Memang sebelum ni aku tak pernah dengar nama "Burger Bakar". Yang ini pun aku tau dari wife aku yang menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Dalam rancangan MHI tu dipaparkan betapa hebatnya burger yang dihasilkan hingga menarik berjuta-juta penggemar burger seluruh negara, dan seluruh dunia antara bangsa. Mengikut wawancara kat tv tu, katanya ada orang datang dari Kelang ke Wangsamaju semata-mata nak makan burger terhebat alaf ini. Itu tak termasuk yang datang dari Turkistan, Ivory Coast dan Nicaragua. Tapi kalau aku cerita ada alien dari planet Pluto pun datang berbaris nak beli burger tu, mesti korang tak percaya, kan? Jadi aku tak payah ceritalah.
Banner "Burger Bakar". |
Yang kami tau lokasi gerai tu terletak di tepi jalan, Seksyen 2, Wangsamaju. Tapi actual location-nya kami tak tau. Lalu cuba-cubalah kami tanya anak saudara kami, Hafez yang kebetulan duduk kat Seksyen 2. Rupanya dia memang tau, cuma tak pernah try beli pasal selalu barisan nak beratur tu terlalu panjang. Setiap masa! Jadi kami pun redahlah MRR2 menghala ke destinasi. Sesampai di Seksyen 2, Wangsamaju, kami cari gerai burger tepi jalan yang ramai orang. Gerai pertama yang kami nampak macam tak happening je. Jadi kami tau yang itu bukanlah Burger Bakar yang kami cari. Jalan lagi terus ke hadapan. Tiba-tiba kami nampak laluan trafik penuh sesak dengan kenderaan. Kanan kiri kereta parking sampai jalanraya jadi sempit. Siap ada polis trafik lagi dekat sepuluh orang yang terpaksa mengawal lalu lintas. Malah ada pulak pasukan Rela, dan Bomba, dan Bulan Sabit Merah serta beberapa artis K-Pop yang membantu mengawal kesesakan trafik yang sangat luar biasa tu. Kami yakin, mesti inilah lokasi burger idaman se-Malaya.
Brader yang ambil order ni sangat berbudi bahasa. "Boleh hamba ambil pesanan tuan hamba?" |
Setelah kami mendapat tempat parking, aku pun turun beratur untuk membuat order. Barisan dia punyalah panjang macam Tembok Besar Cina. Dekat lima hari aku beratur, barulah sampai giliran aku untuk membuat pesanan. Aku order burger special dia iaitu burger daging ciptaan ramuan tersendiri. Brader yang ambil order tu sangat berbudi bahasa. Jadi orang yang tunggu lama tu taklah rasa tension atau marah. Lepas ambil order dan nombor, kena tunggulah pulak lagi entah berapa lama sebelum pesanan siap disajikan.
Pekerja yang berdedikasi membakar segala burger yang ada di warung. |
Aku ada buat kajian, kenapa line beratur tu begitu panjang dan lama terpaksa berbaris. Rupanya, banyak jugak yang datang tu orang yang baru pertama kali nak try. Jadi bila sampai giliran mereka, banyaklah benda yang mereka nak tanya. Antara soalan yang popular, pukul berapa gerai bukak? Burger apa yang paling sedap? Berapa harga burger? Ada plan nak buat franchise ke? Kenapa tak buat burger zirafah? Orang sakit kencing manis sesuai tak makan burger ni? Dan macam-macam lagilah pertanyaan yang menyebabkan kami terpaksa beratur lama.
Burger resipi sendiri ni dicampur pulak dengan sos rahsia. |
Setelah naik berjanggut muka aku, barulah aku dapat ambil burger yang aku order tadi. Dan setelah bayaran dibuat, kami pun pulanglah dengan leganya. Kat rumah, apa lagi, terus aje kami makan dengan super lahap kerana kelaparan dan kepenatan. Rasanya memang sedap. Lebih kurang macam Burger King jugak. Tapi yang menyebabkan ia berasa sangat sedap ialah pasal kena beratur lama.
Ramai sungguh orang beratur. Ini dah malam buta ni! |
Secara overall, gerai Burger Bakar ni dibuka dari jam 7.45 malam hingga 2.00 pagi. Harga dia macam makan kat McDonald's atau Burger King jugak. Aku sampai jam 10.45 malam, dan aku dapat burger jam 12.30 malam. Satu jam empat puluh lima minit aku menunggu. Kalau korang ada banyak masa terluang, tak tau nak buat apa, bolehlah pergi beratur kat Wangsamaju untuk beli burger yang hebat ini.
Nombor giliran aku. |
No comments:
Post a Comment