28 Julai 2014 - Habis
beraya di rumah sendiri, kami berangkat ke Kg Baru pulak. Yalah, pagi raya memanglah kena balik kampung. Cuma kampung yang ini cuma 10 minit aje jaraknya dari rumah kami. Aturcara yang semacam ini memang dah menjadi amalan kami sejak bertahun-tahun lamanya. Dulu, kami kalau ke Kg Baru, kami akan ke beberapa buah rumah makcik kami. Tetapi ada di kalangan makcik dan pakcik kami di Kg Baru telah kembali ke Rahmatullah. Maka tinggallah kakak kepada ayah aku sorang aje. Jadi kami ke sanalah beramai-ramai. Naik dua kereta. Makcik kami tu kami panggil Wak Chong. Dia tinggal dengan salah sorang anaknya - Kak Hashimah.
|
Ibu dan adikku di ruang tamu. |
|
Isteriku juga di ruang tamu. |
|
Abang Jamal dan Kak Hashimah menjaga keperluan Wak Chong di rumah ini. |
|
Ayahku gembira dapat bersua muka dengan kakaknya. |
|
Yana tak ada apa nak dibuat melainkan menjamah kuih raya. |
|
Wanie dan Bibik. |
|
Amier dan Sabriena sedang bersantai di depan tv. |
|
Farid dan Syahmie. |
|
Syahmie dan Wanie sedang menonton tv. |
|
Wanie dan makciknya sedang mengambil makanan - laksa Johor. |
|
Masih mendapatkan segala rencah laksa Johor. |
|
Menunggu giliran untuk mengambil makanan di atas meja. |
|
Laksa Johor banyak rencahnya. Adikku dan Wanie masih belum selesai meletak rencah ke dalam mangkuk. |
|
Makan penuh khusyuk. Tak tengok kanan dan kiri. |
|
Setelah kira-kira lima jam lamanya di meja makan, barulah kami selesai makan laksa Johor yang dihidangkan. |
Sesampainya kami di sana, kami terus dipelawa ke meja makan untuk menjamah laksa Johor yang bagi aku agak hebat jugak rasanya. Tak pernah lagi aku dihidangkan laksa Johor pada hari pertama Aidilfitri. Bertambah jugaklah kami makan. Ada jugak lontong dan kuih-muih yang turut mendapat perhatian tekak kami. Selesai makan, kami ke suatu sudut di ruang tamu. Berkumpul enam beranak dan bergambar satu keluarga. Kat rumah Wak Chong hiasan dalamannya lebih fotogenik. Maka background-nya lebih cantik kalau diambil gambarnya.
|
Bergambar enam beranak. |
|
Bersama isteri tercinta. |
|
Pengantin senior. |
|
Anak-anak kami yang montel. |
|
Mama dan anak-anak. |
|
Papa dan anak-anak. |
|
Wanie dan tiga sedondon. |
|
Empat beradik bersama papa mereka. |
|
Perempuan sedondon, lelaki pun sedondon. |
|
Amier suka makan kacang. Hari-hari Amier makan kacang. |
|
Sabriena sedang memikirkan nasib rakyat Palestin di Gaza. |
|
Sabriena jugak sedang memikirkan rahsia kejadian MH17. |
Sekian lama Wak Chong yang telah lumpuh akibat stroke duduk terbaring di atas katil di kamar kecilnya, tetiba Wak Chong meminta untuk dipapah ke ruang tamu untuk bersama adik lelaki tunggalnya - iaitu ayahku. Wak Chong tak boleh berada dalam posisi duduk lama-lama. Badannya akan berasa sakit-sakit. Tetapi untuk hari ini, Wak Chong gagahi jugak. Dan terpancar wajah keceriaan ketika duduk bersebelahan dengan adik kesayangannya. Walaupun kami tak dapat memahami bait tutur Wak Chong, tapi kami dapat memahami senyuman yang dilemparkan ketika kami berkumpul sambil menonton tv di ruang tamu.
|
Ibu, Wak Chong dan ayahku. |
|
Wak Chong sangat happy di samping adiknya. |
|
Bergambar di ruang tamu. |
|
Group photo sebelum bersurai. |
Kami solat zuhur dulu di masjid sebelah rumah. Kemudian kami bergambar ramai-ramai dengan Wak Chong, Kak Hashimah dan Abang Jamal. Tak pernah kami bergambar ramai-ramai macam ni sebelum ni. Lepas tu barulah kami bersalaman dan bermaafan sebelum pergi meninggalkan rumah Wak Chong untuk pulang ke rumah kami di Ampang.
|
Bersalaman dengan Wak Chong. |
|
Wak Chong happy dapat beraya dengan kami semua. |
|
Isteriku memeluk Wak Chong. |
|
Sabriena bersalaman dengan nenek saudaranya. |
|
Farid salam tangan Nenek Chong. |
|
Begitu jugak dengan Amier. |
|
Ayahku dan Wak Chong. Usia mereka dah melebihi 80 tahun. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. |
No comments:
Post a Comment