Bahagian 2
17 September 2016 - Keterujaan menjejakkan kaki di
Lexis Hibiscus, Port Dickson sangat-sangat dirasakan kami. Bilik penginapan sangat selesa dengan pemandangan dan suasana yang sangat cantik dan nyaman. Makan sarapan juga enak-enak dan sangat memuaskan. Kini kami ingin kembali ke unit penginapan. Aku sudah pasti ingin memulakan pancingan (walau dengan hanya menggunakan umpan cacing kering). Dan anak-anak pula sudah tak sabar-sabar nak membuat terjunan papan anjal ke dalam private swimming pool yang ada di unit kami. Jom kita gerak sekarang!
|
Berehat di lobi setelah sarapan. |
|
Sabriena tersandar kekenyangan. |
|
Sekejap lagi nak balik bilik. |
|
Amier menunjukkan lokasi bilik penginapan kami. |
|
Di bilik - meninjau air laut menerusi lantai kaca. |
|
Lantai diperbuat daripada "tempered glass" yang tahan lasak. |
|
Jom terjun ke dalam swimming pool. |
|
Sabriena masih takut-takut nak masuk air. |
|
Amier selesa berenang dengan pelampung. |
|
Sambil berenang boleh tengok laut. Memang best. |
|
Kedalaman swimming pool ialah 1.2 meter, bersamaan 4 kaki. |
|
Puas berenang sendirian. |
|
"Ini swimming pool aku yang punya," kata Amier. |
|
Syahmie memerhatikan Amier berenang. |
|
Amier masih terus berenang. |
|
Macam infinity pool. |
|
Warna air laut dan air swimming pool sama - refleksi langit dan awan. |
Amier, Wanie dan isteriku adalah yang paling awal terjun ke kolam renang. Lain pula ceritanya dengan Sabriena. Hatinya meloncat-loncat ingin bersama abang, kakak dan Mamanya di air. Tetapi perasaan takutnya pada air masih ada, akibat insiden yang pernah menimpanya suatu masa dulu. Sabriena pernah terjatuh ke dalam kolam renang yang agak dalam yang menyebabkan dia hampir lemas. Waktu itu umurnya baru kira-kira dua tahun. Puas kami memujuknya untuk perlahan-lahan masuk ke air. Walaupun dengan baju renang yang boleh terapung, dan dijaga rapi oleh Mama dan kakaknya, Sabriena masih ragu-ragu dan takut. Kalau dipaksa, dia akan menjerit. Kami biarkan Sabriena mengambil masanya sendiri. Kalau dia dah bersedia, dengan sukarela dia akan turut serta berendam di dalam air. Kelihatannya Amier lah yang paling puas berendam di dalam air. Aku dan Syahmie duduk di darat. Aku lebih konsentrasi dengan aktiviti pancinganku. Syahmie menonton televisyen dan mengawasi adik-adiknya seperti lifeguard.
Bersambung...
|
Seronoknya Amier. |
|
Berenang bersama Mama. |
|
Wanie pandai mengapungkan diri dalam air. |
|
Berenang Amier dan Wanie. |
|
Sabriena masih ragu-ragu lagi. |
|
Pegang air dululah. |
|
Amier paling lama duduk dalam air. |
|
Bagaikan tak mahu keluar. |
|
Berenang bersama anak-anak. |
|
Sambil berenang sambil menjadi lifeguard untuk anak-anak. |
|
Ini bilik sauna yang terletak di luar bilik tidur. |
|
Berehat setelah penat berenang. |
|
Berehat di dalam bilik sauna. |
|
Amier pun duduk dalam bilik sauna juga. |
|
Yana menjenguk dari bilik sebelah. |
|
Aku dah pasang pancing. Ikan masih belum mengena. |
|
Yana masih menjenguk. |
No comments:
Post a Comment