4 June 2017 - Kita singgah kat Kalumpang sekejap, tempat birasku dan kakak iparku - Dato' Abang Hasni dan Datin Kak Ogie. Tak silap aku masa ni bulan puasa pada tahun 2017. Aku pun tak ingat kenapa kami ke sana pada hari tu. Tapi tak kisahlah. Anggapkanlah kami ni telah masuk ke dalam teleport machine dan accidentally kami ter-sampai ke Kalumpang Resort and Training Centre secara tak sengaja. Kami sampai sana kira-kira jam 9.00 pagi. Dah sampai sana kira layan ajelah.
Aku terus menyiapkan dua batang joran teleskopik, meletak umpan pada mata kail dan terus melemparkan umpan ke dalam air sungai yang mengalir laju. Target aku sudah tentulah ikan tengas daun. Tetapi Sungai Inki ini juga turut didiami oleh ikan tilan, limbat, seluang, dan labi-labi. Malah kalau beruntung, boleh mendapat ikan kelah juga. Seingat aku, tidak seekor ikan pun yang berjaya kami naikkan pada hari itu. Yang menggetu memang ada, tapi malu-malu untuk terus ngap mencuri umpan.
|
Dua batang joran sedang menanti untuk memerangkap ikan-ikan di air. |
|
Inilah joran teleskopik kegemaranku. |
|
Joran yang pernah menaikkan ikan-ikan saiz monster seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus biru bersalut tepung. |
|
Air di sini cukup deras. Tapi di spot ini aku pernah menaikkan ikan tilan dan ikan tengas daun. |
|
Bergambar dengan background batu besar warna kuning. |
|
Batu ni jadi kuning sebab kena cat kot? |
|
Amier dan Sabriena. |
|
Amier dan Sabriena memang suka kalau dapat terjun berendam dalam sungai. |
|
Amier mungkin kesejukan sebab dia pakai jeket. |
|
Sabriena tak bawak pakaian mandi. So, dia duduk kat darat ajelah kali ini. |
|
Kat darat pun okay jugak. |
|
Tak buat apa-apa aktiviti pada lawatan kali ini. |
|
Duduk berehat-rehat sajalah. |
|
Sambil mendengar bunyi air sungai mengalir. |
|
Itu dah cukup membuat kami terhibur. |
|
Duduk bersantai. |
Selain famili kami, famili Kak Esah pun ada di sana juga. Syura and gang siap main flying fox lagi dan terus menjunam ke dalam sungai yang airnya mengalir deras. Beberapa kali kami tengok Syura menaiki flyng fox itu. Hati kena kental juga sebenarnya. Zuuurrr... dia meluncur, dan dush!!! Menjunam ke air!
Kami tidak terlalu lama di Kalumpang. Sekitar pukul 1.00 tengah hari (lebih kurang) kami terus memandu pulang menghala ke Kuala Lumpur. Serius aku tak ingat kenapa kami ke sana. Mesti ada sebabnya. Sayangnya Melayu mudah lupa. He he he... Kami sampai rumah kira-kira jam 2.15 petang dengan Encik Selamat.
|
Syura sedang bersedia untuk menaiki flying fox. |
|
Pengembaraan bermula. |
|
Pecutan 450 km/jam. |
|
Dan semakin laju melepasi 600 km/jam. |
|
Dan terus menjunam ke air. Blooosh!!! |
|
Ini Angah Nabiha ke? |
|
Amier merenung jauh ke jeram sungai. |
|
Sabriena dah bersiap sedia untuk pulang. |
|
Tapi nak bergaya dulu. |
|
Jom kita balik KL. |
|
Dan kami pun terus teleport sampai rumah. |
No comments:
Post a Comment