Bahagian 13
26 Disember 2015 - Setelah check out dari Hotel Copthorne, kami terus memandu ke Sungei Palas untuk ke Pusat Teh BOH. Tempat ini bolehlah dikatakan sebagai tempat yang wajib dilawati bila berada di Cameron Highlands. Teh BOH memang sangat sinonim dengan tanah tinggi ini. Di pusat BOH ini ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai proses pembuatan teh. Kebetulan pula bangunan Pusat BOH ini telah direkabentuk oleh salah seorang kawan aku dan mantan superior aku, Huat Lim. Maka lebih teruja lagilah aku untuk melihat sendiri bangunan itu secara dekat.
Bergambar di papan tanda dulu. |
Wanie dan Amier peminat teh tarik BOH. |
Bukan saja teh BOH yang sedap, signboard dia pun sedap jugak. |
Wanie seperti tak nak berenggang dari papan tanda ini. |
Sabriena dan Mama pula nak bergambar di sini. |
Amier juga dapat merasakan keenakan papan tanda ini. |
Walau sesedap mana pun, kita tak boleh selamanya berdiri di papan tanda ini. Hehehe... |
Bergambar di luar kilang. |
Inilah kilang memproses teh BOH yang legend dan epic. |
Laluan masuk ke kilang untuk pengunjung melalui pintu ini. |
Bergambar dulu sebelum masuk ke dalam. |
Kalau dah masuk takut tak nak keluar pula nanti. |
Ini bergambar di pintu keluar pula. |
Sabriena mengangkat tangan tanda kemenangan. |
Kami dah masuk ke dalam kilang. |
Pengunjung dipisahkan dengan mesin memproses teh BOH dengan tembok batu dan dinding kaca. |
Di satu sudut kilang. |
Mesin memproses teh serta penerangannya. |
Ini tempat membuat roti roll. |
Penerangan proses membuat teh yang akan disoal dalam SPM. |
Ini bahagian dapur. |
Inilah daun teh yang berbau harum. |
Sedang belajar cara-cara menghasilkan daun teh gred A. |
Kami dah keuar dari kilang. |
Lepas ini kami akan masuk ke bangunan Pusat Teh BOH pula. |
No comments:
Post a Comment