m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, June 15, 2020

Lexis Hibiscus PD: Layan Amier dan Sabriena bermain dulu

Bahagian 4

17 September 2016 - Setelah puas beraktiviti pada siang harinya, dan setelah meluangkan sedikit masa untuk berehat di bilik yang sangat selesa, kami kembali ke lobi resort untuk bersiar-siar di pantai dan mencari makan malam di pesisiran pantai. Memang ada gerai-gerai kecil dalam kawasan resort ini. Bagi mereka yang tak mahu keluar kawasan, boleh saja menikmati makanan yang ada dijual di gerai-gerai ini.

Tetapi sebelum makan malam, kami membiarkan anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak yang ada di situ. Amier dan Sabriena nampak gayanya sangat teruja dapat bermain buaian, jongkang jongket, papan gelongsor dan lain-lain permainan standard yang ada di sini. Yang lain-lain mengawasi pergerakan mereka dan memastikan keselamatan Amier dan Sabriena ketika asyik bermain. Ramai juga aku lihat anak-anak lain yang menggunakan fasiliti tersebut. Setelah Amier dan Sabriena puas bermain, barulah kami bergerak ke satu zon lain yang dinamakan "Hibiscus Walk". Di situlah adanya pasir pantai yang cantik, dan gerai-gerai makan yang menjual beraneka jenis makanan. Jom kita ke sana!

Bersambung...


Naik buggy nak cari mainan dan makanan.
Perjalanan yang dekat.
Setiap buggy penuh dengan penumpang.
Dalam perjalanan.
Sabriena nak cuba menjadi Spiderman.
Nak try main jongkang jongket pula.
Yang ini kena main dua orang.
Amier volunteer nak main jongkang jongket dengan Sabriena.
Best pulak main benda alah ni.
Macam main dacing.
Main lama-lama boleh sakit punggung.
Tetapi dua beradik ini boleh layan pulak.
Dan sangat seronok nampaknya mereka.
Tersengih-sengih Sabriena nampak gayanya.
Kita main sampai bosan.
Lepas tu boleh naik keretapi to Busan.
Sekarang kedua-dua beradik nak jadi Spiderman.
Spiderboy dan Spidergirl.
Dah penat. Amier nak berehat sekejap.
Sabriena nak buat mountain climbing pula.
Dan sekarang layan main slide pulak.
Main slide pun seronok juga.
Amier dan Sabriena di atas slide.
Gayat pulak si Amier.
Sabriena nak menggelongsor ke bawah dulu.
Satu, dua, tiga, go!
Giliran Amier pula.
Alamak! Macam tak muatlah pulak.
Tak apalah. Gerak perlahan-lahan.
Main jongkang jongket lagi best.
Jom second round.
Tapi main sekejap aje, ya?
Sekejap lagi kita nak berjalan kat tepi pantai.
Okay! No problem.
Jom kita masuk zon Hibiscus Walk.
Experience the difference.



No comments:

Post a Comment