Aktiviti mingguan aku dan isteri kebelakangan ni ialah ambil dan hantar Syahmie yang sedang belajar di MRSM Gemencheh. Dulu kami rasa Gemencheh tu macam jauh benar kat tengah hutan belantara yang penuh dengan gajah dan monyet liar serta badak air yang berkampung. Tapi sekarang persepsi kami dah berubah. Gemencheh tu dah macam kat belakang rumah aje. Selangkah aje dari pagar rumah, dah ternampak kelibat pekan kecil kat Negeri Sembilan tu.
Bangunan asrama Syahmie. |
Bersiap sedia untuk pulang bercuti. Baju kotor penuh sebakul |
Kalau pergi Gemencheh kami akan singgah kat gerai tepi jalan beli wajik sirat berharga RM8.50 dalam bekas kecil. Wajik sirat kat situ memang sedap. Lebih sedap dari wajik sirat lain-lain yang pernah aku makan. Kerepek-kerepak pun ada dijual dan ada kalanya kami beli buat aktiviti mengunyah dalam kereta. Krup-krap-krup-krap, bunyi kami mengunyah kerepek. Pemandu-pemandu kat kereta sebelah yang lalu-lalang sebelah kami pastinya akan jealous bila mendengar lunak bunyi kerepek digigit garing.
Wanie di luar asrama lelaki. |
Masa cuti Maulidur Rasul hari tu, aku terpaksa pergi dengan mak aku untuk bawak Syahmie pulang bercuti pasal wife aku tengah jaga Amier yang sakit di wad hospital. Tapi dalam keadaan biasa, kami satu famili termasuk Wanie dan Amier akan ikut serta menjemput Syahmie. Drive dari Kuala Lumpur ke Gemencheh kami anggarkan selama dua setengah jam kalau bawak kereta tak terlalu laju, sekadar mematuhi had laju jalan raya. Rupanya bukan keluarga kami aje yang kerap melawat anak hujung-huung minggu. Mak bapak yang lain pun ramai jugak yang jenguk anak mereka yang di tingkatan satu. Nanti kalau dah besar sikit barulah kadar lawatan tu dikurangkan.
Amier suka berlari-lari kat perkarangan asrama. |
Ini gambar Syahmie nak balik asrama. |
No comments:
Post a Comment