m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, June 25, 2020

Lexis Hibiscus PD: Selamat tinggal sementara

Bahagian 7 (Akhir)

18 September 2016 - Sudah dua malam kami menghuni di Lexis Hibiscus. Tidur kami pun nyenyak. Bunyi angin dan hujan menjadikan tidur kami lebih lena. Tengah hari nanti kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Biarlah pada pagi ini kami nikmati sepuas-puasnya keseronokan yang ditawarkan oleh resort ini - pemandangan dan fasilitinya.

Bermula dengan sarapan pagi yang hebat. Kami bersarapan di sebuah dewan makan yang terletak di tingkat atas. Dari situ kami dapat melihat pemandangan yang cantik unit-unit penginapan yang tersusun cantik membentuk kelopak-kelopak, daun-daun dan tangkai bunga raya. Wow! Sangat mengagumkan.

Kami melihat unit di atas air yang cantik.

Mencari di manakah unit tempat kami tinggal bermalam.

Nun jauh di tengah.

Sabriena terlebih excited.

Dan juga tak sabar nak balik KL.

Amier bagaikan belum mahu pulang.

Syahmie melihat pemandangan sambil menjaga adik-adiknya.

Cantik juga pemandangan ini.

Pantainya bersih dan pada ketika ini sangat lengang.

Bot-bot rekreasi banyak diparkir di pantai ini.

Unit penginapan membentuk daun bunga raya.

Stigma bunga raya berada di hujung sekali.

Kami menetap di bahagian tangkai yang terletak jauh di tengah.

Setiap unit ada sebuah kolam renang peribadi.

Wanie meninggalkan sebuah lakaran lukisan di atas meja.

Kami bersarapan yang ringan-ringan sahaja.

Amier makan penuh bersemangat.

Syahmie makan roti berperisa.

Berselera sungguh anak-anak ini.

Roti ini sudah pasti enak.

Sambung makan roti.

Sesudah makan, kami kembali ke bilik. Anak-anak sudah tidak berenang di kolam lagi. Kami berkemas-kemas dan bersedia untuk pulang. Kami sekadar bergambar di beberapa penjuru cantik dan unik. Aku masih menjenguk-jenguk ke laut. Manalah tahu ada kelibat ikan-ikan pemangsa mengejar anak-anak ikan. Barangkali sempat juga aku baling spinner lure ke dalam air untuk memperdaya pemangsa-pemangsa yang rakus itu. Nampak gayanya air berombak kosong. Atau ikan-ikan berada jauh dari penglihatanku. Mungkin juga menyelam lebih dalam. 

Okaylah, dipendekkan cerita, percutian ke Lexis Hibiscus ini sangatlah menyeronokkan. Terima kasih banyak-banyak kepada adikku yang telah membawa kami pada percutian kali ini. Semoga murah rezeki dan bolehlah kami berkunjung lagi ke sini, dan pada waktu itu biarlah Ibu ikut sama menikmati percutian seumpama ini di Lexis Hibiscus. Itu sajalah dulu. Adios!!!

T A M A T


Sabriena dan botol susu tak dapat dipisahkan.

Bergambar di sebelah kolam renang.

Eh! Kenapa dengan Sabriena tu? Dia tahan nafas ke?

Tak ada apa-apa. Saja-saja aje.

Amier dah siap packing barangkali.

Berbaring di atas lantai sambil mengintai ikan.

Lantai kaca yang hebat.

Wanie bersama Kak Yana.
Wanie bersama Cik Lis.

Di lobi sebelum berangkat pulang.

Bersama dua orang budak bulat.

Dah standby nak naik kereta.

Gambar wajib sebelum beredar meninggalkan Lexis Hibiscus.

Rasanya Wanie ikut kereta adik aku. Sebab tu dia tak ada dalam gambar ini.



Sunday, June 21, 2020

Lexis Hibiscus PD: Malam terakhir di resort

Bahagian 6

17 September 2016 - Berjalan-jalan sepanjang laluan Hibiscus Walk memang sangat menyeronokkan. Di sinilah terletaknya pantai putih bersih yang dikunjungi ramai orang untuk mandi-manda dan bermain pasir. Kami menanti sehingga matahari terbenam di ufuk barat. Mula muncul warna jingga keemasan menyelimuti langit. Cantik! Sangat cantik!! 

