m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, August 13, 2021

Sayur-sayuran musim PKP

11 November 2020 - Wabak covid-19 telah melanda negara sejak awal tahun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula sejak Mac 2020. Sejak musim PKP ni, kami memang jarang-jarang keluar rumah, melainkan ada urusan penting. Antara inisiatif kami untuk mengurangkan masa berada di luar rumah ialah melakukan aktiviti menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Kalau ada pokok sayur sendiri, tak payahlah nak sibuk-sibuk nak ke pasar mencari sayur. Kalau dapat ternak ikan, ayam, lembu, kambing sendiri pun lagi power. Tapi ruang belakang rumah kami tanahnya banyak batu konkrit. Nak bercucuk tanam agak sukar sedikit. Jadi kami bercucuk tanam dalam pasu, dan membuat batas tanaman di ruang yang sesuai. 

Kebun sayuran kami tak tersusun rapi. Agak bersepah juga. Yang mengusahakan kebun sayur itu ialah isteriku dan pembantu rumah kami. Antara yang ada ditanam di belakang rumah kami ialah:

Kangkung, kailan, kacang tanah, kucai, kemangi, bayam brazil, serai, pandan, nanas, papaya lalat, pisang hutan, kunyit, bayam, ulam raja, cili akar, kacang panjang, kacang botor, dan macam-macam lagi tumbuhan pelbagai jenis. 

Yang paling seronok ialah apabila menuai hasilnya. Pokok-pokok yang kami tanam tu taklah segar-bugar. Tapi janji ada hasil yang boleh dimakan, kami dah rasa cukup heppi. Cuma sekarang ni, kebanyakan pokok tu dah mula layu dan kurang mengeluarkan hasil. Mungkin sebab tak dibela dengan sempurna. Apa-apa pun kami dah puas merasa keenakan hasil tanaman sendiri. Jom kita bertani!!!

Baru tuai baby kangkung dan baby kailan.

Pokok nanas ni sampai sekarang tak berbuah lagi.

Rasanya ini pokok selasih kot?

Ini ulam raja - antara favourite aku.

Bayam brazil dan bayam biasa.

Kat sini ada daun kesum yang pedas.

Kat sebelah kiri tu ada pokok papaya lalat. Sedap daunnya.


No comments:

Post a Comment