30 Julai 2017 - Lebih empat tahun lalu, kami mendapat undangan untuk hadir ke satu kenduri di sekitar Tanjung Karang (kalau tak silap aku). Aku memang totally tak ingat kenduri apa. Mungkin aqiqah kot. Dan jemputan itu datang dari seorang rakan sekerja, sepejabat isteriku - Herwan namanya. Kalau tak silap aku juga, ini adalah kampung isteri Herwan. Memanglah agak jauh dari rumah kami. Tapi melawat kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah bendang memang suatu pengalaman yang menyeronokkan. Jadi kami pun memenuhi jemputan itu dengan perasaan yang sangat teruja.
|
Isteriku bersama rakan sepejabatnya. |
|
Sedang minum-minum setelah selesai makan tengah hari. |
|
Wow! Garangnya muka Wanie... Hehehe... |
|
Wanie pakai baju uniform. Maknanya lepas ni nak balik ke asrama. |
|
Sabriena sedang makan kuih. |
|
Herwan memastikan para tetamu mendapat layanan yang terbaik. |
|
Rakan sepejabat. |
|
Antara yang hadir pada majlis ini. |
|
Amier nak makan kuih karipap. |
|
Karipap sudah di tangan. |
|
Dan Amier pun menggigitnya. |
Ada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang telah dijemput oleh Herwan selain daripada kami. Apabila tiba di sana, kami terus saja dijemput untuk makan. Dan kami pun berbuat demikian tanpa menolak. Memang waktu itu kami tengah lapar sebab dah tengah hari. Aku menyegerakan makanku sebab nak berlegar-legar sambil mengambil gambar di situ.
Pemandangan sawah yang sedang menghijau pada ketika itu memang sangat cantik dan menarik. Tetapi aku lebih tertarik kepada tali air dan parit-parit kecil yang aku pasti dihuni oleh banyak ikan kampung seperti keli, haruan, sepat dan puyu. Nasib baiklah kami pergi kenduri. Kalau tak, sudah pasti aku akan bawa joranku yang paling panjang, dengan kekili yang berisi tali dengan ketahanan 100 paun serta mata kail sebesar sauh kapal Titanic. Manalah tahu aku berpeluang untuk memancing ikan haruan gadang sebesar paus biru bersalut tepung KFC?
Sesudah makan-makan dan bersembang, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan rumah mentua Herwan. Harapanku, satu hari nanti kami akan dapat datang lagi ke sana. Cuma kali ini untuk beriadah sambil memancing ikan-ikan parit. Terima kasih, Herwan!
|
Sabriena dah sudah makan. Sekarang masa untuk bersiar-siar. |
|
Jom kita jalan-jalan. |
|
Bersiar-siar di laman rumah. |
|
Posing dulu. |
|
Amier ternampak seekor ikan kerapu bara sebesar ikan lumba-lumba. |
|
Aku pun jengah ke parit air ni juga, mencari ikan. |
|
Air di parit ini mungkin paras betis sahaja. |
|
Sabriena pegang sate buah. Macam terung pipit bentuknya. |
|
Anak-anak turut berkumpul di tempat kami berdiri. |
|
Mengelilingi pokok kelapa sawit. |
|
Sabriena nak ambil buah sawit ini untuk dibuat umpan memancing ikan kelah. |
|
Amier melihat ada seekor burung di dalam sangkar. |
|
Sedang mengkaji burung spesis apakah ini. |
|
Rasanya macam burung merbuk. |
|
Perut Amier dah semakin bulat sebab dah terlalu kenyang. |
|
Pekarangan rumah yang kami kunjungi. |
No comments:
Post a Comment