Bahagian 2 (Akhir)
Di
rumah Mak Uda, kami berkumpul, makan durian, bagi duit raya, main bunga api, bersembang pasal Palestin, dan bertahlil. Majlis tahlil berlangsung sangat ringkas. Selepas berdoa ramai-ramai, kami sambung makan makanan yang terhidang. Aku mungkin tak berapa lapar. Aku cuma nak minum air aje. Petang tu memang sangat panas. Nasib baik hati aku tak panas. Dapat air panas, terus badan aku jadi lega.
|
Ahli keluarga sedang bertahlil di depan rumah. |
|
Khusyuk bertahlil, sampai tertidur-tidur. |
|
Pemuda mithali zaman kini. |
|
Melayan cucu saudara yang nak turut bertahlil sama. |
|
Tahlil hampir selesai. |
|
Baby Harith dengan puting kegemarannya. |
|
Sekarang Baby Harith nak baca Yasin pulak. |
|
Dah habis melayan makanan. |
|
Cucu dan nenek. |
|
Baby Harith baru je khatam baca Yasin. |
|
Baca doa bersama-sama. |
|
Amin amin dan amin. "Ya! Ada orang panggil Amin?" tanya Amin kepada semua. |
Lepas habis baca doa tahlil, kami sambung makan lagi. Sambung borak lagi. Pasal Palestin, pasal MH 17, pasal MH 370, pasal bolasepak di Brazil, dan tak ketinggalan pasal Pesta Sukaneka di Pulau Pinang yang sensasi. Dalam keadaan yang sangat mengantuk dan letih , aku sekadar mendengar ajelah apa yang dibualkan oleh ipar dan biras-birasku. Sesekali aku bangun dan pergi ke luar rumah mengambil gambar anak-anak muda yang bersemangat Waja dan bersemangat Suprima nak menentang kekejaman zionis di bumi Ghaza.
|
Habis berdoa, bersembang balik. Kali pasal topik budak lelaki pakai baju coat pulak. |
|
Diselitkan jenaka yang dipetik dari Maharaja Lawak Mega Tera. |
|
Tetiba Sabriena teringin pulak nak makan mangga muda cecah dengan kicap cili padi. |
|
Intan tolong dukung Sabriena untuk petik buah mangga muda. |
|
Harith nampak Sabriena ambil mangga muda, Harith pun nak jugak sikit. |
|
"Oooooo... buah mangga ni macam kepala aku jugaklah. Tak sampai hati pulak nak makan," bisik Harith dalam hatinya. |
|
"Tapi kalau tak merasa mangga ni takut menyesal pulak," fikir Harith sejenak. |
|
Akhirnya Harith membuat keputusan untuk makan mangga bila dia dah besar suatu hari nanti. |
|
Abang Khalid tengah whatsapp kengkawannya di Palestin. |
|
Wawan dan Syauqi bergaya di belakang lori. |
|
Along Fahmi, Baby Harith dan Papa Kois. |
|
Jejaka-jejaka hensem di belakang lori. |
Anak-anak kecil seronok bermain di atas lori. Terutamanya Amier. Macam-macam gaya diaksikan oleh Amier ketika berada di belakang lori. Turut naik lori adalah Sabriena, Intan, Mukamil, Kamiliya dan anak-anak yang sebaya Amier.
Abang Karim dan Taufiq nampak segak berselempang Palestin. Isteriku dan Nicha turut tertarik nak mencuba mengenakan selempang Palestin di tubuh masing-masing. Nampak ganas sikit, bagaikan wirawati di medan perang. Bila masa dah time, kami terus meninggalkan rumah Kak Uda dan Abang Zahid. Perlu berehat panjang, sebelum bekunjung ke rumah Kak Long pulak malam nanti.
Tamat.
|
Amier terlebih teruja bila duduk di atas lori. |
|
Intan dan Amier di atas lori. |
|
Ber-dating di atas lori. |
|
Tetiba Akid berasa ingin bersendirian melayan perasaannya. |
|
Amier dan kawan baiknya - Mukamil. |
|
Amier masih di atas lori. |
|
Sessi selfie bersama Abby, Akid dan Ika. |
|
Amier sedang menyanyikan lagu rock kapak di atas lori. |
|
Sabriena menemani abangnya di atas lori. |
|
Kois bersantai atas motor. |
|
Dua orang pendekar Al Qassam. |
|
Dua orang serikandi Al Qassam. |
|
Aksi bersemangat pro-Palestin. |
|
Memperagakan penumbuk badak. |
|
Nicha dengan aksi paling ganas di dunia yang telah menggerunkan beribu-ribu tentera Zionis Israel. |
No comments:
Post a Comment