m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, August 15, 2021

Kerabat 10 TOI bersidang lagi: Lautan merah menyala

Bahagian 1

3 September 2017 - Pada hari ini, kerabad 10 TOI berkumpul lagi di Laman Mbah Toimin (Karto), Jalan Haji Abdul Manan, Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor. Ingat tak, hampir empat tahun lalu kerabat 10 TOI ini pernah bergabung buat pertama kalinya dan acara berlangsung dengan sangat meriah. Kali ini kebanyakan kami memakai baju uniform / seragam warna merah. Pakaian seragam ini telah diagih-agihkan kepada hampir semua peserta ahli keluarga sebelum perjumpaan ini dilangsungkan.

Kami datang ke sini sembilan orang dalam dua buah kereta. Sampai-sampai saja di sana, kami terus mendaftar nama dan layak untuk cabutan bertuah yang bakal diadakan nanti. Berjumpa dengan saudara-mara, bersalam-salaman dan mendapatkan tempat duduk. Lepas tu kami pun mendengar taklimat tentang acara yang akan diadakan sebentar lagi. Yang nyata, insan yang paling teruja pada perjumpaan itu sudah pastilah ibuku kerana di situlah ramai saudara-mara dekat dan jauh dapat berjumpa dan beramah mesra.

Isteriku mendaftar nama-nama kami.

Macam soalan banci penduduk.

Banyak soalan yang ditanyakan.

Macam kertas soalan level PhD.

Sepupu bertemu - Jip dan Wadi.

Tengok aje, jangan tiru tau?!

Yana pun ikut juga.

Begitu juga dengan Syahmie dan Wanie.

Wadi antara orang kuat di belakang majlis yang dianjurkan ini.

Jip bersama Pakcik Tahar dan Zura.

Uniform perjumpaan kali ini.

Bunting acara.

Jip menunjukkan kepada anaknya nama-nama 10 TOI - datuk dan nenek kami.

Baru sampai dan bersalaman dengan saudara-mara yang kami jumpa.

Suridah bersama anak-anak.

Acara untuk anak-anak akan dimulakan. Wadi memimpin mereka ke gelanggang.

Antara acara yang terawal yang diadakan ialah sukaneka untuk kanak-kanak. Kami menggalakkan Amier dan Sabriena untuk turut serta dalam kesemua acara yang diadakan. Acara pertama ialah acara untuk kanak-kanak kecil - acara berebut gula-gula di atas permaidani merah. Puluhan gula-gula ditabur dan berserakan di atas permaidani. Bila wisel permulaan ditiupkan, anak-anak perlu berlari dan berkejaran meluru ke arah permaidani yang di atasnya terdapat banyak gula-gula pelbagai perasa yang sangat enak dan berkhasiat.

Sabriena tanpa menoleh ke belakang terus saja menerkam ke arah gula-gula yang bersepah. Menggunakan segala kudrat yang ada pada tubuhnya, Sabriena pun memungut segala gula-gula yang terlihat di depan mata dan memasukkan ke dalam pakaiannya. Nampaknya Sabriena macam tak cukup laju. Jadi Mama datang membantu dengan memberikan arahan dan panduan serta motivasi yang kental agar Sabriena berusaha dengan lebih bersungguh-sunguh lagi untuk mendapatkan gula-gula itu sebanyak mungkin. Akhirnya boleh tahan juga jumlah gula-gula yang diperolehi Sabriena pada hari itu. Bagi aku dah cukuplah tu. Memang ada anak-anak lain yang dapat mengumpul gula-gula dengan lebih banyak lagi. Yang penting usaha telah dilakukan sebaik mungkin.

Bersambung...

Anak-anak beratur untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ini.

AJK sukaneka sedang berbincang.

Anak-anak sedang menunggu arahan dengan nervous.

Sabriena pun tak tahu acara apa yang akan disertainya sebentar lagi.

Sabriena macam tak ada emosi.

Jip tak nak ketinggalan mengambil gambar-gambar kenangan.

Ramai yang mengambil bahagian.

Semua tengah bersemangat.

Suasana majlis secara keseluruhan.

Gula-gula di atas permaidani merah untuk anak-anak.

Acara merebut gula-gula telah dimulakan. Ini round pertama.

Ibu bapa turut membantu memberi semangat kepada anak-anak.

Ini peserta round kedua acara merebut gula-gula.

Sabriena memulakan larian.

Dan mula mengutip gula-gula.

Mama membantu.

Dah banyak juga yang terkumpul.

Dah bersih permaidani. Semua gula-gula telah habis dikutip.


No comments:

Post a Comment