Bahagian 2
Puas sudah kami ber-posing dan
bergambar di ladang serai. Ala-ala Hindustan gitu. Bergolek, berbaring, sambil nyanyi-nyanyi dan menari-nari. Cuma tak tukar baju banyak kali aje. Setelah badan kami berbau wangi akibat terkena minyak serai, kami cuba mencari sedikit kelainan pula dengan mencari sudut serta subjek yang lebih mencabar.
|
Syahmie membawa Sabriena bersiar-siar di ladang serai. |
|
Giliran aku pulak nak mengeksplorasi ladang serai yang luas ini. |
|
Mencium bau daun serai yang wangi. |
Sekian lama aku mencari ilham, akhirnya aku ternampak buah mangga kat atas pokok. Aku pun terus bukak mulut dan memasukkan buah mangga tadi ke dalam mulutku seperti ingin memakannya dari tangkai. Baru nampak macam binatang liar kat rimba raya. Ada ala-ala zirafah atau badak sikit. Lepas tu terus aku terlintas nak panjat pokok kelapa pulak. Kali ni aku nak mengangakan mulut seperti nak makan buah kelapa pulak. Tapi sayang sejuta kali sayang. Pokok kelapa tu terlalu tinggi. Tak daya aku nak memanjatnya. Aku tanya kat Wak Ros, dia ada simpan lif kat dalam rumah tak? Wak Ros kata tak ada. Lif yang dia beli dulu ada orang pinjam tapi tak pulang-pulangkan balik. Dengar cerita, lif tu dah dijual ke KLCC buat dipasang kat menara berkembar tu.
|
Tetiba berasa lapar pulak. Rasa macam nak makan buah pelamlah pulak. |
|
Di hadapan rumah Wak Ros. |
|
Masih di laman depan rumah Wak Ros. |
|
Syahmie dan Sabriena bersama Mama. |
|
Di sebalik pokok bunga. |
|
Mencari buah sawit yang dah cukup masak ranum untuk dibuat umpan kelah. |
|
Tarak! Semua buah sawit masih belum menjadi lagi. |
Sebelum masuk ke dalam rumah, kami posing-posing lagi kat kebun sawit pulak, dan kemudian kat depan rumah Wak Ros. Sedang kami berlegar-legar kat luar rumah, tetiba adik ipar Wak Ros kata dulu kat rumah tu ada bela kongkang. Tapi sekarang kongkang tu dah mati kerana tercekik kangkung ketika mencangkung terkangkang di atas tongkang. Dan bangkai kongkang tu tak pulak di tanam. Sebaliknya diletakkan di atas dahan-dahan kering dekat tempat membakar sampah. Kongkang tu pun sebenarnya tersesat ke mari. Dan matinya pun mati beraganlah.
|
Kongkang mati tersadai di pohon kayu. |
|
Ayahku bersama Wak Ros. |
|
Ibuku mendengar abangnya bercerita pasal suatu kesakitan yang dialami suatu ketika dulu. |
|
Sambil menghadap kuih-muih tersaji. |
|
Aktiviti di masa lapang - duduk-duduk sambil makan kuih raya. |
Bila masuk kat dalam rumah, kami makanlah segala makanan yang dihidangkan. Ada kuih-muih yang pelbagai rupa, warna, bentuk dan rasa. Di ruang tamu, Sabriena bagaikan tak boleh duduk diam. Berlari dia ke sana dan ke mari dengan riang rianya. Maklumlah sesekali dapat duduk kat rumah yang lapang. Bila masa dah time nak masuk waktu maghrib, kami pun minta diri dulu untuk beredar dari situ. Kami akan ke rumah Sutris pulak. Solat maghrib pun akan dilaksanakan kat situ jugaklah. Seperti biasa, sebelum beredar, kami ambil group photo dulu sebagai kenang-kenangan."Mintak maaf zahir dan batin. Mintak halal makan dan minum." Itulah ungkapan kami ketika bersalaman dengan Wak Ros dan isterinya Wan Bun.
Tamat.
|
Syahmie bersama mama dan datuknya. |
|
Amier dan Sabriena. |
|
Masa untuk bergurau senda. |
|
Wanie dan Yana. |
|
Menikmati makanan yang disajikan. |
|
Bergambar ramai-ramai. |
|
Tradisi yang baru kami mulakan tahun ini. |
|
Aku berkisah panjang dengan Wak Ros. |
|
Wal Ros pula menceritakan sesuatu kepadaku. |
|
Dan aku pulak membisikkan sesuatu ke telinga Wak Ros, "Yusoff Tayyyyyooooouuuuubbbbb..." |
|
Posing seorang anak saudara dengan pakciknya. |
No comments:
Post a Comment