m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, June 7, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Selamat tinggal Sayong Resort

Bahagian 8

9 Disember 2018 - Kami bermalam di Sayong Resort setelah penat menghadiri majlis pertunangan Syauqi dan Izzati. Tidur sangat nyenyak. Mimpi malam pun mimpi tengah tidur nyenyak juga. Puas tidur kalau badan tengah letih. Bangun pagi esok harinya jadi sangat cergas dan segar. Kami perlu bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini. Tapi ingatkan nak jalan-jalan sekejap dekat sekitar kawasan Kuala Kangsar sebelum pulang. Maklumlah, bukan selalu kami travel ke utara.

Kami pekena sarapan dulu di kafeteria. Menu taklah begitu banyak macam dekat hotel, tapi makanannya boleh tahan jugalah. Tak silap aku yang sedap pagi itu ialah masakan kuetiau goreng dengan telur mata kerbau. Sangat menyelerakan. Kalau kami ke Kuala Kangsar lagi, rasanya kami akan memilih untuk menetap di sini lagi.

Amier baru lepas sarapan.

Puas hati dengan sarapan pagi tadi.

Semua orang dah selesai sarapan.

Syura terlalu lapar sampai bunga pun dia nak makan. Ish ish ish...

Sabriena makan sedikit saja pagi itu.

Wanie pun dah selesai makan.

Safiyah tengah makan nasi goreng dengan telur mata. Sedapnya...

Pekena air panas di pagi hari.

Menikmati makanan yang lazat. Pokok bunga ini diberi minum air fresh orange.

Wanie siap berkemas. Sekejap lagi nak basuh pinggan mangkuk kat dapur.

Nampak gayanya semua orang puas hati dengan menu pada pagi itu.

Wanie masih mengumpul pinggan-pinggan kotor untuk dibawa ke dapur.

Intan dan Sabriena melayan main dengan anak kucing sekejap.

Anak kucing ini manja.

Dan mengada-ngada. Hehehe...

Ada sarang burung garuda di atas pokok.

Sabriena angkat tangan tanda kemenangan.

Berjalan-jalan di sekitar resort.

Kami ada masa sampai tengah hari untuk check-out. Sementara menanti waktu itu, kami duduk bersantailah di luar lobi untuk bermain indoor games seperti congkak dan carrom. Game yang biasanya aku tengok sebelah mata aje, tiba-tiba jadi seronok pula bila main beramai-ramai dengan ahli keluarga. Sabriena pun nak mencuba main carrom juga, walaupun jari-jarinya masih tak begitu pandai menjentik. Yang penting mencuba dan belajar. Kak Esah juga mempamerkan kehandalannya bermain carrom seperti pemain profesional. Kami berhenti bermain permainan indoor game setelah hampir jam 12 tengah hari. Kami packing secepat mungkin lantas check-out dan beredar dari situ. Selamat tinggal Sayong Resort. Ada kesempatan lain, kami akan datang lagi.

Sebelum bergerak lebih jauh, kami sempat singgah bergambar di jambatan berhampiran yang merentas Sungai Perak, serta sempat juga ke pekan membeli Milo Kepal Tok Abah yang sangat popular dan viral di Kuala Kangsar. Dan rasanya juga memang sangat sedap. Mmmmmm......

Bersambung...

Jom kita main permainan tradisional congkak sebentar.

Main carrom beramai-ramai. Seronok betul rasanya pada pagi itu.

Kak Esah main macam profesional.

Membidik sebelum membuat jentikan padu.

Piang! Sasaran di hentam tepat.

Sekali jentik sepuluh masuk lubang.

Memberikan konsentrasi yang lebih mendalam.

Masing-masing sedang memikirkan strategi.

Jambatan besar yang merentangi Sungai Perak.

Bergambar di tangga jambatan seketika.

Bukan selalu berjalan di Kuala Kangsar ini.

Stairways to heaven...

Bergaya lebih sikit.

Horey!! Saya menang!!!

Inilah Milo Kepal Tok Abah yang tersohor di Kuala Kangsar dan di dunia ini.



No comments:

Post a Comment