Bahagian 2 (Akhir)
Aktiviti
berkumpul dan bermaafan di pagi Syawal memang sesuatu yang lumrah bagi kami dan aku percaya bagi kebanyakan Muslimin dan Muslimat di negara ini. Kalau bercakap pasal fesyen pulak, tiap-tiap tahun kami enam beranak akan mengenakan pakaian mengikut konsep dan tema pada tahun tersebut. Aku, isteri dan anak-anak akan mengambil giliran mencadangkan tema warna baju pada tahun itu. Antara warna tema kami yang terdahulu termasuklah warna pink, hijau, biru, kelabu, kuning, purple dan peach. Tahun ni warna cokelat pulak. Sebenarnya warna cokelat ni dipilih secara tak sengaja. Kebetulan aku kena jadi
jurucakap pengantin lelaki atas lantikan pakcik aku. Masa tu tema pakaian pengantin adalah cokelat. Aku pulak tak ada baju cokelat. Jadi, aku terus ke kedai baju Melayu dan beli sepasang. Dan colour cokelat itulah yang kami jadikan tema pada tahun ini.
|
Amier dengan datuknya. |
|
Amier dengan neneknya. |
|
Salam nenek. |
|
Peluk nenek. Errr... duit raya bila nak bagi? |
|
Sabriena dengan Bibik. |
Kalau dah pakai baju warna cokelat, kenalah segala minuman dan makanan juga berkaitan dengan cokelat. Maka kat rumah kami ada kami hidangkan biskut cokelat, kek cokelat dan minuman pun air cokelat. Dan buah-buahan yang kami hidangkan adalah buah koko dan segala jenis buah yang berperasa kelat, seperti pisang muda, nangka muda, manggis muda, dan segala jenis buah-buahan yang muda-muda belaka.
|
Aku dengan adikku. |
|
Mengucup pipi adikku. |
|
Kami tinggal berdua beradik. |
|
Syahmie dengan mamanya. |
|
Sabriena tolong butangkan baju abangnya. |
|
Satu kucupan buat Along. |
|
Mama dan Syahmie. |
|
Sabriena pulak bersalaman dengan Mama. |
|
Mama cium dahi Adik. |
|
Sabriena dengan mama - sama comel. |
|
Wanie dengan Mama. |
|
Satu kucupan untuk Wanie. |
|
Wanie membalas kucupan Mama-nya. |
|
Amier membau tangan Mama. |
|
Mama membau kepala Amier. |
|
Yana dan isteriku. |
|
Yana macam anak angkat kami jugak. |
|
Farid bersalaman dengan isteriku. |
|
Farid dan Makcik. |
Sessi bersalaman dan bermaafan dan bergambar berlangsung agak lama jugak. Faham-faham ajelah budak-budak macam Amier dan Sabriena, sentiasa ada pemikiran mereka sendiri dan sering enggan mematuhi arahan tuan director. Itulah yang lebih melambatkan lagi proses bersalaman dan bergambar.
|
Sepupu dengan pakaian sedondon. |
|
Anak-anak saudaraku - Farid dan Yana. |
|
Dua orang anak Allahyarhamah kakakku - Farid dan Yana. |
|
Amier salam Abang Farid. |
|
Abang Farid dan Amier. |
|
Abang Farid dan Sabriena. |
|
Sabriena asyik dengan i-phone mamanya aje. |
|
Sabriena dengan abang sepupunya. |
|
Pagi raya ni susah benar Sabriena nak menguntum senyuman. |
|
Farid dengan Wanie. |
|
Dua anak bujang dengan dua anak dara. |
|
Sabriena join masuk frame. |
|
Amier pulak join masuk frame. |
|
Anak-anak kami. |
Penutup bagi acara sessi pagi ini ialah bergambar secara selfie dengan menggunakan monopod yang kini telah menjadi trend dan ikutan masyarakat zaman ini. Ambil gambar pakai monopod nampaknya lebih sensasi dan meriah pasal anak-anak muda zaman ni memang sangat teruja dengan teknik monopod ni yang telah dicipta dengan menggunakan teknologi tercanggih pada alaf ini. Anak-anak kami pun kelihatannya lebih ceria dan teruja bila berfotografi cara ini. Penutup kisah pada kali ini: Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.
Tamat.
|
Selfie dengan monopod di pagi Syawal. |
|
Seronok bergambar cara macam ni. |
|
Family photo. Bibik yang jadi camera woman. |
|
Lepas ni barulah kita beraya di luar. |
No comments:
Post a Comment