Bahagian 9 (Akhir)
Akhirnya kisah teater Jerat sampai juga ke penghujungnya.Setelah melalui proses latihan berbulan-bulan lamanya. Mengharung pelbagai cabaran dan dugaan dalam merealisasikan penterjemahan naskhah ini ke atas pentas. Bertegang urat dan berdialog demi kemantapan sebuah persembahan. Melayan runsing dan kemelut hati yang bergelodak di dalam jiwa. Merajuk dan memujuk. Memuji dan memotivasi. Malah hampir patah hati dan putus asa. Namun dengan semangat usahasama dari semua pihak, produksi dan pemain, akhirnya pementasan Teater Jerat dapat juga dilaksanakan dengan jayanya. Betul, memang ia tidak sempurna. Tapi terlihat jelas kesungguhan masing-masing memainkan peranan dalam produksi ini. Dan hasilnya amat memberangsangkan.
|
Masing-masing bertudung merah sempena meraikan kisah Jerat. |
|
Kiah masih beraksi mengikut wataknya. |
|
Saddiq dan Kak Yatie tumpang sekaki. Pak Usop pun ingin mencelah jugak. |
|
Tapi Kiah telah menghadang muka Pak Usop. |
|
Pak Usop tak putus asa. Dia menyelit pula di antara Mummy dan Ienah. |
|
Roslan bersama Azeera dan Maisarah. |
|
Menggayakan t-shirt Jerat dengan bangganya. |
Sangat wajar setiap anggota produksi dihadiahi dengan keseronokan dan kegembiraan. Setidak-tidaknya pada malam setelah selesai persembahan, biarlah perasaan sukacita ini dilanjutkan lebih lama. Biar dibuai rasa indah. Dan melupakan seketika hakikat ini sebuah pertandingan. Kalah menang soal nanti. Kita raikan dulu kejayaan malam ini. Hooreyyy!! Yippy!! Yahooo!!! Google!! Krik krik krik...
|
Pemain, penonton dan team produksi berhimpun di atas pentas. |
|
Gaya bebas ini adalah ekspresi dalaman setiap individu ini. |
|
Ada yang masih di dalam watak, dan ada juga yang sudah keluar watak. |
|
Eh! Kenapa semua memandang ke sana? |
|
Oh! Rupanya ada beberapa kamera yang sedang mengambil gambar mereka ini. |
|
Tak tau nak tengok ke arah kanan, kiri atau hadapan. |
|
Aku tak kisah kalian nak tengok ke arah mana. Aku tahu ambil gambar saja. Klik klik klik. |
|
Pandai-pandailah aku bahankan gambar-gambar kalian. Hahahaaa... |
|
Mungkin juru kamera di sebelah kiri menggunakan kamera yang lebih canggih dari kameraku. Dan aku sekadar menggunakan lensa standard sahaja... |
|
Aku dah merajuk baru kalian nak tengok ke arah aku. Tak nak ambil gambarlah! |
|
Nasib baik kalian janji nak belanja aku makan western food lepas ni. Aku pun ambillah jugak gambar kalian. |
|
Apa? Nak belanja aku makan beriayani gam? Orite. Aku on aje! |
|
Nak bagi hamper sebesar anak lembu? Boleh.... Aku terima aje. |
|
Nak ajak aku makan angin kat Eropah? Tak apalah. Aku tak larat nak jalan jauh-jauh... |
|
Roslan bersama teman-teman dari Teater Hidayah. |
|
Gaya posing baru dari Roslan - gaya tunjuk bahu. |
|
Semakin ramai yang memenuhkan ruang gambar. |
|
Merah dan hitan menguasai. |
Aku sangat pasti ramai yang tidak tahu kisah yang berlaku di belakang tabir. Kisah mistik pada malam persembahan. Sekadar berkongsi, agar kalian tahu selok belok ruang produksi di tapak usang ini.
Bangunan JKKN Wilayah ini pada asalnya merupakan sebuah sekolah - Victoria Institution yang telah didirikan pada tahun 1893. Maknanya usia bangunan ini sudah menjangkau lebih 100 tahun. Dah tua sangat tu! Sudah tentu ada bermacam-macam kisah yang dilalui, sama ada direkod atau pun tidak. Ia mula dijadikan pusat kegiatan kesenian pada sekitar tahun 1970an. Pada tahun 1980an, bangunan ini yang lebih dikenali sebagai Taman Budaya teah dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pusat latihan dan pementasan kesenian. Pada 26 Julai 1999, tragedi kebakaran menimpa bangunan ini yang telah memusnahkan hampir seluruh kerangka asalnya. Ia telah dibina semula dan dipulihara di atas tapak asalnya dan disiapkan pada tahun 2005. Itu baru kisah sejarah. Biar aku kisahkan perihal mistiknya pula.
Banyak kisah yang telah kami dengar dari orang-orang lama yang pernah menghuni dan menggunakan bangunan ini. Sering ada gangguan dan imbasan dari makhluk-makhluk halus. Tiada yang terlalu serius, namun ia sudah cukup untuk menduga keimanan dan keberanian seseorang itu. Pada malam sebelum bermulanya persembahan, beberapa barang yang telah dikemas seperti beralih sendiri ke tempat yang lain. Malah ketika persembahan berlangsung, beberapa butang audio bagai bergerak sendiri tanpa kawalan. Komputer riba yang dimainkan juga berhenti berfungsi secara tiba-tiba, walaupun kuasa baterinya masih kuat. Dan ada juga yang ternampak kelibat lembaga di bawah tangga di waktu senja. Siapakah itu? Seluruh team produksi telah maklum akan kemungkian adanya gangguan ini. Layan sajalah kerenah mereka. Dan berserah kepada Yang Kuasa, pemilik langit dan bumi serta segala isinya - Allah Azza Wa Jalla.
|
Dua orang suami isteri - Bob dan Aliya ingin bergambar dengan pelakon hebat Shahriza. |
|
Bergambar dengan Ain yang pernah berlakon bersama dalam Teater Bangsawan Dewa Kencana. |
|
Masih bergambar bersama. |
|
Dan satu lagi sebelum beredar. |
|
Sang pengarah nak ber-wefie pulak. |
|
Tengok kamera semua! |
|
Sekarang tengok kamera saya pulak. |
|
Pak Usop masih setia dengan tongkat saktinya. |
Selesai di panggung, kami bersantai lagi di laman luar untuk minum-minum dan makan-makan. Inilah ruang untuk para penggiat dan penggemar teater berinteraksi, bertukar-tukar pendapat dan fikiran mengenai teater dan perlaksanaannya. Setelah suasana semakin menyepi, kerana ramai yang telah pulang, kami pun turut beredar dari situ dan akan kembali lagi pada hari terakhir Festival Teater Negeri Selangor bagi mengetahui keputusan penjuriannya. Selamat jalan. Selamat malam. Kita jumpa lagi nanti.
T A M A T
|
Salah seorang juri - Badrul Zaman dari Istana Budaya. |
|
Pak Abang bersama Mas Aida dan isteriku. |
|
Pak Abang dan Mas Aida. |
|
En Shah Rizal turut kelihatan. |
|
Bersama Pak Abang, Saifulkhairi dan Mas Aida. |
|
Duduk bersembang dulu sebelum pulang. |
|
Halim dan teman teater. Maaf dik, nama adik siapa? Saya belum kenal lagi. |
|
Bob dan Aliya merapati Halim. |
|
Halim nak mendukung baby. |
No comments:
Post a Comment