m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, June 2, 2020

Syauqi bertunang di Perak: Sedapnya makan...

Bahagian 4

Akhirnya kami berkumpul di bawah khemah setelah menjadi saksi kepada peristiwa pertunangan Syauqi dan Izzati yang berlaku dalam suasana yang sangat harmoni. Kini kami menyahut seruan perut yang sudah mengalunkan irama keroncong. Aroma juadah yang terhidang di atas meja memang menggugat keimanan kami. Bila kami melihat saja makanan yang tersaji, terus mengalir meleleh air liur kami mencurah-curah membasahi bumi. Segera kami mencapai pinggan, mencedok nasi, dan memilih lauk-pauk masakan kampung yang tak mungkin dapat ditolak oleh sesiapa sekali pun. Aku terlihat lauk kambing. Itulah favourite aku. Lalu kucedok memenuhkan pinggan. Itu tak termasuk lauk daging lembu dan ayam lagi. Menggunung makanan dalam pingganku. Bak Gunung Ledang. Bak Gunung Kinabalu. Bak Gunung Everest. Tetapi aku tengah lapar pada ketika itu. Selera pula sedang terbuka luas. Sudah pasti mampu kuhabiskan semuanya dalam sekelip mata.

Abah Long mengepalai rombongan makan bagi pihak kami.

Mencedok lauk secara tertib.

Beratur secara berhemah.

Amier juga sejak tadi sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati juadah pada tengah hari itu.

Sebahagian lauk-pauk idaman se-Malaya: kurma kambing, kari daging, ayam goreng.

Amier minum dulu bagi menghilangkan dahaga.

Siang itu memang sangat panas.

Faridz makan tepung pelita dulu dengan harapan pelita itu akan menerangi siang.

Nampak tak betapa nikmatnya kami semua bersantap di sini?

Azi bersama Aleesya.

Nana sedang babysit anak saudaranya.

Lepas ni baru Nana akan makan.

Aliaa dan Syafiq bersama baby yang sedang tidur.

Lima bintang untuk makanan pada tengah hari ini.

Syauqi masih nervous. Tak lalu nak makan.

Falique mencuba untuk menenangkan pakciknya.

Dah selesai makan. Sendawa bagi kuat sikit. Burrrppp!!!

Makanan yang disaji bukan itu saja. Ada lagi yang lain. Yang sedap-sedap lagi. Ada dessert. Ada buah-buahan. Ada kuih-muih. Dah macam makan dekat hotel. Sangat pelbagai. Boleh makan semua selagi perut masih mampu menerima. Makanan yang disajikan bukan saja kelihatan enak, tetapi memang sangat enak secara nyatanya. Keenakannya sehingga mencapai ke otak. Mungkin sesetengah orang tak dapat nak brain perkara ini. Tetapi inilah hakikatnya. Keenakan tahap gaban yang luar biasa. Dan aku tanpa ragu-ragu meneruskan proses menyuap, mengunyah, menelan, dan menghadam makanan yang telah aku ambil tadi. Terlihat kepuasan pada wajahku. (Tapi tak ada pulak orang nak ambil gambar aku masa tu). Kalau bukan kerana aku masih punya perasaan segan dan malu terhadap tuan rumah, sudah pasti aku akan makan bertambah-tambah umpama orang yang kelaparan dan telah bertahun-tahun tak jumpa makanan.

Bersambung...


Wanie makan secara sederhana pada siang itu.

Intan mengambil masa yang lebih lama mengunyah makanan agar nikmatnya dapat dirasai lebih mendalam.

Bila dah terasa nikmat makanan itu, barulah boleh tersenyum riang.

Syura makan kuih-muih pula.

Hehehe... Kak Uda.

Ngap!

Makan kuih koci yang juga sangat enak.

Semua orang happy. Maknanya puas hatilah tu.

Abah Long juga tersenyum girang.

Abang Zai sedang berfikir apakah falsafah di sebalik pembuatan kuih koci.

Semua dah selesai makan.

Abang Zahid sedang mencari tempat duduk.

Kak Esah baru nak makan.

Amier dah kenyang. Menanti agenda yang selanjutnya pula.



No comments:

Post a Comment