28 Julai 2014 -Petang 1 Syawal, kami berkumpul di
rumah Kak Uda sepertimana yang telah dipersetujui oleh setiap ahli keluarga. Balik dari rumah Kak Uda, kami berasa sangat letih dan setelah solat maghrib, kami lelapkan mata sebentar. Kalau ikut cadangan asal, lepas solat maghrib aje terus nak bertolak ke rumah Kak Long. Tapi yang jadinya lainlah pulak. Kami landing kat atas tilam sampai terlajak ke jam 9.00 malam. Walaupun dah agak lewat, kami tetap kena pergi rumah Kak Long pasal memang dah janji nak berkumpul kat sana pulak.
|
Kapten Pian melancarkan roket BUK. |
|
Sasarannya adalah kereta kebal tentera Israel. |
|
Satu lagi roket berpandu yang menghala ke Tebing Barat. |
|
Taqif menutup telinga kerana bunyinya yang sangat bising. |
|
Menutup telinga supaya bingit letupan roket tak kedengaran. |
Dalam keadaan agak mengantuk, aku pun drive-lah kereta menghala ke Kepong, ke rumah Kak Long. Masa kami sampai sana, Abang Karim sekeluarga dah pun ada kat situ. Tak lama setelah kami sampai, Abang Zahid pulak sampai dengan batalionnya. Turut hadir termasuklah Akid, Along Fahmi, dan ada lagi beberapa kaum keluarga yang aku pun dah tak berapa ingat siapa. Ada jugak yang dah datang lebih awal dan telah pun pulang.
|
Jangan betulkan gambar ini. Memang semua ahli keluarga sedang berbaring pasal dah terlalu penat beraya pada siang harinya. |
|
Wajah-wajah letih Nicha dan Nana. |
Kat rumah Kak Long kami dah tak berapa berselera nak makan sangat pasal memang perut dah kenyang pun. Kami makan sikit aje. Cuma lama bersembang dengan adik-beradik dan biras-beras-padi-nasi. Dan aku jugak mengambil kesempatan untuk tidur bagi recharge tenaga dalaman sebelum memandu pulang ke rumah.
|
Abby dan Syafiq bersengkang mata di rumah Mak Long. |
|
Amier sedang melayan kehendak perutnya. |
Satu-satunya aktiviti yang agak menarik ketika di rumah Kak Long adalah acara menembak tentera Israel menggunakan roket BUK missile launcher. Ketua operasi serangan dipimpin oleh Kapten Pian. Berpuluh-puluh roket dan peluru berpandu telah dipasang oleh Pian menerjah angkasa raya menghala ke sasaran di kawasan Tebing Barat. Setiap roket yang dilancarkan, menepati sasaran dan telah berjaya menjatuhkan sebegitu banyak jet pejuang tentera Israel. Setelah tentera Israel berundur, barulah serangan dihentikan untuk seketika. Dan kami yang dah berasa sangat mengantuk pun pulanglah dengan perasaan selamat kerana tidak lagi diganggu oleh puak rejim zionis yang tadinya mengganas tak tentu hala.
|
Berssembang dua biras yang paling akrab - Abang Zai dan Abang Zahid. |
|
Arif Danial tumpang sekaki. |
No comments:
Post a Comment