Hari Ahad lepas kami ke Gemencheh lagi. Apa lagi, kalau bukan nak melawat Syahmie. Di perjalanan kami telah singgah di Drive-Thru' KFC kat tol Sungai Besi untuk beli ayam buat makan tengah hari. Jadi nanti bila sampai Gemencheh, kami tak payahlah lagi menggagau nak cari makanan.
Makan ayam goreng beli kat kafe. Memang sedap. Lagi sedap dari KFC! |
Berebut makan ayam. Aku cuma beli tiga ketul aje. |
Kami sampai di MRSM Gemencheh dekat jam 2 petang kalau tak silap. Masa tu Syahmie tengah tidur lepas solat zuhur. Kawan dia yang kejutkan dia dari lena. Masa Syahmie turun bawah dari bilik asrama nak jumpa kami pun aku nampak rambut dia masih berserabut lagi. Kami tak bawak Syahmie pergi outing. Kami cuma lepak kat kafeteria berdekatan sambil beli makanan ringan dan minuman. Sembang-sembang dengan Syahmie pun kat situ aje. Syahmie nampak letih. Kami datang ni pun nak bekalkan Syahmie dengan supplement kesihatan pasal dia tak berapa sihat seminggu dua ni.
Sedap hingga menjilat jari! |
Lepas makan ayam, makan buah pulak. Tapi Amier tak habis-habis dengan I-Pad-nya. |
Wanie tak boleh bukak mata pasal silau matahari, katanya. |
Amier kalau tak berlari sana sini memang tak sah. |
Bila jam pukul empat lebih, kami pun beredar pergi. Nak biarkan Syahmie rehat sikit sebelum bangun solat asar dan meneruskan dengan aktiviti pembelajaran yang sangat padat. Kami balik pun tak singgah mana-mana. Terus menghala ke Kuala Lumpur. Ada sedikit kesesakan sekitar Seremban. Mungkin sebab hujan kot. Lepas tu perjalanan memang lancar.
Syahmie nampak letih. |
Pekena teh-o. |
Sedang menikmati teh tarik yang pekat pelekit. |
Masih dengan I-Pad. |
Dah kenyang, senang hati. |
Memikirkan apa lagi benda yang boleh dimakan. |
Wanie dan teh-o. |
Amier dan milo. |
Dah nak habis. |
Kejap lagi nak balik KL. |
No comments:
Post a Comment