Bahagian 2
6 Mei 2017 - Kami sampai di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada sebelah petang. Aku memang dah tak sabar-sabar nak masuk ke bilik penginapan. Nak bersiap-siap dengan perkakas pancing. Nak bersantai di ruang kolam sebelah belakang. Nak melabuhkan umpan ke dalam air. Kali ini aku telah lebih bersiap sedia berbanding dengan kali pertama dulu. Aku membawa bersamaku udang pasar saiz kecil dan kerang untuk dijadikan umpan. Jom kita tengok apa kesudahannya.
|
Empat batang joran disandarkan pada railing gelas. |
|
Perkakas pancingku tersimpan dalam beg sekolah merah. |
|
Ikan pertama pada petang itu - ikan kitang. |
|
Ikan kitang suka berkumpul di tiang konkrit memakan teritip yang melekat. |
|
Ikan kerong juga sudi menjamah umpan udang dan kerang. |
|
Saiz boleh tahan. |
|
Isteriku bersama ikan kerong. |
Setelah berkemas di bilik penginapan, aku pun terus menyiapkan perkakas pancingku. Empat batang joran yang aku pasang. Umpan udang dan kerang aku sematkan pada mata kail bersaiz kecil. Aku memang men-target-kan ikan-ikan kecil. Umpan kulemparkan ke dalam air. Tak perlu menunggu lama, seekor ikan telah meragut umpan. Hujung joran bergetar dan sedikit melengkung. Aku capai joran yang melengkung tadi, dan mula menggulung tali menggunakan kekili. Di hujung tali terlihat seekor ikan kitang. Memang spesis ikan yang sering berlegar-legar di tiang-tiang konkrit yang dipenuhi dengan teritip. Umpan yang dilabuh terus-menerus digetu ikan. Dan selanjutnya aku berjaya menaikkan ikan kerong. Bukan main gembiranya aku. Tapi aku lebih gembira bila isteriku pula yang berjaya menaikkan seekor ikan kerapu. Wow! Aku pun tak pernah menaikkan kerapu. Ikan itu taklah sebegitu besar, tetapi cukup mengujakan kami. Dan ikan itu kalau digoreng pun sodap!!!
|
Wow! Ikan kerapu ini dinaikkan oleh isteriku. |
|
Aku pun nak bergambar dengan ikan yang rare ini. |
|
Seronok bukan kepalang kami. |
|
Bukan senang nak dapat kerapu. Ambil gambar biar banyak sikit. |
|
Ini ikan bayan yang bergigi tajam. |
|
First time dapat ikan spesis macam ni. |
|
Tak sabar aku nak goreng dan makan dia. |
Umpan udang dan kerang yang aku gunakan nampaknya mendatangkan hasil seperti yang aku harapkan. Ikan-ikan lain yang berjaya kami naikkan termasuklah ikan gelama, ikan bayan dan ikan daun baru. Ketika berjaya menaikkan ikan bayan dan daun baru, aku berasa sangat seronok tak terhingga, kerana itulah kali pertama menaikkan ikan spesis sedemikian. Selain ikan, dua ekor ketam bunga turut berjaya dinaikkan. Dan saiznya juga boleh tahan. Ketika menaikkan ketam yang sepitnya tesangkut pada mata kail, Sabriena menjerit-jerit kerana ketam itu kelihatan seperti alien dengan sepitnya mendepa ke arah Sabriena. Kelakar menyakat anak-anak dengan ketam. Hehehe...
Ikan dan ketam yang dipancing disimpan dengan baik di dalam bekas berisi ais. Sampai di rumah, ikan-ikan itu disiang dan terus digoreng. Ikan baru sudah tentu sedap rasanya, walaupun cuma ikan kitang. Apatah lagi ikan kerapu. Dan ikan bayan juga bagiku sangat sedap. Isinya tebal. Puas hati aku dapat makan ikan yang dipancing sendiri. Dan ketam pula kami masak lemak kuning. Pergh! Manis rasanya!
Petang itu memang kami mendapat hasil yang lumayan. Pada sebelah pagi, operasi memancing diteruskan lagi. Tetapi hasilnya kali ini agak kurang. Kata orang sifat ikan ikut pasang surut dan suhu airnya.
Hasil yang kami perolehi adalah seperti berikut:
1. Ikan kitang - 2 ekor
2. Ikan gelama - 3 ekor
3. Ikan daun baru - 2 ekor
4. Ikan kerong - 1 ekor
5. Ikan kerapu - 1 ekor
6. Ikan bayan - 1 ekor
7. Ketam bunga - 2 ekor
Bersambung...
|
Ikan daun baru saiz sederhana. |
|
Tapi aku cukup heppi. |
|
Ini ketam bunga. |
|
Ketam ini cuba nak lawan aku guna sepitnya. |
|
Tapi dia tak tau aku nak masukkan dalam periuk masak gulai nanti. |
|
Sebahagian ikan yang diperolehi pada sebelah petang. |
|
Ketam bunga yang makan umpan pada sebelah malam. |
|
Sepuluh ekor ikan dan dua ekor ketam yang berjaya dinaikkan. |
No comments:
Post a Comment