Bahagian 10
26 Disember 2015 - Malam semalam memang kami telah dilanda mimpi yang menyeramkan. Aku ada bertanya kepada anak-anak, mereka tidak pula mengalami keseraman yang sedemikian. Syahmie yang tidur bersebelahan dengan Allahyarham datuknya juga tidur lena tanpa diganggu. Maknanya cuma aku dan isteri aku sajalah. Namun setelah mimpi seram itu, kami tidur nyenyak. Dan bangun pagi waktu subuh, kami berasa lebih bertenaga dan terus terlupa segala kisah yang menakutkan itu.
Bangun pagi dalam keadaan perut yang lapar, kami memang sudah tak sabar-sabar untuk ke dewan makan untuk bersarapan. Apalah agaknya menu pada pagi ini. Sudah pasti kami akan memesan telur scrambled dan telur omelette. Yang lain-lain, kita lihat dulu selera kami akan terbuka untuk masakan yang macam mana.
Concentrate-nya dua beradik ni makan. |
Syahmie menemani Allahyarham datuknya makan sarapan. |
Wanie memilih nasi lemak. |
Sabriena suka makan sosis. Hari-hari Sabriena makan sosis. (Sosis = Sosej) |
Pagi-pagi makan roti jala. Petang-petang pergi menjala. |
Penuh penghayatan. |
Amier juga menumpukan sepenuh perhatiannya ke arah pemakanannya. |
Dah selesai makan baru boleh heppi. |
Sarapan beramai-ramai memang menyeronokkan. |
Nasi lemak kurang manis... |
...dan nasi lemak kicap manis. |
Dimakan pada pagi hari. |
Allahyarham Ayah makan scrambled egg. |
Menu barat dalam talam. |
Yang ini bukan untuk dimakan ya? |
Hiasan sempena krismas. |
Menu Malaya untuk dimakan. |
Pancake yang sedang menanti pemakan-pemakannya tiba. |
Operasi membuat pancake secara besar-besaran. |
Perut dah kenyang, senanglah hati. |
Sabriena dan Mama. |
Amier dan pet chipmunk-nya dah kenyang. |
Syahmie dah selesai makan. |
Membetulkan topi ayamnya. |
No comments:
Post a Comment