m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, August 23, 2014

2 Syawal di rumah Wak Ros: Rumah Wak Ros yang fotogenik

Bahagian 1

29 Julai 2014 - Setelah kenyang beraya dan bermakan-makan di rumah Makcik Mini, kami terus ke rumah Wak Ros yang terletak kira-kira sepelaung Tarzan jauhnya dari rumah Makcik Mini. Dah lama jugak kami tak ke rumah Wak Ros. Laluan ke rumah Wak Ros dibarisi dengan pokok-pokok sawit yang pelepahnya dah mula mencecah tanah. Sebijik macam soljar berbaris memberi hormat kepada pembesar-pembesar yang melintasi perbarisan itu.

Yana mendukung Sabriena.
Sabriena ajak Yana masuk ladang kelapa sawit di belakang sana.
Sabriena tak puas hati, lalu dia piat telinga Yana. Yana menjerit. Amier geli hati.
Tiga sepupu di pinggir ladang sawit.
Masih Yana dan Sabriena.
Tiga serangkai di laman serai dan sawit.
Belum pun punggung kami sempat memanaskan tempat duduk di ruang tamu dalam rumah, aku telah keluar rumah bersama Sabriena dan Amier untuk ke kebun di halaman rumah Wak Ros. Anak sandaraku Yana menurutiku dari belakang. Aku terus ke ladang serai sebelah rumah. Sekali imbas nengok macam sawah bendang pun ada jugak. Tak dapat pergi bendang, pergi ke ladang serai pun okay jugak. Ladang serai memang nampak cantik kalau kawasannya besar terbentang. Lebih-lebih lagi kalau pokok serai tu dah mula meninggi separas dada orang dewasa. Tapi masa kami ke sana pokok serai tu baru aje nak membesar. Paras lutut aje tingginya.

Aku  dan baby comel, Sabriena.
Memang sebijik macam kat bendang.
Bersama anak-anakku.
"Eh! Macam ada tenuk nak makan serai!" Kata ku kepada anak-anak.
Amier dengan gaya dinosaur sedang mengorek pokok serai dari tanah.
Beristirahat di ladang serai.
Ladang serai ni tak banyak nyamuk.
Aku mula mencapai kamera yang aku  bawa dan mula memacu kantanya ke arah sudut-sudut yang aku kira sangat fotogenik. Yang menjadi modelku adalah Yana, Sabriena dan Amier. Klik sana, klik sini, klik situ, klik sinun. Puas kami bergambar di segenap ladang serai. Tak lama kemudian, isteri aku dan Wanie pulak join kami. Dan aktiviti bergambar di ladang serai diteruskan lagi. Memang best betul begambar di suasana kampung yang begitu banyak hijaunya. Dan kemudian Farid pulak datang ikut serta. Kami bergambar bukan saja di ladang serai, tapi juga di tepi pokok sawit, dekat pokok pelam, pokok bunga, pokok kelapa, pokok kayu, pokok rumput, dan tak ketinggalan pokok tauge jugak.

Bersambung...

Ladang serai tak ada pacat. Tak macam dekat bendang.
Wanie dan pokok kelapa.
Adik beradik di pokok kelapa.
Isteriku pulak nak bergambar di ladang serai.
Main sorok-sorok di ladang serai.
Mencari kelibat MH 370 di udara.
Memang sebijik macam kat sawah padi.
Jejaka Melayu terakhir di ladang serai.
Berkelana di medan serai.
Sekarang semua orang dah ada kat ladang serai.
Semua orang berbau minyak serai lepas ni.
Trio ladang serai.
Lepas ladang serai, ke mana pulak kita nak pergi?

No comments:

Post a Comment