m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, June 3, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Sesudah makan naik atas lagi

Bahagian 5

Setelah kami semua puas menjamu selera, kami duduk berehat dulu di bawah khemah. Rasanya masih belum nak balik lagi. Masih mahu berlegar-legar di pekarangn rumah keluarga Izzati. Kebetulan pula ada sebatang pohon rambutan gading yang buahnya sedang lebat bergayut di dahan-dahannya. Punyalah banyak buah dia, selak buah, baru nampak daun. Nak minta izin untuk petik buah kami segan. Jadi kami pun bagilah hint kat tuan rumah. Bila tuan rumah bagi lampu hijau aje, terus kami serbu ke pokok rambutan tersebut. Memetik buah-buahnya yang kelihatan sangat segar-bugar. Habis semua buah kami petik. Tak sebiji pun yang tertinggal di atas pokok. Kami petik dengan daun-daunnya sekali. Kami siap cabut pokok rambutan itu sampai ke akar. Niat di hati nak tanam balik pokok tu kat Kuala Lumpur. Tetapi setelah mendapat arahan dari Komander Abang Zai, kami tanam balik pokok rambutan itu di tempat asalnya. Tak jadi bawa balik ke KL. Dan buah serta daun yang kami telah petik tadi, kami lekatkan balik kat pokok pakai gam gajah. Pokok rambutan itu akhirnya kelihatan seperti asalnya. Kami cuma ambil sedikit sahaja buat merasa. Dan memang terasa kemanisan buah rambutan itu yang sangat hebat. Kalau makan buah rambutan tu sebiji, sudah pasti bacaan gula dalam darah terus meningkat dari 4.0 kepada 40.0. Punyalah manis!

Akhirnya Syauqi berselera juga untuk makan. Itu pun cuma makan kuih sahaja.

Masih belum berselera untuk makan nasi.

Ok, Syauqi dah nervous balik pulak.

Ahli keluarga yang lain meneruskan menjamu selera.

Kak Esah mengambil makanan agak lambat sedikit. Sekarang baru nak mula makan.

Faridz ternampak sebiji buah rambutan yang unik rupanya.

Lalu dipetiknya buah rambutan itu yang cuma ada satu saja di dalam dunia ini.

Abang Zai juga terpanggil untuk memetik buah rambutan yang sedang meranum.

Inilah pokok rambutan spesis "menara gading musang king kong" yang terunggul.

Faridz telah berjaya memasukkan dekat lima kilo buah rambutan dalam poket seluarnya.

Inilah buah rambutan pertama yang dipetik dan dikupas kulitnya.

Baru nak merasa.

Abang Zahid bertemu bakal besan.

Bersama bakal besan dan bakal menantu.

Berbual soal masa depan anak-anak.

Sabriena berjaya mendapatkan sebiji buah durian yang menyerupai buah rambutan.

Rasanya juga seperti buah rambutan.

Abang Zahid tiba-tiba mengidam nak makan rambutan muda pulak.

Tak ada buah mangga muda, buah rambutan muda pun jadilah.

Masam-masam kelat. Lebih sedap lagi kalau dicicah dengan sambal kicap.

Amier pula lebih berminat dengan buah kelapa mawar yang bergayut nun tinggi di angkasa.

Buah kelapa itu terlalu tinggi letaknya.  Hampir menyentuh kapalterbang yang lalu-lalang di udara.

Sesudah makan rambutan, kami kembali berkumpul di atas rumah. Masih ada lagi acara pertunangan yang belum diselesaikan. Nak tukar-tukar barang hantaran. Nak ambil gambar kat atas pelamin lagi. Nak borak-borak. Lepas tu barulah boleh balik. Apa-apa pun jomlah kita ke atas dulu. Kita buatlah apa-apa yang patut.

Bersambung...

Isteriku, Kak Timah dan Nicha dan pun berada di atas rumah.

Lepas ni baru nak masuk ke dalam.

Sabriena merupakan orang pertama yang bergaya di atas pelamin.

Ini adalah sebahagain dari barang hantaran yang diberikan oleh keluarga Izzati kepada kami.

Syafiq dan Aliaa adalah pasangan yang pertama bergaya di pelamin ini.

Nicha jadi photographer sekejap.

Lepas tu barulah jadi model pulak.

Aku dan isteri juga tak mahu ketinggalan.

Nak jugak beromantika d' Amour di pelamin ini.

Gaya pengantin barulah pulak.



No comments:

Post a Comment