Bahagian 4 (Akhir)
7 Mei 2017 - Semalamnya perut kami sudah tersangat kenyang kerana terlalu banyak makan ketika di kafeteria sambil meraikan hari jadi ibuku. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Setelah solat subuh, aku terus ke luar kamar menjenguk joran-joran yang telah aku pasang sepanjang malam. Air laut pada waktu pagi nampaknya lebih tenang. Tetapi ikan juga seperti sudah tidak mahu menjamah umpan yang aku hulur. Tak apalah, semalam dah dapat sepuluh ekor. Itu pun dah cukup bagus.
Kami bersiap-siap untuk bersarapan pagi. Antara aktiviti yang menyeronokkan sudah tentulah bangun pagi dan bersarapan bersama ahli keluarga. Tak sabar-sabar kami nak tahu apakah menu yang akan disajikan kepada kami. Makanan ala-ala western nampaknya lebih menarik perhatian kami pada pagi itu.
Pagi-pagi lagi Sabriena dah melepak kat tepi swimming pool. |
Melihat langit cerah memang seronok. |
Kami dah mula bersarapan sambil melihat laut. |
Sabriena memilih hush potato. |
Amier juga memilih makanan yang sama. |
Mama memberi Sabriena sepotong makanan spesel untuk dijamah. |
Sabriena dah puas makan, nak main telefon pulak. |
Amier juga tengah mencuba-cuba untuk mendapatkan telefon itu dari adiknya. |
Syahmie masih meneruskan bersarapan. |
Nampaknya Amier, Sabriena dan Mama dah selesai bersarapan. |
Jom kita tengok laut pulak. |
Kami berada di koridor di luar kafeteria. |
Banyak unit penginapan di atas air di sini. |
Kami di ruang permainan kanak-kanak pula. |
Syahmie dengan pet leopard nya. |
Sabriena menuruni gelongsor. |
Sabriena bermain dengan bola getah besar pula. |
Aku menemani Amier melukis gambar. |
Amier sedang melukis gambar something yang spesel. |
Aku pula sedang melukis grafik di atas mug. |
Amier lukis kartun ke tu? |
Syahmie dan Mama melayan Sabriena main blok kayu. |
Seronok Sabriena menyusun blok. |
Lebih-lebih lagi yang colourful. |
Amier masih belum habis melukis. |
Isteriku juga menyusun blok kayu. Kalau tak silap aku nama game ini Jenga. |
Game ini agak fun juga sebenarnya. |
Dan tak mudah juga. |
Siapa yang meruntuhkan binaan blok ini, dialah yang kalah. |
Syahmie sedang mencuba menarik sebiji bungkah. |
Amier pula lebih interested nak main domino. |
Satu-satu bungkah di susun dengan tertib. |
Dah banyak yang disusun. |
Nak tolak bungkah ni rasa sayang pulak. |
Lama Amier berfikir. |
Nak tolak atau tidak. |
Ahhhh.... tolak ajelah. Bruuuuum! |
Sekarang buat susunan lain pulak. |
No comments:
Post a Comment