Bahagian 14
26 Disember 2015 - Kami dah pun sampai di Pusat Teh BOH di Sungei Palas. Setelah puas berlegar-legar dan mempelajari sesuatu mengenai proses membuat Teh BOH, kami terus saja menghala ke bangunan Pusat Teh BOH yang terletak bersebelahan dengan kilang. Memang menarik bangunan ini. Dan ramai juga pengunjung yang datang pada waktu ini. Bersesak-sesak jugalah. Nasib baik masa ini pandemik covid-19 tak ada. Semua yang hadir memang tak mengamalkan langsung penjarakan fizikal. Tapi itu dulu, tahun 2015!
Wanie bersama Allahyarham datuknya. |
Allahyarham Ayah duduk bersendirian di ruang rehat. |
Buku pelawat di ruang hadapan. |
Ini pula adalah pintu masuk ke alam misteri BOH! |
Bersebelahan dengan pintu misteri. |
Ada banyak soalan yang kami nak tanya, tapi petugas kaunter tak ada di sini pula. Oh! Rupanya ini bukan kaunter. Hehehe... |
Wanie sedang timbang berat badan. |
Menulis novel di buku pelawat yang disediakan. |
Amier di samping satu peralatan yang paling canggih yang wujud di atas muka bumi ini. |
Isteri aku pun nak bergambar di samping peralatan canggih ini. |
Aku suka feature bangunan ini menggunakan potongan dahan pokok sebagai hiasan. |
Laluan menghala ke bangunan utama. |
Isteriku menunjukkan laluan ke arah bangunan utama. |
Masih meneka-neka arah mana yang harus dituju. |
Tengoklah sendiri betapa sesaknya kawasan ini. |
Ini kafeteria tempat pengunjung makan dan minum. |
Tiba-tiba ladang teh dihujani salji. Hehehehe... |
Melihat suasana ladang teh yang agak terang benderang. |
Memang cantik pemandangan ladang teh ini. |
Eh! Ada juga gambar aku kat sini. |
Aku nak ambil gambar daun teh yang hijau. |
Amier buat muka pelik. |
Amier sedang practice buat senyuman tebalik. |
Okay, sekarang Amier buat senyuman normal pulak. |
Inilah sebahagian ladang teh BOH. |
Berbukit-bukit. |
Bersama isteriku tersayang. |
Satu famili ada di sini. |
Allahyarham Ayah nak berehat di ruang hadapan katanya. |
Kami masih bergambar di sini. |
Sabriena di balik papan grafik kartun. |
Sambil mengibarkan bendera Malaysia. |
Ladang teh di sebalik semak-samun. |
Ladang teh di kejauhan. |
No comments:
Post a Comment