m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 11, 2022

Malam Gala INAS Global: Majlis keraian

Bahagian 1

30 Disember 2021 - Dah lebih setahun kami berniaga, membantu mereka yang terlalu sibuk dan mempunyai masa yang terhad untuk membersihkan pakaian, rumah dan isi kandungannya. Lebih-lebih lagi kalau kotoran yang melekat itu ialah kotoran jenis degil tak boleh nak diajar. Nak menyental lebih-lebih, takut penat. Nak rendam lama-lama. takut berlendir dan berbau. Lebih baik spend time dengan family dari melayan stubborn stain (kotoran degil) yang memang sah-sah menyakitkan hati. 

Kami berniaga produk keluaran INAS Global. Sabun serbuk serbaguna pilihan ramai. Sabun konsentrasi tinggi. Dengan kuasa pembersihan yang luar biasa. Tapi yang nak aku kisahkan kali ini ialah majlis Malam Gala INAS Global yang dianjurkan oleh pihak HQ. Dan ini adalah kali pertama kami menghadiri majlis seumpama ini. Aku siap ambil cuti last minute sebab lepas majlis kami bercadang nak bermalam di resort tempat majlis diadakan.

Amier sampai awal dengan gaya segaknya.

Goodies bag yang kami perolehi setelah membuat pendaftaran.

Agenda malam ini.

Puan Sue sedang memberi ucapan pembukaan.

Ucapan penghargaan dan motivasi buat seluruh Keluarga INAS Global.

Majlis diadakan di sebuah resort di Puchong - Kinrara Espira. Aku memang tak pernah sampai ke kawasan ini. Tak tau pun ada resort yang cantik macam ni. Kami datang sini berlima dari Team Adisarah Solution - Amier, Kak Timah, Kak Ogie dan isteri aku datang lebih awal, naik satu kereta. Aku pula bertolak dari pejabat. Perlu meredah traffic jam petang hari sebelum akhirnya sampai di lokasi hampir waktu maghrib. Aku terus menghala ke bilik penginapan. Amier telah menanti di kamar. Dan sedang bersiap-siap untuk solat maghrib sebelum ke dewan majlis.

Sambil mendengar ucapan dari salah seorang founder INAS Global.

Thumb up dari Tuan Haizul.

"Good" bergabung dengan "peace".

Keempat-empat founder berada di atas pentas.

Empat orang founder INAS Global - Puan Azi, Puan Sue, Puan Nency dan Tuan Iqkbal memotong kek bersama-sama.

Kek ini akan dipotong dadu untuk diagih-agihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kek yang besar dan kelihatan enak.

Saudara Jumaidi - salah seorang orang kuat kilang membuat sabun.

Anak-anak turut meraikan.

Sebahagian ahli keluarga INAS Global.

Pasti baik dan bagus.

Sesampainya di bilik, Amier memberi satu khabar kepada aku. Kata Amier, "Papa, Mak Teh kata ada pertandingan karaoke". Apa yang significant sangat pasal pertandingan karaoke ni? Sebenarnya Amier yang memang minat untuk perform depan public telah membuat beberapa pilihan lagu untuk dinyanyikan. Dan sudah pasti Amier sangat teruja dengan info yang diperolehi daripada Mak Tehnya. Dan aku pula ada persepsi aku sendiri bila mendengar berita pertandingan karaoke ini. Asalnya aku cuma ingin menyanyikan lagu key rendah yang santai-santai saja. Tapi akhirnya bertukar ke lagu lain yang mempunyai key sedikit tinggi agar vokal aku sedikit tercabar ketika menyanyi nanti. Nanti aku bagi tau aku pilih lagu apa, ya?

Masing-masing menyerbu tempat mengambil makanan bagaikan singa yang kelaparan.

Boleh pilih juadah mana yang berkenan di hati.

Amier memilih nasi sebagai makanan ruji pada malam ini.

Mengambil daging kambing golek yang diimport dari Kutub Utara.

Amier akan memulakan makan sebentar lagi.

Setelah solat maghrib, aku dan Amier terus ke dewan majlis untuk mendaftar. Waktu itu sudah lebih jam 8.00 malam. Setelah mendaftar di ruang lobi dan memperoleh dua goodies bag, kami masuk ke dalam dewan. Salah seorang founder INAS Global, Puan Sue sedang memberi kata-kata aluan kepada hadirin dan hadirat. Setelah membaca doa, para hadirin dan hadirat dijemput menikmati juadah makanan yang terhidang. Macam-macam makanan yang disajikan. Kanan kiri depan belakang penuh dengan makanan. Cuma sayangnya aku tidak berasa terlalu lapar pada ketika itu.

Menghampiri jam 8.30 malam, isteriku, Kak Timah dan Kak Ogie pula masuk ke dewan dengan pakaian serba hitam dan glamour. Kami duduk satu meja, dan terus menjamu selera.

Bersambung...

Isteriku bersama Kak Ogie.

Tiga beradik berpakaian glamer.

Amier sedang menikmati juadah.

Begitu juga dengan Kak Timah dan Kak Ogie.

Daging kambing gurun Sahara menanti untuk dimakan.

Abam video man pun berhenti untuk makan juga.

Menghirup secangkir kopi dangdut.

Orang kuat INAS Global.

Kek Annual Dinner.

Makan dengan penuh khusyuk.

Anak-anak muda yang sungguh bersemangat untuk makan.

Baru nak mula makan.


No comments:

Post a Comment