m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, July 4, 2021

Cameron Highlands: Meninjau ladang teh

Bahagian 7

25 Disember 2015 - Kami telah menghabiskan masa yang agak lama di taman / ladang bunga - mengagumi kecantikan bunga pelbagai spesis dan warna. Sampai tengah hari kami di situ. Selepas minum di kedai berdekatan, barulah kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan. Sebelum itu sempat juga kami singgah di gerai yang menjual topi haiwan untuk kegunaan kami. Topi-topi haiwan itu memang nampak comel kalau dipakaikan ke atas anak-anak kami, khususnya Amier dan Sabriena yang agak bulat pada ketika itu. 

Setelah berehat seketika, baru aku perasan dah masuk waktu zuhur. Hari itu ialah hari Jumaat. Walaupun kami sedang bermusafir, namun aku fikir ada baiknya juga kalau kami ke masjid untuk berjemaah. Bukan selalu berpeluang ke Cameron Highlands, apa lagi untuk bersolat di masjidnya. Aku dan Syahmie pun terus berwudhu' dan memandu ke masjid berdekatan berpandukan kepada arahan yang diberikan oleh aplikasi Waze. Bila sampai di lokasi, cepat-cepat aku cari tempat parkir di tepi jalan. Terus berlari ke pekarangan masjid yang sesak. Dan terus mengangkat takbiratul ihram. Waktu itu solat telah pun dimulakan. Jadi kami perlu menambah rakaat setelah imam memberi salam.

Sabriena dan Amier seronok memakai topi haiwan.

Sabriena pakai topi burung atau ayam.

Amier pakai topi chipmunk.

Sambil menelaah peta dunia.

Sabriena buat gaya ayam.

Semua orang pakai topi haiwan, termasuk Syahmie. Hehehe...

Kami sedang kumpul tenaga untuk keluar lagi pada sebelah petangnya.

Sekejap lagi nak makan tengah hari pula.

Tiba-tiba ada sebiji buah strawberi bersandar di atas Sabriena.

Inilah sebuah masjid di Cameron Highlands - tempat kami solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, kami kembali ke hotel. Kami makan tengah hari, dan meneruskan pengembaraan di seluruh pelusuk Cameron Highlands. Tempat yang paling penting dan wajib pergi ialah ke ladang teh. Memang Cameron Highlands sangat terkenal dan sinonim dengan ladang tehnya - Ladang Teh Boh. Kami memandu ke arah Pusat Teh Boh melalui jalan yang sempit dan berliku, yang terletak di Sungai Palas. Sayangnya, bila sampai di sana, pagar besar telah ditutup. Mungkin sebab kami tiba sangat lewat - sudah melepasi jam 6.00 petang. Jadi kami cuma bergambar di ladang teh di bahagian luarnya sahaja. Esok siang, kalau ada peluang, kami akan ke sini lagi. Lebih awal lagi.

Bersambung...

Ladang teh yang menghijau dan sangat tersusun.

Tenang bila melihat suasana yang sebegini.

Pemandangan ladang teh dari jalan besar.

Terhidu aroma daun teh segar di sini.

Pokok teh di tanam di lereng-lereng bukit.

Bergambar dari dalam kereta.

Sambil memakai topi haiwan.

Bergambar di ladang teh BOH.

Kata orang, kadang-kadang ada ular di ladang teh ini. Syukur, kami tidak terserempak dengannya.

Khasiat daun teh ini juga sangat banyak.

Masih lagi di sini.

Kami beralih-alih tempat untuk melihat pemandangan yang berbeza-beza.

Tidak ada yang bekerja pada waktu ini.

Amier sedang menceritakan pengalaman menariknya ketika berada di ladang teh.

Siap dengan gayanya tersendiri.

Cuba mengingat kembali apa yag telah berlaku.

Mengenang masa silam.

Memetik sehelai daun teh.

Ingin menghidu keharumannya.

Pusat Teh BOH tutup jam 4.30 petang daaaa...


No comments:

Post a Comment