m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 28, 2021

Cameron Highlands: Diserang rama-rama

Bahagian 4

25 Disember 2015 - Kunjungan ke ladang strawberi memang menghampakan. Namun terubat juga hati ini setelah dapat menikmati keenakan rasa aiskrim berstrawberi yang kami beli di gerai berhampiran. Kini kami ke destinasi yang selanjutnya - Taman Rama-rama dan Serangga. Di sini kami bagaikan artis. Ke mana saja kami pergi, rama-rama dan kupu-kupu akan berpusu-pusu terbang ke arah kami seperti mahu bergambar dengan kami. Kami hulurkan tangan dan jari. Dan rama-rama dan kupu-kupu pun singgah hinggaplah di atas jari-jari kami. Seronoknya!

Bersambung...

Kami sedang memerhati kepompong yang tergantung di atas papan. 

Menanti keluarnya rama-rama yang cantik dari kepompong-kepompong ini.

Teruskan berjalan mencari rama-rama.

Sabriena bukan main heppi sambil menggigit botol susu.

Amaran buat pengunjung agar tidak menangkap rama-rama. Tetapi bagaimana pula kalau rama-rama yang menangkap kami?

Rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Kami di sebelah "kaktus bersurat" (ala-ala batu bersurat jugalah).

Nama "Wani" tertulis di sini.

Daun-daun pokok ini dah togel dimakan ulat rama-rama.

Tiba-tiba seekor rama-rama singgah ke tubuhku.

Aku jadi terkaku.

Sedikit salah langkah akan menyebabkan rama-rama itu menyerangku.

Seekor rama-rama sedang menghisap madu bunga ungu.

Alamak! Rama-rama ini dah mula berasa terancam dan akan memulakan serangan balas.

Sabriena dalam kekaguman memerhati seekor rama-rama biru.

Sabriena terpukau dengan kecantikan rama-rama ini.

Sedikit pun Sabriena tak gentar.

Kerana botol susu ajaib berada di giginya.

Rama-rama hinggap di jari isteriku pula.

Isteriku tenang menerima sapaan si rama-rama.

Antara pokok ekzotik yang ditanam di situ.

Nak tanam pokok baru gamaknya.

Tumbuhan di Cameron Highlands memang segar-bugar semuanya.

Aku sedang memerhatikan tulisan pada dahan kaktus.

Ada kod rahsia yang sedang cuba aku rungkaikan.


Sunday, June 27, 2021

Cameron Highlands: Hampa di ladang strawberi

Bahagian 3

25 Disember 2015 - Setelah sarapan dan bersiar-siar di laman Copthorne Cameron Highlands, kami memulakan pemanduan menghala ke destinasi lawatan yang paling hampir dengan hotel. Itulah ladang strawberi. Kata orang kalau pergi Cameron Highlands, bagaikan tak ada makna sekiranya tak pergi memetik buah strawberi di ladangnya. Jadi itulah yang kami semua nak buat. Bukan main terujanya kami kerana inilah pertama kali kami nak mencuba nasib memetik buah strawberi yang masak ranum dan berwarna merah menyala, berkilat serta bersinar. Dan terus akan kami masukkan ke dalam mulut sejurus ianya dipetik. Lalu menggigitnya dengan gigi kacip, dan mengunyahnya dengan gigi geraham. Lantas terkeluarlah jus manisnya yang membuatkan sesiapa saja yang melihat akan berasa cemburu dan terliur pada masa yang sama kerana membayangkan keenakan rasanya yang luar biasa. Itulah imaginasi kami sebelum kami sampai ke destinasi.

Setelah sampai ke destinasi, kami pun parkir kereta di lereng bukit. Oleh kerana laluan ke ladang strawberi sangat curam, maka kami tak berani untuk menyorong kerusi roda yang dinaiki Allahyarham Ayah menuruni cerun tersebut. Allahyarham Ayah menanti kami di atas bukit, bersebelahan dengan sebuah gerai yang menjual sayur-sayuran segar. Dan aku dan yang lainnya pun menurunilah cerun tersebut untuk ke ladang strawberi. 

Sesampainya di pintu masuk, alangkah hampanya kami bila tertulis di papan tanda - "Ladang Strawberi Ditutup Seketika Untuk Kerja-kerja Penyelenggaraan" (lebih kurang macam tulah maksudnya). Kami tanya orang di situ yang mungkin juga pemilik atau pekerja ladang itu. Katanya, pokok strawberi sedang tak banyak mengeluarkan buah pada waktu itu. Jadi mereka pun tutuplah ladang buat sementara. Aduh! Bukan main kaciwanya kami bagaikan dihiris Sembilu 2 arahan Datuk Yusof Haslam. Bagi merawat hati kami yang lara, kami pun membelilah aiskrim bercampur strawberi yang dijual di sebuah gerai yang ada di laluan ke ladang strawberi itu. Kami beli tujuh cawan. Seorang dapat satu cawan. Allahyarham Ayah juga dapat merasa keenakan aiskrim berperisa strawberi itu.

Kami dah pun sampai di pekarangan ladang strawberi.

Ini di bahagain luar.

Singgah sebentar di sebuah gerai.

Sekejap lagi kami akan masuk ke dalam ladang.

Inilah laluan ke ladang strawberi yang sangat curam.

Syahmie di sebuah gerai yang menjual aiskrim.

Notis di luar ladang yang mengecewa dan menghampakan kami.

Sempat juga isteriku mengambil gambar ladang strawberi dari luar pagar.

Buahnya ada, tapi tak banyak yang masak merah.

Pokok-pokok strawberi ini semuanya akan diganti dengan yang baru, katanya.

Bersama Allahyarham Ayah yang sedang menikmati aiskrim bercampur strawberi.

Makan aiskrim yang sejuk di suasana yang dingin. Memang pengalaman yang unik.

Sedap rasa aiskrimnya.

Isteriku terjumpa sebiji buah berwarna kuning.

Ia dipanggil "pepino" atau "Cameron Apple".

Boleh tahan juga keenakan rasanya. (Sebenarnya aku dah lupa rasanya macam mana..)

Destinasi lawatan selanjutnya ialah Taman Rama-rama dan Serangga. Di sini juga tempatnya tidak mesra OKU. Laluannya bercerun. Tangganya sangat curam. Tiada lif untuk kegunaan pengunjung kurang upaya. Jadi Allahyarham Ayah kami tempatkan di sebuah kafe yang terletak di sebelah luar laluan masuk. Sementara menanti kami selesai, bolehlah Allahyarham Ayah minum-minum atau makan-makan dulu. Jom kita tengok rama-rama!

Bersambung...

Kami dah sampai di Taman Rama-rama dan Serangga.

Besar betul kaktus ni macam telur dinosaur.

Durinya tajam bagaikan durian.

Meninjau-ninjau di sekeliling kawasan.

Seekor rama-rama di hujung jari Wanie.

Rama-rama hinggap di jari Syahmie pula.

Jinak sunguh rama-rama ini/

Wanie menemui seekor rama-rama yang sangat unik dan cantik.

Rama-rama ini ialah dari jenis "rajah brooke".

Ia boleh terbang dengan laju sehingga terdengar kipasan sayapnya yang panjang.

Ini pula ialah kupu-kupu atlas atau dalam istilah saintifiknya "attacus atlas".