Bahagian 8
25 Disember 2015 - Pengembaraan kami di Cameron Highlands memang agak terburu-buru. Kalau boleh nak melawat semua tempat dalam masa yang sangat singkat. Kekecewaan di ladang strawberi dan kegagalan untuk melawat Pusat Teh BOH di Sungei Palas tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan misi melawat tempat-tempat lain di tanah tinggi ini. Kami terus menuju ke Taman Lebah yang letaknya tidak jauh dari hotel kami. Sekali lagi, tempat ini sangat bercerun dan tidak mesra OKU. Allahyarham Ayah hanya dapat melihat-lihat di kawasan kedai menjual madu yang terletak tidak jauh dari tempat parkir kereta.
Di sini tak ada apa sangat yang hendak dilihat, melainkan produk dari madu lebah. Kami turun ke bawah bukit untuk melihat ladang penternakan lebah. Ada banyak rumah lebah didirikan. Tapi kebanyakan rumah ini tidak berpenghuni. Mungkin lebah-lebah sedang keluar mencari madu, atau sedang mencari-cari rumah lain yang lebih selesa, yang ada aircon, ada sofa, ada tv, dan lain-lain kelengkapan rumah yang lebih canggih.
|
Kami di Taman Lebah. |
|
Bergambar dulu di ruang legar. |
|
Amier nak jadi lebah sekejap. |
|
Sabriena duduk di buaian berhias. |
|
Kotak-kotak di taman di bawah ialah rumah-rumah lebah. |
|
Macam nampak something di hujung sana. |
|
Adakah sekumpulan lebah sedang menghala ke sini? |
|
Bergambar bersama maskot lebah. |
|
Tak dapat jumpa lebah betul, jumpa patung lebah pun jadilah. |
|
Kami di bahagian luar. |
|
Rasanya ini menghala ke taman bunga. |
|
Di kejauhan terlihat gunung-ganang yang hijau. |
|
Kami di atas bukit. |
|
Sambil menaiki atau menuruni tangga. |
|
Masing-masing pakai baju tebal. |
Kami tidak lama di Taman Lebah. Dari Taman Lebah, kami terus ke Taman Orkid dan Ros yang berada bersebelahan dengan Taman Lebah (kalau tak silap aku). Di sini sudah tentulah kami ingin melihat bunga-bunga orkid dan ros yang menjadi kegilaan isteriku. Mungkin di sini juga kami dapat membeli bunga ros segar dengan harga yang murah. Itulah harapan kami. Memang ada banyak pokok bunga dan tanaman lain seperti kaktus, kekwa dan venus flytrap. Ada juga tumbuhan hiasan lain yang kami tidak dapat kenal pasti jenis dan spesisnya.
Bersambung...
|
Dah sampai Taman Orkid dan Ros. |
|
Bunga ros memang menawan kalbu. |
|
Pokok bunga ros untuk dijual. |
|
Anak-anak pokok yang sihat. |
|
Pilih saja nak spesis bunga warna apa. |
|
"Tak nampak kera pun", kata Wanie di dalam hati ketika berdiri di sebelah pokok periuk kera. |
|
Allahyarham Ayah juga seorang penggemar bunga-bungaan. |
|
Mengagumi beberapa jenis pokok bunga pelbagai spesis. |
|
Orang dah tulis jangan pegang, Wanie masih lagi nak pegang anak pokok venus flytrap ini. |
|
Banyaknya pokok kaktus. Comel-comel belaka. |
|
Memilih anak-anak pokok kaktus untuk dibeli buat hiasan meja. |
No comments:
Post a Comment