Pulang dari hospital, Zeni mendapati ayahnya, Lazri Meon sudah pun berada di rumah. Termenung bersendirian. Berfikir panjang. Menumpu di kejauhan. Mengenang yang silam. Zeni mendekati ayahnya. Bertanya. "Apakah yang sedang bermain di fikiran Bapak?" Ayahnya tidak terus menjawab. "Ceritakanlah, Bapak. Bapak tak perlu berahsia dengan Zeni. Biarlah keresahan yang membebani fikiran Bapak kita galas bersama." Lazri Meon masih teragak-agak untuk mengisahkan isi hatinya. Sebaliknya dia mula bercerita mengenai hal-hal yang lain, bagi mengalih tumpuan Zeni. Zeni masih mendesak. Tidak keruan melihat ayahnya sugul sedemikian.
"Apa khabar, Bapak?" |
"Apakah yang Bapak fikirkan?" |
"Kenapa Bapak tidak menjawab?" |
"Adakah Bapak lebiih suka menulis?" |
"Kalau itu pilihan Bapak, tulislah. Zeni sudi membacanya." |
"Maaf. Zeni tak mungkin dapat memahami isi hati Bapak kalau Bapak tidak menceritakan sendiri kepada Zeni" |
"Dan Bapak masih lagi diam. Membisu. Menyepi..." |
"Aku sebenarnya.... ah.... kau adalah....errr.... Kau faham itu?!" |
"Arwah ibumu... Wak Parjo..... Paman Ngapuro..... aaahhhhh.... Kau faham?!" |
Krik krik krik krik... |
"Sepertinya ada orang di luar sedang memanggil. Cuba kau lihat?" |
"Bapak jangan berdalih. Ceritakanlah kebimbangan Bapak kepada Zeni." |
Lazri Meon akhirnya membuka kepompong rahsianya dan menceritakan sekelumit kisah yang bermain di mindanya. Dia merindui isterinya, ibu Zeni dan Zedi, yang telah dijemput Ilahi ke kampung asalnya. Bagi Lazri Meon, hanya isterinya yang memahami jiwa dan raganya. Isterinya bagai cermin. Bukan cermin yang mengejek. Tetapi cermin yang menjadi arca diri Lazri Meon sendiri. Hanya itu yang dikisahkan Lazri Meon. Rahsia yang lain masih kekal tersimpan sebagai rahsia.
"Baiklah. Sekarang Bapak buka topi Bapak. Kau lihat sendirilah di kepala Bapak." |
"Tidak ada rahsia, bukan? Hanya rambut yang semakin menipis dan memutih." |
"Zeni percaya kepada Bapak sekarang. Memang di kepala Bapak tidak menyimpan apa-apa rahsia," kata Zeni. |
Zeni mencium tangan ayahnya sebelum berlalu. Giliran Lazri Meon pula untuk melihat di kepala Zeni sekiranya ada sebarang rahsia yang disembunyikan. |
"Bapak mahu pergi melihat Zedi di hospital," kata Lazri Meon. |
"Assalamualaikum, anakku Zedi." |
Lazri Meon kemudiannya melawat Zedi di hospital. Dengan Zedi kelihatannya dia lebih santai. Mungkin kerana Zedi tidak seperti kakaknya yang suka mendesak demi memahami sebuah rahsia. Pertemuan dengan Zedi agak singkat. Namun penuh kemesraan. Malah sempat dititipkan sehelai selendangnya buat Zedi sebelum berlalu pergi.
Bersambung...
"Bapak sihat?" tanya Zedi. |
"Bapak baik-baik saja." |
Lazri Meon mula bercerita mengenai Zeni. |
"Ada satu perkara yang Bapak perlu memberitahu kau." |
"Hanya satu perkara yang perlu kau ingat." |
"Hmmmm.... aku sudah lupa perkaranya..." |
"Biar Bapak tolak kau laju-laju menuruni bukit. Pasti kau suka itu." |
"Sambil melihat pemandangan yang indah di luar sana." |
"Dan membayangkan hari-hari yang bakal muncul di depanmu dengan kisahnya sendiri." |
"Sebelum Bapak pulang, Bapak ingin tunjuk kau sesuatu." |
"Bapak baru belajar ilmu hipnotik. Ayuh kita cuba! Tidurlah Zedi... Tidurlah.... Tidurlaaahhhh..." Dan Zedi pun terus tertidur. Zzzzzzzzz... |
No comments:
Post a Comment