29 Julai 2014 - Beraya di bandar memanglah seronok. Tapi kalau beraya di kampung lagilah happening! Maka pada hari kedua Syawal, kami sekeluarga pergilah ke kampung mak aku di Assam Jawa, Kuala Selangor. Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah nenek saudara kami - rumah Nek Wok. Inilah satu-satunya makcik mak aku yang masih hidup. Dan ingatan Nek Wok jugak nampak gayanya masih baik. Dia masih boleh mengingati namaku walaupun jarang-jarang berjumpa. Di rumah tu bersama Nek Wok, ada beberapa orang anaknya termasuklah
Pakcik Bardan, Pak Banuri, dan anak perempuan Nek Wok yang kedua yang aku tak
ingat namanya.
|
Pakcik Bardan dengan ayahku. |
|
Ayahku dengan Syahmie. |
|
Adikku sedang berbual-bual dengan Makcik Linda. |
|
Wanie dan Mama menikmati kuih raya yang disajikan. |
|
Syahmie dan Amier berpakaian baju raya fesyen kain pelekat. |
Perjalanan ke Bukit Badong kali ni, menghala ke rumah Nek Wok sangatlah lancar. Tak seperti raya-raya yang lepas. Selalunya aku mesti tersesat. Kalau tak sesat barat, sesat timur. Sedikit sebanyak mesti roda-roda keretaku akan terlajak ke arah-arah yang bukan sepatutnya. Tapi kali ni, walaupun tanpa bantuan GPS, tanpa WAZE, aku masih dapat meneka arah yang tepat ke arah rumah Nek Wok tanpa tersasar. Cuma jarak perjalanan ke destinasi agak jauh sedikitlah. Aku masih tak pandai nak ikut jalan short cut. Rupanya anak buahku, Farid dah lebih advance dari aku, pasal dia dah pandai ikut jalan pintas untuk sampai ke rumah Nek Wok.
|
Mendampingi Nek Wok. |
|
Farid dan adikku. |
|
Sabriena dengan Mama. |
|
Pakcik Banuri, Pakcik Bardan dan ayahku. |
Seperti raya-raya yang lepas, kami kalau ke rumah Nek Wok memang dah tak buat apa-apa sangat. Aku akan berbual-bual ringkas dengan Pakcik Banuri. Lepas tu pergi menghadap kuih raya beramai-ramai sampai habis semua kuih berbalang-balang. Mak aku akan bersembang dengan makcik favourite-nya. Kebiasaannya aku dan anak-anak akan bersiar-siar di laman rumah untuk ambil gambar-gambar yang photogenic. Tapi pada kunjungan kami kali ini, kami tak berbuat demikian.
|
Yana dengan tiga pupunya. Rupa Yana dalam shot ni tak ubah macam wajah Allahyarhamah mamanya. |
|
Group photo dengan Nek Wok. |
Setelah dah agak lama di situ, kami perlu beredar untuk ke rumah Makcik Mini pulak di Assam Jawa. Kami tau apa yang sedang menunggu kami di sana - teh tarik super kaw dan daging masak lemak cili api yang super duper kaw-kaw! Sebelum beredar, kami ambil group photo sebagai kenangan. Inilah kali pertama kami ambil gambar beramai-ramai macam ni. Seluruh jiran-jiran jauh dan dekat, malah seluruh penduduk kampung di Bukit Badung kami panggil untuk bergambar dengan kami. Malah ayam, kambing, lembu dan monyet yang berkeliaran di kawasan rumah jugak kami sertakan dalam gambar kami kali ini sebagai memori yang berpanjangan. Tahun depan insya-Allah kami akan ke sana lagi untuk beraya dengan nenek saudara kami itu. Selamat hari raya semua orang kampung!
|
Group photo lagi. |
|
Nek Wok yang terlindung di sebalik kepala Amier tu. |
No comments:
Post a Comment