Hari jadi Amier jatuh pada 7 Februari setiap tahun. Kebetulan tahun ni keluarga kami diserang dengan raksasa bernama Mister Rota @ Rotavirus yang menyebabkan sambutan harijadi dibuat sangat ala kadar sahaja. Pada tarikh berkenaan, Amier baru aje pulih dari sakit, dan baru dikeluarkan dari wad hospital. Wife aku pun sama, baru discharge dari hospital. Mak aku pulak yang menjanjikan nak buat kek cokelat pun masih sakit lagi siki-sikit. Maka tak sempatlah dia nak buatkan kek yang telah dijanjikan.
Kek birthday yang dibeli di kedai berdekatan. |
Bersiap sedia untuk meniup lilin. |
Amier ada tanya jugak. Kalau hari tu birthday dia, mana keknya? Jadi lepas solat maghrib, aku dengan segera pergi ke kedai kek di Ampang dan membeli satu kek yang kelihatan cantik perasa mangga. Sampai di rumah, kami panggil Amier untuk potong kek. Tapi Amier sebaliknya telah mengarahkan kami untuk menyorok di sudut-sudut terpencil, padamkan lampu, dan bila dia turun tangga, semua orang kena jerit "SURPRISE!" Dan Amier akan buat-buat terkejut. Tak mahu menghampakan permintaannya yang comel tu, kami pun ikutkan saja kehendaknya. Dan bila Amier turun tangga, kami pun jeritlah, "SURPRISE!!!" Happy sungguh Amier. Lalu kami nyanyikan lagu Happy Birthday, Amier tiup lilin dan kemudian potong kek. Tapi lepas potong kek Amier tak berkeinginan pun nak makan kek tu pasal ianya bukan perasa cokelat. Cantik di mata aku tak semestinya cantik jugak di mata Amier. Mak aku, nenek Amier berjanji akan buatkan jugak kek cokelat untuk Amier dalam sehari dua nanti.
Bersama birthday boy - Amier! |
Lepas ni baru makan kek. |
Ibuku memotong dan mengagih-agihkan kek. |
Amier kecewa pasal tak dapat kek cokelat. |
Amier nengok aje, tapi tau mau makan. |
Syahmie yang pulang bercuti dapat raikan birthday Amier. |
Esok harinya, mak aku mengotakan janjinya. Kek cokelat berlapis disiapkan. Atasnya dicurahkan selaput cokelat berkilat metalik. Dan aku decorate kek dengan buah kiwi dan anggur. Ingatkan nak letak burung kiwi, tapi lupa pulak nak pesan kat kawan suruh belikan kat New Zealand. Kemudian aku tuliskan sedikit ucapan kat atas kek menggunakan marker pen. Tapi tak nampak pulak tulisannya, pasal backgroundnya dah sama-sama gelap. Jadi mak aku pun suggest pakai sejenis cream kuih. Dan aku pun tulislah dengan jelas nama Amier atas kek tu.
Ini kek cokelat yang mak aku bikin, dan aku tukang hias. |
Macam dulu, Amier nak kami semua buat surprise party untuk dia. Dan lagi sekali kami turutkan kemahuannya. "SURPRISE!!!" lagu dinyanyikan, lilin ditiup dan kek dipotong. Kali ni Amier lebih happy pasal dapat kek cokelat idamannya. Kami semua enjoy makan kek cokelat resipi ibuku yang terhebat di dunia. Lepas makan kek, Amier ajak buat game birthday. Tapi akhirnya dia main game kat I-Pad. Menengokkan Amier happy, kami pun turut happy...
Kali ni Amier lebih gembira, pasal tu dia pegang pisang. |
Seronok menyambut birthday untuk second round. |
Amier dan famili. |
"Terima kasih kepada semua peminat-peminat saya yang telah menyokong saya selama ni". |
Makan time! |
Terlalu lapar. |
Ibuku kepenatan lepas buat kek harijadi. |
No comments:
Post a Comment