Bahagian 1
6 Mei 2017 - Kami datang lagi buat kali kedua ke pusat peranginan kawasan laut di Lexis Hibicus, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kali pertama kami ke sini adalah pada 16 September 2016 kira-kira lebih setahun yang lalu. Adik aku yang mengajak kami dengan biaya sepenuhnya oleh beliau. Kali pertama kami pergi dulu, Ibu tak ikut. Nak berehat di rumah katanya. Setelah mendengar cerita dari kawan-kawan tentang betapa hebatnya tempat peranginan itu, barulah timbul keinginan Ibu untuk bercuti di situ. Aku memang ternanti-nanti saat dan peluangnya untuk ke sini lagi kerana sangat menyukai resort dan bilik penginapan yang terletak di atas air. Ini membolehkan aku memasang joran sepanjang hari dan malam. Memancing 24 jam, walaupun sedang lena di atas tilam empuk.
Sejurus sampai di sini, kami terus mendaftar. Dan lantas kami dijamu dengan hidangan ringan "Selamat Datang" oleh pihak resort. Ada air jus dan buah-buahan serta kek dan pastri buat kami menjamah. Sudah pasti kami berasa lega setelah penat berada di dalam kenderaan dalam perjalanan yang jauh. Dan sesudah ini selesai, barulah kami dibawa ke bilik dengan menaiki buggy.
Bersambung...
Kami dah sampai di lobi. |
Masa untuk mendaftar. |
Ini kali pertama Ibu ke sini. |
Yana juga teruja dapat bercuti di kawasan laut. |
Sabriena tak kurang berasa gembira. |
Tapi tiba-tiba Sabriena jadi monyok pulak. Hehehehe... |
Amier sedang membuat ulasan selari - merakam video. |
Kami dihidangkan dengan sajian "Selamat Datang" yang menyegarkan. |
Makan dessert dulu sebelum masuk bilik. |
Semua orang berasa heppi. |
Farid, Syahmie dan Ibu. |
Nampak unit penginapan dari jendela kaca. |
Sabriena sedang mengkaji peta Port Dickson. |
Tak sabar rasanya nak ke bilik penginapan. |
Sekejap lagi kami nak masuk ke bilik, setelah mendapat kunci. |
Unit kami dilingkungi oleh air laut yang meriah dengan kehadiran ikan pelbagai spesis. |
Unit kami agak ke tengah laut juga. |
Hooreiii...!!! Kami dah sampai bilik! |
No comments:
Post a Comment