m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, June 12, 2020

Lexis Hibiscus PD: Percutian yang dinantikan

Bahagian 1

16 September 2016 - Ini cerita tahun 2016. Kira-kira hampir empat tahun dulu, adik aku ada mengajak kami semua untuk pergi bercuti di Port Dickson. Biasalah pergi Port Dickson tu. Cuma kali ini special sikit. Kami diajak untuk bercuti di resort atas laut - Lexis Hibiscus. Dengar aje duduk resort atas air, aku terus sangat teruja. Maknanya boleh memancing dari dalam biliklah. Itulah yang mula-mula terlintas di fikiran aku. Ibu aku pula waktu itu telah membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam percutian kali ini. Mahu tidak mahu, kami teruskan juga dengan trip kali ini sebab tempat penginapan semua telah ditempah. Sebenarnya kami masih tak berapa jelas suasana macam mana yang bakal kami rasai di resort nanti. Itu yang membuatkan kami lebih teruja. Selain dari pakaian, aku turut membawa bersamaku beberapa batang joran serta peralatan memancing yang lain. Aku tak dapat bawa semua perkakas pancing aku sebab kebetulan kereta aku rosak. Terpaksa pinjam kereta adik aku yang lebih kecil. Dan kami pun berangkatlah dari KL ke PD.

Kami sampai di resort dah agak petang. Kami terus ke bilik penginapan dengan menaiki buggy. Unit kami terletak agak jauh ke tengah laut juga. Keadaan dalam bilik juga agak selesa. Ada lantai cermin yang memboehkan kami mengintai ikan-ikan yang berenang di air dari dalam bilik. Memang hebat! Aku nak memulakan memancing malam itu. Tapi aku terlupa untuk membawa umpan udang yang aku beli di KL. Udang tu aku simpan dalam peti sejuk. Masa nak keluar rumah, aku terlupa untuk mengeluarkannya. Selepas memasang pancing, aku cuba menggunakan umpan cacing kering yang aku beli di Pulau Pinang beberapa tahun lalu. Tak taulah efektif atau tidak. Tak cuba tak tahu. Moga-moga ada yang sudi menjamah umpan cacng kering itu.


Ada dua buah katil king size.

Satu katil boleh muat tiga orang.

Meja study dia pun selesa juga.

Bilik air juga luas.

Siap ada bathtub lagi.

TV dengan screen yang lebar.

Perkakas mandian yang disediakan.

Almari baju boleh simpan macam-macam barang.

Dekat kaki Amier itu ialah lantai kaca yang boleh nampak laut di bawahnya.

17 September 2016 - Esok paginya lebih cerah. Aku semakin geram melihat laut yang terbentang luas. Membayangkan ada ikan-ikan pelbagai jenis sedang menanti seseorang untuk melemparkan umpan ke dalam air. Aku masih agak kesal kerana tidak membawa umpan udang dari Kuala Lumpur. Tak apalah. Siang nanti aku akan cari pasar untuk membeli umpan. 

Kami tunggu buggy datang untuk membawa kami ke tempat sarapan. Kami tak perlu menunggu lama. Bilangan buggy di resort itu agak banyak. Ulang-alik ke hulu ke hilir membawa tetamu ke tempat yang mahu dituju. 

Kami bersarapan di ruang kafe yang agak besar. Pilihan makanan juga agak banyak. Kami meluangkan masa yang agak lama di ruang makan. Makan perlahan-lahan sambil melihat pemandangan yang cantik dari koridor dewan makan. Kami makan sampai terlalu kenyang. Namun otakku masih lagi terfikir-fikir pasal memancing. Umpan perlu segera dibeli. Perlu segera dicucuk ke mata kail. Perlu segera dilemparkan ke laut. Dan ikan-ikan yang lapar akan berebut-rebut mencari habuan mereka. Siapa yang bernasib baik, akan berpeluang berenang-renang dalam kuali panas pula.

Bersambung...


Esok paginya boleh nampak laut yang lebih cerah.

Kadang-kadang boleh nampak ikan-ikan kecil berenang-renang di air.

Joran yang aku pasang semalam masih tidak ada respon dari penghuni laut.

Amier dah stand-by nak terjun dalam air.

Tak apa. Lepas sarapan nanti boleh berenang dalam swimming pool.

Kami sedang menanti buggy datang untuk menjemput kami.

Suasana di dewan makan. Ada dua dewan makan disediakan untuk tetamu yang ramai.

Amier capai nasi goreng dulu.

Masa ini Amier darjah empat.

Wanie pun seronok bersarapan.

Pilihan menu memang banyak.

Dua orang chef sedang masak telur.

Tunggu telur dadar atau scrambled egg siap dimasak oleh chef muda.

Farid dan Yana dah selesai makan sarapan.

Makan nasi lemak dulu.

Sabriena pilih menunya sendiri, chicken nugget, muffin dan sosej.

Wanie dah makan yang berat. Sekarang nak makan yang ringan-ringan sikit.

Dua beradik masih menikmati makanan pagi.

Dah tukar menu lain pulak.

Umur Sabriena masa ini ialah empat tahun. Bulat badan Sabriena.

Semua orang dah selesai makan.

Penutup bagi sarapan pagi ini.

Tengok pemandangan laut dari koridor.

Boleh layan juga tengok laut lama-lama.

Sabriena nak mencuba memanjat.

Unit penginapan atas air.

Makin ke tengah makin dalam airnya.

Unit atas air paling banyak di Malaysia.

Setiap unit ini ada private swimming pool.

Seriusnya muka Amier.

Mungkin perut Amier dah mula meragam sebab makan terlalui banyak.

Sabriena pun dah buat muka juga.

Begitu juga dengan Farid.

Pakai spec mata gelap biar tak silau tengok laut.

Wanie di sebalik cermin.



No comments:

Post a Comment