17 Ogos 2014 - Seminggu sebelum tarikh ini, aku telah diberi tahu oleh Encik Presiden akan berlangsungnya pertembungan pemanas badan sempena bulan raya dengan Team UTMKL. Mental aku terus bersiap-siaga untuk menempuh sebarang kemungkinan. Masa pertembungan yang lalu pun, team kami cuma kalah satu set aje. Kebanyakan player UTMKL rasanya boleh dijinakkan. Tapi aku tak nak under estimate kemampuan mereka. Kekalahan terdahulu mungkin lebih mematangkan mereka. Dan aku pulak sepanjang bermain dalam friendly match memang tak pernah menang. Perlawanan persahabatan ketika aku di UTM Skudai, perlawanan menentang MINDEF, Team MSN, dan Team RTA - semuanya tidak berpihak kepada aku. Maknanya record aku memang agak buruk jugaklah bila beraksi dalam game friendly yang macam ni.
Aril, Daniel dan Atok sedang berdiskusi pasal cara-cara nak mengalahkan pihak lawan dengan tipu muslihat. |
Masing-masing menyiapkan diri untuk bertarung. |
Haini dan Sam. |
Alamak. Salah bawak kasutlah pulak. Semua kasut sempit. |
Beberapa hari sebelum tarikh ini, mak aku ajak aku pergi beraya di Kelang, rumah makcik aku. Mak aku kata kena bertolak pagi, kira-kira jam 10 pagi. Lalu aku terus whatsapp geng tenis aku, Titiwangsa Tennis Community (TTC). Aku mintak untuk main awal pasal kena segera pulang untuk bersiap-siap pergi beraya di Kelang. Geng TTC aku kata okay aje. Tapi partner aku akan ditentukan masa hari perlawanan nanti. Aku happy, pasal dapat main awal mewakili TTC untuk kali ketiga.
Haini selaku kapten sangat tenang dan konfiden bahawa Team TTC akan mendapat kemenangan besar pada hari ini. |
Chenmay jugak member TTC yang baru. |
Haini pekena air mineral berperasa tongkat ali. |
Aku tiba di court Jalan Duta agak awal. Di sana, ada sebilangan kengkawanku yang dah sedia menunggu di luar gelanggang. Antaranya adalah Atok Baktiar, Haini, Eddy, dan Chinmay. Tak lama lepas tu, Sam pulak sampai. Itulah pertama kali aku bersua dengan member baru TTC -Sam. Kami berenam terus menuju ke gelanggang paling hujung sekali untuk buat warm-up. Aku capai reket aku dan beberapa biji bola. Sam jugak berbuat perkara yang sama. Kami mula pukul itu bola berkali-kali sampai lunyai bola tenis tu. Dari sessi sparing aku dengan Sam, aku dapat tau yang Sam mempunyai pukulan yang agak keras. Ini boleh menyusahkan pihak lawan. Dalam fikiran aku berkata, partner dengan Sam pun bagus jugak. Bolehlah dia tolong cover-kan mana-mana kekurangan aku.
Nasib baik bawak jugak kasut yang ngam dengan kaki. |
Atok dan Daniel jugak memperolehi kasut yang padan dengan kaki mereka. |
Semua team sedang bersiap sedia. |
Bila matahari mula memuncak, perlawanan pertama pun bermula. Haini selaku kapten telah menggabungkan aku dengan Sam. Terbaeklah! Sebelum mula bermain, macam-macam Sam tanya kat aku. Antara soalannya termasuklah: "Do you want to stay on the right or the left of the court? How do you serve? If you want to take the ball, just shout, Mine!" Dan macam-macam lagilah penyusunan strategi untuk memperolehi hasil yang terbaik. Aku cuma membalas dengan berkata, "Anything also can". (Not literally-lah).
Pada permulaan game, aku agak gemuruh. Terima servis pertama dari UTMKL aku dah kantoi. Bola tersasar. Bukannya laju sangat pun servis dia. Permainanku agak tidak menentu. Nasib baik jugaklah Sam agak compose dan berlakulah kejar mengejar mata demi mata. Konfidenku mula terbangun dari tidur bila kami mendahului 5-3. Bila dah ada konfiden, barulah pukulan semakin menjadi. Dan syukur, akhirnya kami menang jugak dengan mata 8-4. Aku tersenyum lebar pasal itulah first time aku menang perlawanan persahabatan. Bangganya aku. Cerianya aku. Jalan pun terkengkang-kengkang. Lepas main, aku terus bergerak pulang. Tak sempat nak menonton game yang lain. Tak dapat jugak nak bagi sokongan kepada team mate aku. Tapi aku tahu kebolehan Team TTC. Mereka semuanya pemain yang hebat.
Beberapa ketika sebelum aku dan Sam mula bertarung menentang UTMKL. |
Sessi ambil gambar dulu. Player UTMKL yang baju hitam tu hebat jugak permaianannya. |
Team TTC denga jersey kami yang yang cantik. |
Keputusan penuh adalah seperti berikut (mengikut whatsapp TTC):
Singles:
Faiz mn. UTMKL 8-0
Chinmay mn. UTMKL 6-4
Qimie mn. UTMKL 6-2
Men's Doubles:
Adi/Sam mn. UTMKL 8-4
Faiz/Chinmay mn. UTMKL 8-1 (Game 1)
Daniel/Aril mn. UTMKL 8-4
Ashraf/Coach Balqis mn. UTMKL 8-4
Haini/Sam mn. UTMKL 8-0
Atok/Amir mn. UTMKL 8-1
Md Nor/Amy mn. UTMKL 8-7 (2)
Faiz/Chinmay mn. UTMKL 8-1 (Game 2)
Mixed Doubles:
Kak Azian/Qimie mn. UTMKL 8-3
Eddy/Adik Izzati mn. UTMKL 8-3
Women's Doubles:
Kak Azian/Adik Izzati mn UTMKL 8-0
Kami menang kesemua 14 game. Mungkin ini bolehlah dianggap perlawanan yang mudah bagi Team TTC. Tetapi perlawanan-perlawanan yang sukar bakal menanti kami di hadapan. Dan kami perlu lebih bersedia. Anyway, tahniah untuk kesemua member TTC. Bak kata Encik Presiden, "Vamos TTCians!" Bahasa Sepanyol yang bermakna "Let's go TTCians!" Tapi kalau bahasa Jawa maksudnya, "Jom kita pergi ngeteh!" Apa lagi, jomlah!!!
Group photo. Sayangnya aku dah balik waktu ni. |
No comments:
Post a Comment