m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 1, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Bicara mengikat pertunangan

Bahagian 2

Perjalanan dari tempat parkir kereta ke rumah Izzati telah memakan masa berbulan-bulan lamanya. Waktu inilah kami perlu saling sokong-menyokong antara satu sama yang lain. Bila saja melihat ahli keluarga yang lain dalam kelesuan dan lemah, yang kuat akan memberi dorongan dan rawatan agar perjalanan ini dapat diteruskan dengan jayanya. Berkat kerjasama bersepadu ini, akhirnya kami tiba juga di muka pintu rumah keluarga Izzati. Kami lantas bertakbir dan bersorak kegembiraan sejurus kaki kami menjejak di tanah pekarangan rumah keluarga Izzati. 

Akhirnya kami sampai juga di rumah keluarga Izzati.

Terasa lega bukan kepalang.

Kami dijemput naik ke atas rumah untuk berteduh.

Sebahagian dari kami duduk menanti di bawah khemah.

Kami disambut baik oleh seluruh keluarga Izzati. Dipersilakan naik ke atas dan berehat di ruang tamu yang sangat selesa. Abang Zahid dan Abang Zai mengambil tempat di posisi yang paling strategik kerana bakal berbicara dan menjual beli pantun dengan wakil keluarga Izzati sebentar nanti. Sementara itu, kami melabuhkan punggung kami di atas lantai, melepaskan lelah dan menyedut udara nyaman setelah penat berjalan jauh. Sangaaaaattt jauh.

Untuk seketika waktu, masing-masing diam membisu. Geseran kaki cengkerik terdengar jelas oleh kami semua. Krik krik krik krik. Kami menanti pihak tuan rumah memulakan bicara. Dan akhirnya penantian kami berjawab juga. Tuan rumah berbahasa dengan sangat indah. Loghat bahasa negeri Perak disampaikan dengan sangat tertib dan murni kedengarannya. Kebetulan Abang Zai dan Abang Zahid juga memang berasal dari negeri Perak. Sangat mudahlah perbualan berlangsung bila orang sama sekampung bersua bicara.

Serangkap pantun rakyat dijual oleh pihak tuan rumah. "Teman menjual, sudi ke komer membelinya?" tanya tuan rumah. Dengan pantas Abang Zai menyahut, "Berape harge nak jual pantun tadi? Kalau setakat sepuloh ringget, mampulah teman membelinya". "Maksud teman bukan membeli guna duit, tapi membalas pantun yang teman bagi tadi", jelas wakil tuan rumah. "Oooooohhhh... baru le teman faham. Dengor jawapan teman pulak ye?" Abang Zai sebenarnya memang telah sangat bersedia untuk saat ini. Lantas menyeluk tangannya ke dalam saku untuk mengeluarkan sehelai kertas bertulis bait-bait pantun yang telah dikarangnya sejak di rumah lagi. Lalu membuka lebaran kertas itu dan membaca:

"Bawang merah satu kilo,
     Ikan sardin satu tin,
 Kacang panjang setengah kilo,
     Susu pekat lima tin."

Seluruh hadirin dan hadirat terkedu seketika mendengar pantun yang agak pelik bunyinya. Ruang majlis sekali lagi menjadi sunyi seketika. Krik krik krik. "Lain benor pantun komer tu, ya?" kata wakil tuan rumah. Periksa punya periksa, rupanya nota rangkap pantun Abang Zai telah tercicir entah di mana. Yang dibacanya sebentar tadi ialah senarai barang-barang yang nak dibeli buat stok di rumah. Aduh! Akhirnya adegan menjual-beli pantun itu ditamatkan begitu saja.

Abang Zahid dan Abang Zai menghela nafas panjang setelah penat berjalan jauh.

Abang Zai merangka-rangka dalam kepalanya apa yang bakal diucapkannya nanti.

Kaum ibu duduk di suatu sudut yang lain.

Debaran sementara menanti majlis dimulakan secara rasmi.

Masih belum ada 'signal' dari wakil tuan rumah.

Sebahagian dari barang hantaran yang dipersembahkan.

Kak Uda dan Abang Zahid adalah dua orang yang paling berdebar-debar sekali.

Yang lain-lain memberikan sokongan dari belakang.

Akhirnya wakil tuan rumah memulakan bicara.

Tutur katanya sangat santun. Lega kami mendengarnya.

Entah macam mana tiba-tiba Syafiq terjatuh dari siling rumah. Gedebuk., Terus terduduk di tengah-tengah majlis.

Ayahanda Izzat duduk bersebelahan dengan wakil keluarga.

Berbual ramah sebelum ke bicara yang lebih serius.

Suasana majlis sangat tenang dan damai.

Kaum ibu mendengar dengan tekun.

Syafiq cuba mendapatkan angle fotografi yang paling baik.

Dan dramatik.

Wakil keluarga Izzati meneruskan bicara.

Menerima hadiah tepak sirih dengan hati terbuka.

Bicaranya dalam loghat negeri Perak sangat disenangai kami.

Perbincangan tentang pinang-meminang ini disambung semula wakil kedua-dua pihak Syauqi dan Izzati. Mereka berinteraksi dalam loghat negeri Perak. Sangat mesra bunyinya. Sesekali terdengar lawak jenaka yang hanya orang negeri Perak saja yang faham. Yang lain terpinga-pinga. Namun memaksa tersenyum agar tidak dikatakan canggung. Abang Zai membuka maksud dengan mempersembahkan tepak sirih. Dan menyudahkan bicara dengan menyuakan sebentuk cincin tunang yang sangat cantik berkilau. Pihak tuan rumah tiada aral menerima pinangan itu. Masing-masing tersenyum lebar. Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh wakil kepada Izzati. Kedua-dua pihak mengharapkan pertunangan ini berkesudahan dengan ikatan perkahwinan di antara Syauqi dan Izzati.

Bersambung...


Bertukar-tukar tepak sirih.

Daun-daun sirih yang dipersembahkan kelihatan sangat segar dan menyelerakan.

Pucuk daun sirih memang sangat berkhasiat.

Menyudahkan kata-kata penutup.

Dan tepak sirih dipersembahkan secara berdepan.

Abang Zai menerima pemberian dengan rela hati.

Abang Zahid sebagai Quality Controller memeriksa mutu daun sirih yang dihulurkan.

Sebagai balasan, Abang Zai pula menghulurkan tepak sirih versi Kuala Lumpur.

Wakil keluarga Izzati mengucapkan setinggi terima kasih.

Abang Zai juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Izzati.

Sebentuk cincin tunang yang cantik diperlihatkan.

Waaaahh... cantiknya...

Berlian sebesar penumbuk bayi tersemat kemas pada cincin emas.

Wakil keluarga Izzati menerima pinangan secara official.

Dan menutup majlis dengan doa selamat untuk semua.

Amiin, ya rabbal alamiin.

Khusyuk berdoa bersama-sama.

Berdoa penuh kesyukuran.

Kaum ibu juga turut mengaminkan doa.

Mendoakan yang baik-baik untuk Syauqi dan Izzati serta seluruh keluarga.

Doa yang dibaca menyentuh hati setiap yang mendengar.



No comments:

Post a Comment