m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 27, 2021

Kidz Cabin @ InterContinental Hotel: Quality time

Bahagian 3 (Akhir)

1 Disember 2018 - Bukan main banyak lagi hadiah yang diedarkan ke seluruh warga Kidz Cabin. Semua Teachers berasa sangat gumbira. Apatah lagi dengan makanan sedap ala buffet yang terhidang di kaunter saji. Segala majlis yang nak diadakan telah selesai diadakan. Sekarang adalah masa untuk acara bebas pula. Bebas tu maksudnya nak sambung makan minum boleh, nak duduk-duduk saja pun boleh, dan malah nak baring atas lantai pun boleh (kalau tak kena halaulah, kan?)

For me, acara bebas ialah ambil gambar lebih banyak sambil sesekali makan dan minum apabila perut berkeroncong dan tekak jadi kering. Amier meluangkan masa dengan teman sepupu rapatnya - Saleh dan juga bersama Nabil. Sabriena berlegar-legar ke sana dan ke sini, serta melihat ikan oren berenang-renang. Sampai dah agak lewat, barulah kami semua keluar dari situ dan pulang. 

Terima kasih semua!

T A M A T

Ali dan Angah Nabiha mencuba trick buat bunyi high pitch pakai gelas dan air.

Saleh - pakar sound effect menunjukkan cara melakukannya dengan betul.

Cuma bunyi dengungannya kurang menyerlah.

Angah Nabiha menunjukkan kepada Sabriena cara membuat bunyi dengungan.

Sabriena pun mencuba.

Amier bukan main tekun melihat Saleh buat demonstrasi.

Jom kita tengok ikan oren pulak.

Ikan-ikan oren tu semua berenang ke arah Sabriena.

Ikan-ikan oren yang jinak.

Tiba-tiba Sabriena berasa lapar dan nak makan salah seekor daripada ikan-ikan di air.

Sabriena sedang panggil ikan.

Jom kita sambung makan lagi!

Kita habiskan kesemua makanan yang ada di sini.

Okay, makanan dah habis. Jom kita beredar!

Boy band yang baru nak up.

Merenung jauh ke luar jendela.

Kumpulan N.A.S.A. = Nabil Ali Saleh Amier.

Bergambar sebelum beredar.

Saleh bersama hadiah-hadiah.

Sabriena dengan background miniature sebuah castle dan village.

Masih dengan background yang sama.

Cantik betul miniature village ini.

Amier dan Sabriena.

Dua beradik ini masih lagi di sini.

Miniature istana castle.

Sambil memegang bunga yang diperolehi.

Flower bouquet yang besar.

Angah Nabiha dan Sabriena juga bersama flower bouquet.


No comments:

Post a Comment