Kami terus ke gerai-gerai berdekatan mencari-cari makanan yang rasanya serasi dengan tekak dan selera kami. Masing-masing ada piihan tersendiri. Kuetiau sup, char kuetiau, dan air kelapa adalah antara menu pilihan kami. Kami juga ada membuat pesanan sate ayam untuk dimakan beramai-ramai. Makan malam di tepi pantai memang lain macam syoknya. Nyam-nyam-nyam. Itu saja yang dapat aku katakan.

Pemandangan pantai di Hibiscus Walk.

Yang lain-lain telah menuju ke gerai-gerai makan.

Ini pemandangan benteng bebatuan di pantai.

Matahari sudah semakin terbenam ke ufuk barat.

Mencari gerai makan.

Menu ikan paus biru bersalut tepung nampak sedap. Kami order yang ini.

Wanie dan Yana booking tempat duduk.

Yang lain-lain pergi beli makanan.

Ketam nipah ini sedap kalau dimasak lamb chop.

Sabriena tak puas bermain. Dia ke pasir lagi.

Anak-anak kecil memang suka bermain pasir.

Pijak pasir berkaki ayam dan genggam pasir dengan tangan memang menyeronokkan.

Nak duduk dekat pasir lama-lama.

Sedang mengira ada berapa butir pasir di pantai Port Dickson.

Penat sungguh mengira pasir.

Ada sejuta biji agaknya.

Tapi mungkin juga dua juta.

Okay! I give up!

Buat bukit guna pasir lagi best.

Inilah bukit paling tinggi di Port Dickson.

Nama bukit ini ialah bukit Bunga Raya.

Alamak! Ada monster besar dah serang bukit ni!

Tanam kaki dalam pasir.

Timbus dengan pasir.

Macam kucing timbus najis.

Alamak! Dah tak boleh bergerak pulak.

Korek lagi pasir pakai tangan.

Okay, sekarang dah boleh cabut kaki dari dalam pasir.

Dah puas main pasir.

Perut dah lapar. Nak pergi makan pulak.

Di bilik penginapan, aku terus berusaha keras untuk mendapatkan ikan segar, penghuni laut Port Dickson dengan menggunakan kail dan joran. Bila malam semakin larut, perut kami mulai lapar kembali. Mujur kami bawa mi segera. Kami masak mi segera menggunakan periuk nasi elektrik. Dan berjamu beramai-ramai. Ikan kurau yang aku perolehi siang tadi telah disiang dan digoreng. Juga menggunakan periuk elektrik hikmat yang kami bawa. Ketika asyik menggoreng ikan, hujung joranku melendut. Aku bergegas menyentap joran dengan harapan ada ikan pari gadang yang tersangkut di mata kail. Oh, rupanya sekadar seekor ikan gelama kecil yang telah memakan umpan. Ikan gelama itu juga kami siang dan terus dilemparkan ke dalam minyak panas untuk digoreng bersama sang kurau. Itulah ikan goreng paling fresh yang aku pernah makan. Seminit lepas ada di laut, seminit kemudian sudah terhidang di dalam pinggan. Manis ikan segar terasa sampai ke otak. Tapi itu sajalah ikan segar yang aku perolehi untuk hari itu.

Bersambung...

Amier kebosanan menanti adiknya selesai bermain pasir.

Sabriena pekena air kelapa dingin dulu.

Hirup sup panas.

Korek isi kelapa.

Sedapnya air kelapa ini. Rasa macam ayam goreng.

Kuetiau sup dalam bekas kotak kertas. Risau juga kami takut dia bocor.

Wow! Sate terbaik di Port Dickson sudah mari!!! Sate ikan paus dan ayam laut.

Jom kita makan.

Satu untuk engkau, satu untuk aku. Dua untuk engkau, dua untuk aku....

Macam-macam makanan lagi yang kami beli.

Sabriena layan minum air kelapa saja nampak gayanya.

Pesta makan di tepi pantai Port Dickson.

Char kuetiau menjadi idaman.

Kami nak balik bilik penginapan.

Laluan keluar dari Hibiscus Walk.

Amier tersesat ke?

Di bilik, umpan pancingku mengena ikan gelama pula.

Ikannya tidak besar.

Tapi cukuplah nak menjamu seisi kampung.