Bahagian 1
28 Julai 2014 - Aku rasa tak terlalu lewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muslimin dan Muslimat seluruh dunia yang faham bahasa Melayu. Mohon maaf zahir dan batin kerana sepanjang aku menulis blog ni banyak sungguh kata-kata merapu aku yang mungkin telah menyinggung orang-orang yang tertentu, walaupun aku tak berniat begitu. Hari ni dah masuk hari keenam bulan Syawal. Ada tiga minggu lagi untuk kita beraya. Dan jangan lupa berpuasa 6 hari pada bulan Syawal untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan - redha Allah dan Rasul s.a.w.
|
Adikku dan ayahku. |
|
Kucupan di pagi raya. |
|
Wajah dua beranak. |
|
Giliran aku memohon keampunan. |
|
Satu ciuman di pipi ayahku. |
|
Wajah seiras. |
|
Duit raya di pagi raya. |
|
Mengucup tangan ibu pulak. |
|
Cium pipi ibu. |
|
Wajah seiras jugak. |
Rutin meraikan hari pertama pada bulan Syawal adalah seperti berikut: Bangun pagi-pagi, bersiap-siap untuk ke surau berdekatan untuk solat sunat Aidilfitri. Setelah solat, balik rumah makan sarapan. Mana-mana bahagian rumah yang belum dikemas akan dikemas setakat yang sempat. Sebelum zuhur menjelma, kami berkumpul anak beranak kat ruang tamu untuk melakukan satu upacara wajib iaitu bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan memberikan duit raya kepada ahli keluarga.
|
Isteriku dan ibuku. |
|
Mengucup tangan ibu mentua. |
|
Bersembang pasal tembakan ke atas MH17. |
|
Ibu pula yang mencium menantu. |
|
Posing side by side. |
|
Bermaafan dengan ayah mentua. |
|
Isteriku bersama ayahku. |
|
Syahmie datang menghadap. |
|
My eldest son and I (cakap omputih plak!) |
|
Farid bersalaman dengan datuknya. |
|
Saling berpelukan. |
|
Farid dan ayahku. |
Masa salam-menyalam tu tak ada turutan yang tertentu. Siapa-siapa pun boleh approach yang lebih tua dan memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang mungkin menyinggung pihak yang satu lagi. Adegan maaf bermaafan ni berlangsung agak lama jugak. Maklumlah, ini acara penting bagi kami. Kena buat beriya-iya sikit. Dan gambar pun diambillah bertali arus sebagai kenangan.
|
Farid memeluk neneknya. |
|
Farid dan ibuku. |
|
Puteri sulungku, Wanie datang bersalaman. |
|
Bapak dan anak perempuan. |
|
Dengan anak perempuan yang kecik pulak - Sabriena. |
|
Sabriena dan papa. |
|
Wanie mencium tangan neneknya. |
|
Wanie dan nenek. |
|
Bersama anak saudaraku - Yana. |
|
Yana dengan neneknya. |
|
Masih Yana dan ibuku. |
Masa anak buahku, Farid bersalaman dan berpelukan dengan aku, aku agak sebak sikit pasal tetiba teringat akan Allahyarhamah kakakku yang telah pulang ke Rahmatullah kira-kira lima bulan lalu. Farid bagiku adalah tempat melepas rindu, kerana perwatakannya yang sangat-sangat iras dengan Allahyarhamah mamanya. Aku ada jugak mencuri-curi baca perasaan dalaman anak-anak saudaraku, Farid dan Yana yang beraya tanpa mama mereka pada tahun ini. Nyata aku ini tak pandai nak baca air muka orang lain. Cuma aku harap Aidilfitri ini tetap meriah dan minda dan jiwa kami tetap menjurus ke arah mentaati perintah Allah dan Rasul s.a.w. serta mendoakan saudara-saudara se-Islam yang kurang bernasib baik dan sedang bergelut dengan keganasan yang menimpa mereka di tanah Palestin.
Bersambung...
|
Mencium anak saudaraku - Farid. |
|
Aku dan Farid. |
|
Amier dengan makciknya. |
|
Wanie dengan datuknya. |
|
Ayahku dengan Wanie. |
|
Syahmie dengan nenek. |
|
Nenek dengan Syahmie. |
|
Syahmie dengan datuknya. |
|
Ayahku bersama Syahmie. |
|
Yana dengan datuknya. |
|
Aku dan Amier. |
|
Amier dan aku. |
|
Ibuku bersama maid di rumah kami. |
No comments:
Post a Comment