m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, December 17, 2019

GSSN 2019 - ZENI: Menyiapkan diri untuk menonton

Bahagian 2

Kalau sebelum ini aku mengisahkan perihal gementar para pelakon dalam menghadapi pementasan ini, kini aku kisahkan pula gementar dan debaran para penonton dalam menyiapkan diri untuk menyaksikan sebuah persembahan teater yang cuba mengangkat sebuah nama besar dalam arena kesusasteraan Melayu, Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said. 

Di luar panggung kelihatannya ramai orang yang berpusu-pusu membeli tiket. Tak ubah seperti mahu menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium - Malaysia menentang Thailand. Berasak-asak. Polis bantuan turut turun padang untuk bertugas memastikan semua audien yang masuk ke dalam panggung tidak membawa apa-apa objek yang membahayakan. Polis trafik juga hadir bagi mengawal lalu-lintas yang semakin sesak dan menyesakkan. Begitu juga turut kelihatan anggota Bomba, JPAM, dan Bulan Sabit Merah, masing-masing memainkan peranan  bagi memastikan keharmonian ketika persembahan berlangsung.

Sabriena dan Amier menanti dengan sabar di kerusi luar panggung.
Begitu juga dengan adikku dan Wanie.
Sempat bergurau senda dua beradik ini.
Tokoh teater, Abang Zakaria Ariffin turut hadir memberikan sokongan.
Terima kasih kerana kehadiranmu.
Teman-teman dari Majlis Teater Selangor juga hadir - Shasha Marsella, Shahrul Titis, BK dan Hafizan.
Abang Haji Kamarul turut bergambar.
Saling sokong-menyokong.
Yuzailan bersama tetamu istimewa.
Penonton di kalangan remaja.
Memupuk semangat berteater pada awal usia.
Een memeriksa tiket milik Syed Sadik dan Yazid.
Ok. Tiket sah. Boleh masuk.
Wanie, Amier dan Sabriena duduk di kerusi luar panggung sambil menanti saat persembahan. Mereka kelihatannya agak bosan menanti. Saudara-mara, anak-anak buah juga datang memberi sokongan kepada ibu saudara mereka yang bakal beraksi dalam pementasan ini. Begitu juga dengan teman-teman teater yang jauh dan dekat. Kalau tidak kerana kesesakan lalu-lintas di angkasa raya, sudah tentu teman-teman dari planet-planet lain juga akan menghadirkan diri ke panggung ini untuk meraikan kami.

Anak-anak saudara kami - Fakehah, Nurin dan Nabiha.
Mencatatkan sesuatu pada buku tetamu.
Een bersama Tuan Sheikh Suhaimi.
Sepupuku Suridah datang dengan dua orang puterinya.
Terima kasih kerana memberikan sokongan.
Mardau sedang mencatatkan sesuatu buat kenangan. Abang Ibrahim mengedarkan booklet.
Team Revolution Stage sedang berehat sebelum membuat persembahan pembukaan.
Chip puas hati dengan kehadiran penonton pada malam ini.
Abang Ibrahim berjaya mengagih-agihkan booklet kepada khalayak.
Kakaa Ashireen dan Ienah bekerja keras menjual tiket kepada khalayak yang datang. Siap buat harga promosi dan diskaun khas lagi - beli sepuluh tiket dapat sebuah cerek elektrik percuma. Beli tiga puluh tiket dapat kereta Proton edisi terbaru percuma!! Maka semakin berasak-asaklah penggemar-penggemar dan penggiat-penggiat teater menghampiri kaunter menjual tiket. Duit masuk dalam tabung melimpah-limpah macam musim banjir monsun di hujung tahun.

Ienah dan Kakaa menjual tiket kepada tetamu.
Keluarga salah seorang pelakon - Mummy Sarah turut hadir beramai-ramai.
Razi juga datang walau terpaksa meredah hujan.
Penyanyi Noraniza Idris juga memberikan sokongan dengan menonton teater ini.
Razi ingin bersalaman dengan peminat-peminatnya.
Halim menanti bas di stesen bas untuk ke Muzeum Shah Alam.
Azzam hampir setiap malam datang menonton.
Tuan besar - Saifulkhairi turut datang mewakili JKKN.
Kelihatan teman-teman teater lama - Saifulkhairi dan Mas Aida.
Mas Aida juga merupakan pelakon asal ketika Zeni mula-mula dipentaskan.

Kira-kira jam 8.30 malam, pengunjung dipersilakan untuk masuk ke dalam panggung. Berbarislah semua dengan tertib agar tidak tertimbul sebarang kekecohan. Tempat duduk mulai dipenuhi penonton. Satu per satu. Aku sendiri telah meletakkan label di atas kerusi bagi memastikan aku mendapat tempat yang paling ideal untuk mengambil gambar pelakon ketika beraksi. Dan aku juga turut menanti dengan sabar. Menunggu pengumuman dibuat oleh pengacara majlis. Menunggu kehadiran tetamu kehormat yang diraikan. Menunggu pementasan bermula. Wah! Aku sendiri terasa debarannya. Berpeluh-peluh tubuhku sehingga terpaksa aku mengganti pakaian hampir lima kali kerana pakaian yang kupakai mudah basah dan lencun akibat keringat yang terhambur mencurah-curah. Dan aku bersedia dengan kameraku. Penuh fokus. Menanti sebarang kemungkinan. Dan menanti detik-detik emas untuk kuambil gambar mereka. Klik klik klik...

Bersambung...

Hanna dan Yuzailan sedang bersedia.
Orang penting dalam memberikan mood dalam pementasan nanti.
Teman akrab - BK dan Razi.
Sebahagain teman-teman MTS.
Muazzam dan pasangannya.


No comments:

Post a Comment