Bahagian 3
Majlis
pertunangan Syauqi dan Izzati telah berlangsung dengan lancar dan aman. Kedua-dua wakil pihak lelaki dan perempuan telah bersetuju dan sekata dalam perundingan yang serba ringkas tetapi penuh bermakna itu. Doa dibacakan sebagai penutup majlis. Mengharapkan semua urusan berjalan lancar dan selamat. Penuh keberkatan dan rahmat dari Yang Maha Esa.
Sejurus itu semua selesai, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh bakal pengantin dan para hadirin dan hadirat. Acara itu ialah acara menyarung cincin ke jari Izzati. Peristiwa inilah yang selalu menjadi buruan para jurufoto dan paparazi. Peristiwa ini jugalah yang sangat bermakna jika gambarnya dirakam untuk belekan pada masa akan datang. Bakal mentua berganding dengan bakal menantu.
Izzati menanti dengan sabar di atas pelamin yang cantik. Kak Uda secara perlahan-lahan menghampiri pelamin. Lantas duduk di samping Izzati. Sebentuk cincin masih tersimpan di dalam bekasnya. Bekas dibuka, dan cincin diperlihatkan kepada Izzati. Izzati melihatnya dengan perasaan yang terharu. Berbaur kegembiraan yang bukan kepalang. Kak Uda mengeluarkan cincin dari bekasnya. Disarungkannya ke jari manis tangan kanan Izzati. Izzati memeluk dan mencium tangan Kak Uda. Penuh kasih sayang. Para hadirin dan hadirat yang menyaksikan turut terasa kasih sayang ini. Lantas berkata, "Aaaaaaaaahhhhhh.........." "Habuk masuk mata!!" "Siapa potong bawang ni?!" "Kassim Selamat!!!"
|
Kak Uda menunjukkan kepada Izzati cincin berlian yang akan disarungkan ke jari Izzati. |
|
Para tetamu berkata, "Cantik..." |
|
"Apa-apa pun biarlah saya salam tangan Mama dulu," kata Izzati. |
|
"Baiklah," kata Kak Uda. |
|
Izzati pun bersalaman dan mencium tangan Kak Uda penuh hormat. |
|
Dan terus mencium bagai tak mahu dilepaskannya. |
|
"Sedap bau tangan Mama. Bau kari. Ini yang buat Izzati lapar ni," kata Izzati. |
|
"Oh, tadi pagi sarapan, Mama makan roti canai. Tak sempat cuci pakai sabun," balas Kak Uda. |
|
Kak Uda lantas menyarungkan cincin di jari manis tangan kanan Izzati. |
|
Perlahan-lahan dan tertib. |
|
Semakin cantik bila telah tersemat pada jari. |
|
Kedua-dua Kak Uda dan Izzati berasa sangat lega. |
|
"Jom kita main sep-sep-sep, tom-tom-tom?" |
|
Berpelukan sekali lagi. |
|
Penuh kesyukuran. |
|
Penuh kasih sayang. |
|
Penuh hormat. |
|
Juru kamera tiba-tiba memberi arahan tertentu kepada keduanya. |
|
Duduk formal pula. |
Selesai saja adegan syahdu Kak Uda dan Izzati di atas pelamin, kedengaran teriakan dari kelompok hadirin hadirat yang datang, "Jom kita serbu pelamin!!!!!" Broommm!! Berpusu-pusu kami membanjiri pelamin. Masing-masing berebut-rebut ingin bergambar di atas pelamin. Bukan senang nak bergaya dan bergambar di atas pelamin yang cantik. Tapi kami tak sempat bergambar lama, tuan rumah sudah mula mengajak kami turun ke khemah untuk menikmati makanan tengah hari. Dari atas rumah kami sudah terhidu semerbak keenakan juadah yang bakal kami santap sebentar lagi. Perut terus menjadi lapar. Jom kita serbu khemah!!!
Bersambung...
|
Bergambar sesama kaum ibu dahulu. |
|
Semua bergaya formal. |
|
Semakin ramai yang berhimpun di pelamin. |
|
Ambil gambar banyak-banyak. |
|
Amier dah turun ke bawah sejurus tuan rumah mengajak makan. |
|
Amier pun memang dah lapar ni. |
No comments:
Post a Comment