkir kereta. Ramp-nya sangat curam. |
|
Pemandangan apartment dari jauh. |
|
Ladang bunga di bawah bumbung lut cahaya. |
No comments:
Post a Comment