m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 31, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Jom kita gerak!

Bahagian 1

8 Disember 2018 - Cerita raya tahun 2019 dah habis aku kisahkan. Jom kita naik mesin masa dan undur dua tahun ke tahun 2018. Ini bukan kisah raya. Ini kisah pertunangan anak saudara kami, Syauqi yang majlisnya dilakukan di sebuah daerah di Perak. Dah lama betul dah cerita ini berlaku. Baru sekarang nak bagi keluar. Jom kita follow!

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Perak pada sebelah pagi. Dan terus berkumpul di rumah homestay, tempat keluarga Kak Uda dan Abang Zahid menetap. Di homestay, kami sempat bersarapan dan minum-minum. Mula-mula kena pastikan setiap ahli rombongan telah bersiap-sedia dari segi pakaian dan mental sebelum menghadap wakil pihak perempuan tengah hari nanti. Abang Zai selaku ketua rombongan telah membuat pemeriksaan bak perajurit terhadap kami semua. Satu-satu nama kami dipanggil. 

"Faridz!" "Siap Tuan!"
"Adi!" "Siap Tuan!"
"Abby!" Siap Tuan!"
"Fai!" "Siap Tuan!"

Macam itulah nama kami dipanggil. Siap kena beri tabik hormat lagi. Bila dah cukup 500 orang cakap "Siap Tuan!" barulah kami bertolak beramai-ramai ke rumah bakal tunang Syauqi yang bernama Izzati. Kami bertolak ke destinasi dengan menaiki 50 buah kereta, 30 buah motorsikal kuasa tinggi, 5 buah kereta kebal, 4 buah lori kontena dan sebuah kapal selam.

Faridz menjadi bodyguard kepada Abang Zai.

Bersiap sedia di homestay.

Abby memastikan pasukan polis pengiring telah bersedia.

Siapa yang lapar boleh makan dulu.

Sabriena nak pinjam telefon Mama.

Syura dan Yaya sudah tak sabar-sabar nak bergerak pergi.

Berkenal-kenalan dulu di antara satu sama lain.

Bila dah saling mengenali barulah perjalanan lebih lancar.

Kak Esah kekal tenang.  Kak Timah berasa moment makannya terganggu.

Faridz dan Azi juga sedang menikmati sarapan.

Tiba-tiba secara tak sengaja, Nicha termasuk ke dalam frame gambar.

Komander Abang Zai menikmati nasi lemak Kuala dulu.

Fai sedang memberikan idea bernas cara bagaimana hendak approach keluarga Izzati.

Wanie menanti masa untuk bergerak dengan sabar.

Tiga beradik - Syura, Intan dan Yaya.

Amier sempat makan power bank, oops, maksud aku power bar untuk mendapatkan tenaga.

Jarak homestay dengan rumah Izzati tidaklah jauh sangat. Tak sampai 10 minit, dah pun sampai ke destinasi. Kami parkir kenderaan kami berhampiran dengan lot kedai. Mengeluarkan segala barang hantaran dari kenderaan, dan terus berbaris di tengah panas. Siap berkawat lagi untuk memastikan barisan rombongan berada dalam keadaan yang baik dan teratur. Sekali lagi Abang Zai memeriksa barisan. Kami yang berdiri dalam barisan tidak boleh bergerak. Perlu menahan nafas lagi. Sampai naik biru muka kami. Bila Komander Abang Zai dah puas hati, barulah arahan untuk bergerak diberikan. "Kannaaannnn pusiiing!! Jalaaannn!!! Kiri. Kiri. Kiri kanan kiri!!"

Cuaca pada hari itu sangat panas. Berpeluh kami dibuatnya. Tapi kalau hari hujan, sudah tentu kami akan basah lencun. Maka lebih baiklah panas terik macam tu. Macam-macam barang hantaran yang kami bawa. Selaku ketua ekspidisi, Abang Zai membawa tepak sirih. Barang hantaran yang lain termasuklah sepasang pakaian wanita, kek, cokelat, buah-buahan, sirih junjung, dan cincin tunang. Dan hantaran yang lebih eksklusif termasuklah tujuh dulang hati nyamuk aedes, tujuh dulang hati kuman korona virus, tujuh tempayan air mata kegembiran, dan tujuh tempayan air Tealive. Jom kita gerak sekarang! Perjalanan ke rumah Izzati sudah pasti penuh dengan cabaran dan dugaan yang tak terduga.

Bersambung...

Komander Abang Zai dengan tepak sirih.

Siap dengan pakaian seragam untuk tabik menghadap.

Berbaris dulu sebelum berkawat.

Masih mengumpul seluruh anggota rombongan.

Kami perlu berbaris di tengah panas selama beberapa jam.

Kalau masih tak lurus, Komander Abang Zai kata dia akan lanjutkan perbarisan selama beberapa hari pula.

Kami berdiri tegak dan menahan nafas sebaik mungkin.

Perjalanan menghala ke rumah Izzati pun bermula.

"Kiri. Kiri. Kiri kanan kiri..."

Langkah kanan dan kiri perlu seiring.

Setakat ini, barisan rombongan masih lagi berdisilpin.

Masih mengikut rentak dan tempo.

Nana sudah mula keletihan.

Namun tetap mempamerkan keceriaan.

Perjalanan kami kini telah mencecah beberapa hari.

Bila lapar, kami akan makan buah-buhan hantaran ini. Satu per satu.

Intan baru lepas makan buah durian dan tembikai yang sepatutnya dihadiahkan kepada keluarga Izzati.

Sabriena semakin keletihan.

Kini perjalanan kami telah mencecah dua setengah minggu.

Perjalanan yang sangat jauh dan mencabar.

Syafiq dan Aliaa perlu memastikan baby berada dalam keadaan selamat dan selesa setiap masa.

Nicha ada agendanya tersendiri. Membawa mangkuk tingkat untuk tapaw lauk sebentar lagi.

Nicha nak tapaw lauk gulai kambing dan ayam golek.

Elin sedang memastikan kameranya dapat berfungsi dengan baik.

Masih ramai lagi ahli rombongan yang berbaris di bahagian belakang.

Zaleha mendukung baby.

Abby perlu memastikan tas tangan ini tidak terlepas ke tangan penjenayah.

Abah Long berada di barisan belakang sekali.

No comments:

Post a Comment