m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, July 2, 2021

Cameron Highlands: Pokok bunga suka tempat sejuk

Bahagian 6

25 Disember 2015 - Kami dah pun sampai ke taman / ladang bunga yang penuh dengan pokok-pokok bunga yang beraneka warna. Memang segar-bugar pokok-pokok bunga tu. Kami beli bunga-bunga yang beraneka warna untuk dibawa pulang. Bunga kekwa sebenarnya, bukan bunga lili seperti yang aku sebutkan dalam episod 5. Hehehe...

Lama juga kami berlegar-legar di sini. Kalau Allahyarham Ayah dapat melihat bunga-bunga ini, mesti dia seronok. Memang Allahyarham Ayah minat pada pokok-pokok bunga dan pokok-pokok ulam-ulaman. Mungkin pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di Cameron Highlands boleh mempertimbangkan untuk mensyaratkan pembangunan dengan menyediakan fasiliti untuk mereka yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Sama ada menyediakan lif atau ramp pada kelandaian 1:12. 

Membeli sejambak bunga kekwa.

Bergaya dengan bunga kekwa yang baru dibeli.

Agak teratur juga taman bunga ini.

Kawasan ini berbumbung bagi perlindungan dari hujan.

Entah apa yang kelakar sangat si Amier tu.

Wanie dengan bunga kebangsaan - bunga raya.

Bunga-bunga ini akan dijual ke kedai-kedai bunga.

Beli bunga di sini jauh lebih murah berbanding  jika dibeli di tanah rendah.

Ramai juga penggemar-penggemar bunga berkunjung ke sini.

Zoom in muka Amier sikit.

Bunga lili merah yang harum.

Syahmie dah penat. Duduk berehat sekejap.

Ada rama-rama menemani Syahmie.

Mama pun dah berehat. Sabriena masih menggigit puting botol.

Tengok anak-anak ikan yang berenang-renang di kolam.

Ini kawasan bunga raya.

Tinggi betul pokok bunga raya ni.

Bunga pokok kaktus ini juga cantik.

Setelah puas melihat pokok bunga, kaki beransur pergi dari sini menuju ke kedai minum tempat Allahyarham Ayah menunggu. Kami join Allahyarham Ayah minum di situ. Lega dapat menghilangkan dahaga dengan menghirup air teh dan kopi dari Cameron Highlands. Allahyarham Ayah rilek dan tenang aje duduk dalam kedai minum sambil menanti kami selesai meneroka kawasan taman di kaki bukit. Kami sempat singgah di kedai berdekatan untuk membeli topi haiwan spesel, sebelum pulang ke hotel untuk berehat.

Bersambung...

Dah keluar dari kawasan taman.

Allahyarham Ayah di kedai minum.

Dah habis air dalam cawan.

Kami pula nak minum.

Penat dan dahaga sebab dah banyak berjalan.

Di tempat yang sejuk, kena minum air panas.

Kopi campuran dalam paket untuk dijual.

Tunggu air sejuk sedikit.

Sabriena seronok dapat minum air cokelat panas.

Sabriena dan Mama meneliti sesuatu.


No comments:

Post a Comment