Beberapa minggu lalu geng consultant kami yang buat projek kat Pahang buat lawatan nengok contoh bangunan kat Putrajaya. Bangunan pilihan yang kami lawat ialah Taman Cabaran atau Extreme Park. Encik Saifuddin yang bawak kami ke sana pasal dia pernah terlibat dengan projek ni dulu. Masa aku nak cari lokasi Taman Cabaran ni memang agak konfius jugaklah. Mula-mula nengok Google Map. Dah dapat lokasi lebih kurang, barulah redah highway nak menghala ke arah sana. Tapi bila sampai Putrajaya, aku terus jadi pening mencari arah. Telan Panadol sepuluh biji pun masih tak hilang pening keliru aku.
Aku punya round kat sekeliling Putrajaya tu sampai kena isi minyak full tank tiga kali. Masih jugak tak jumpa. Bila aku jumpa satu jalan yang aku agak konfiden, tiba-tiba jalan tu menghala ke kubur pulak. Memikirkan bahawa tak kanlah Taman Cabaran dia buat dalam kawasan kubur, maka aku pun patah balik-U-turn. Aku terus round-round mencari arah sampailah tersesat ke tempat kuda, ekuestrian. Aku tanya pada beberapa ekor kuda yang sedang makan rumput. Sekor pun tak tau. Lalu aku masuk ke pejabat dia dan tanya pulak kat pekerja front desk. Diorang kata memang kena masuk kubur dulu baru boleh jumpa Taman Cabaran. Macam tu pulak! Okay lah. Aku akan menghala ke kubur sekali lagi. Dan memang benar kata para pekerja di ekuestrian tadi. Tak jauh dari kawasan perkuburan, terlihatlah aku papan tanda menyatakan lokasi Taman Cabaran yang sebenarnya.
Encik Saifuddin memberikan sedikit taklimat mengenai bangunan ini. |
Aku sampai lebih awal dari kengkawan yang lain. Jadi aku solat zuhur dululah. Bila Encik Saifuddin, Lily dan Azlee tiba, kami pun mulalah round tengok keadaan sekeliling. Tempat pertama yang kami pergi ialah tempat panjat tembok berhalangan. Wow! Tinggi betul tembok dia sampai mencecah siling bangunan. Tapi pekerja kat sana kata, pernah ada satu perempuan berbadan besar dan montel telah berjaya mendaki sampai ke atas tanpa banyak halangan. Maka kesimpulannya, sesiapa pun sebenarnya mampu untuk mencuba daki tembok yang disediakan. Cerita punya cerita rupanya tempat tu di-design oleh bekas boss aku dulu, Huat Lim. Patutlah design dia spesel dan unik.
Laluan di tingkat atas. |
Masing-masing memikirkan bagaimanakah caranya untuk mendaki sampai ke puncak. |
Laluan ke bawah. |
Tangga unik. |
Tembok untuk didaki. |
Handrail dari batu tembok. |
Bahagian depan bangunan. |
Tangga ni pun pelik jugak railingnya. tapi menarik. |
Dari tempat panjat tembok, kami pergi pulak ke pusat main basikal, roller blade dan skateboard. Nak menggunakan kemudahan kat sini tak payah bayar apa-apa. Melainkan nak sewa basikal kenalah bayar. Tempat dia memang besar dan luas. Banyak benda yang kami nengok dah boleh ambil ilham untuk design, walaupun sebenarnya kami cuma nak nengok penggunaan batu blok ringan aje. Lepas lawatan tu, kami pun bersurai dan lagu Negaraku pun dimainkan menandakan telah tamat siaran...
Tak ramai orang yang menggunakan tempat ni masa kami datang. Masa hujung minggu baru ramai. |
Meninjau seluruh kawasan sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment